Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berikan mereka peluang

Posted:

Berikan mereka peluang

Berikan mereka peluang

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Jasmi Shafie mengetuai PKOKM bagi memperjuangkan nasib golongan orang kerdil.


BAYANGKAN betapa sukarnya kehidupan ini jika semua yang ada di sekeliling kita dibesarkan sekali ganda daripada saiz asalnya.

Bolehkah kita melangkah untuk menaiki bas atau menekan loceng sebaik sahaja tiba ke destinasi?

Kemampuan diri ketika itu mungkin tidak lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh seorang kanak-kanak.

Itulah sebahagian kecil daripada kesukaran hidup yang dapat dirasai sekiranya kita meletakkan diri sebagai orang kerdil.

Selebihnya lagi adalah kata-kata ejekan dan senda dari mereka yang sering memandang rendah terhadap golongan itu.

Membesar dengan tubuh badan separuh daripada saiz manusia normal memberi pelbagai cabaran.

Bagaimanapun ketentuan Tuhan itu tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan kehidupan bersama-sama orang normal.

Bagaimanapun disebabkan masyarakat cenderung untuk mempersenda fizikal mereka, golongan orang kerdil lebih suka menyendiri dan bergaul sesama sendiri.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM), Jasmi Shafie mengakui golongan orang kerdil di negara ini kebanyakan kurang yakin terhadap kebolehan mereka sendiri.

"Mereka kurang keyakinan terhadap diri sendiri malah sebahagiannya mempunyai rasa malu yang sangat tinggi terhadap keadaan fizikal mereka.

"Mereka juga hidup dalam kepompong sendiri dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya ketika ditemui di pejabat PKOKM baru-baru ini.

Menurut Jasmi, keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak berpunca daripada stigma masyarakat yang lebih memandang kepada kekurangan berbanding kelebihan yang dimiliki oleh orang kerdil.

Pandangan-pandangan yang kurang menyumbang kepada pembinaan kendiri inilah yang cuba dihapuskan oleh PKOKM.

Menurut Jasmi, walaupun PKOKM kurang dikenali ramai, tetapi ia satu-satunya organisasi yang banyak berjasa terhadap golongan kerdil di negara ini.

Ia ditubuhkan pada 1985 di bawah Jabatan Kebajikan dan sehingga kini PKOKM mempunyai ahli seramai 596 orang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut, dianggarkan terdapat seramai 2,000 orang kerdil di negara ini.

Menurut Jasmi, di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka yang mempunyai saiz badan tersebut layak untuk menerima bantuan kebajikan namun perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dari seorang doktor sebelum menjadi seorang ahli PKOKM.

Salah satu peranan penubuhan organisasi itu ialah untuk membawa keluar golongan kerdil daripada 'kepompong' mereka dan sekali gus memasuki arus perdana.

Melalui bantuan yang diberikan oleh pertubuhan tersebut, secara tidak langsung, PKOKM membantu komuniti kerdil untuk lebih berkembang dengan menyediakan sokongan sosial, maklumat, peluang dan sumber-sumber yang diperlukan.

Istimewanya mengenai golongan tersebut menurut Jasni, majoriti orang kerdil mempunyai fikiran yang baik, jangka kehidupan biasa dan badan yang sihat.

Menurutnya, pengambilan makanan berkhasiat merupakan amalan paling penting buat mereka.

"Orang kerdil sentiasa menjaga diet harian mereka agar badan tidak terlalu besar untuk ditampung oleh kaki. Jika ia berlalu maka pelbagai lagi kerumitan lain akan bermula.

"Kami akan memujuknya agar dia menyertai pertubuhan ini kerana dengan berbuat demikian mereka boleh memanfaatkan masa dengan berinteraksi dengan rakan-rakan lain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan PKOKM.

"Antaranya seperti pertandingan boling, futsal, badminton dan bola sepak dan kebiasaannya kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan murid sekolah ataupun orang dewasa biasa," ujar bapa kepada tiga orang anak ini.

Melalui pembabitan dalam bidang sukan ia secara tidak langsung membolehkan golongan kerdil dikenali dan mudah didekati ramai.

Beliau berkata, pada masa lalu, golongan kerdil sukar untuk mencari pekerjaan kerana kebanyakan majikan menganggap mereka sebagai gangguan.

Walaupun demikian, tanggapan tersebut telah berubah perlahan-lahan dan golongan kerdil semakin diterima.

"Sekitar tahun 70-an, golongan kerdil memang sukar untuk mencari pekerjaan tetapi apabila masuk ke tahun 90-an banyak orang kerdil diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, hampir 80 peratus orang kerdil yang berdaftar dengan PKOKM telah mempunyai pekerjaan tetap.

"Kami juga bersyukur di atas bantuan kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang banyak memberikan peluang kepada kami dengan menawarkan bantuan dengan menyediakan pekerjaan.

"Sambutan yang amat menggalakkan itu amat menggembirakan kami dan sehinggakan ada syarikat yang hendak menggunakan tenaga kerja orang kerdil tetapi kami tidak dapat sediakan," katanya.

Perasaan rendah diri di kalangan orang kerdil itu perlu dibendung agar orang kerdil lebih berkeyakinan terhadap keupayaan yang ada pada mereka.

"Kadang kala kami berasa malu ketika berada dalam masyarakat tetapi sebenarnya masyarakat tidak bertanggapan begitu walaupun ada juga terdengar suara nakal untuk menjadikan kami sebagai bahan ketawa.

"Biarlah mereka ketawakan kami tetapi mereka juga perlu sedar yang kami juga menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara.

"Bagi saya, kita perlu menerima siapa diri kita kerana rasa malu dan rendah diri tidak dapat membantu perkembangan diri sendiri sebaliknya membantutkan sahsiah sendiri.

"Bagi saya kerdil hanya ketinggian semata-mata, apa yang penting kami merupakan insan istimewa yang memiliki kelainan keupayaan," katanya yakin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerdil gangguan genetik

Posted:

Kerdil gangguan genetik

Kerdil gangguan genetik


semakin ramai golongan orang kerdil yang berjaya hingga ke menara gading. - Gambar hiasan


SECARA umum, kekerdilan dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kerdil anggota tidak seimbang, di mana beberapa bahagian badan lebih kecil atau lebih besar daripada orang lain disebabkan perencatan dalam pertumbuhan tulang.

Manakala kategori yang lain pula, ialah kerdil normal, di mana saiz badan lebih kecil di semua bahagian.

Purata ketinggian seorang dewasa kerdil ialah 4 kaki (1.2 meter), tetapi kemuncak mereka dijangkakan berada pada ketinggian 2 kaki 8 inci (85 sentimeter)

Di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Kekerdilan biasanya berlaku oleh kerana gangguan genetik yang disebabkan oleh gen-gen yang tidak dikenali.

Kebanyakan kes kekerdilan berlaku akibat satu mutasi genetik rawak dari sperma bapa atau telur milik ibu.

Ini kerana, kedua ibu bapa normal boleh menghasilkan anak yang kerdil manakala dua ibu bapa kerdil pula boleh menghasilkan anak yang normal.

Kekerdilan datang dari semua latar belakang kehidupan dan etnik. Lebih daripada 80 peratus orang kerdil yang dilahirkan demikian datang dari keluarga normal.

Kedua ibu bapa mereka normal dengan bersaiz sederhana walaupun tiada sejarah kekerdilan dalam keluarga mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved