Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bayi baru lahir mati dicampak

Posted:

Bayi baru lahir mati dicampak

Bayi baru lahir mati dicampak

Oleh ASSIM HASSAN dan ABDUL YAZID ALIAS
pengarang @utusan.com.my


Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggar mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejut apabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakan anak patung.

Namun, apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan kepalanya telah pecah.

Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.

"Polis percaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu dari tingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.

"Ini kerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tiga meter dari tempat bayi malang itu ditemui," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pangsapuri itu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.

Polis, menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini, belum ada tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelum dicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkat tinggi.

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang saksi, Amirun Sharubaini, 23, berkata, dia dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian itu dan ternampak mayat bayi tersebut di kawasan lapang kediaman berkenaan.

Katanya, ketika menghampiri mayat itu, dia nampak bayi berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan pecah di tempurung kepala.

"Keadaan mayat bayi itu amat menyedihkan. Saya dimaklumkan yang bayi itu baru dilahirkan," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di Shah Alam, Selangor hari ini.

Amirun yang tinggal di pangsapuri itu sejak 1996 berkata, pihak polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian untuk memeriksa mayat bayi berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah baru beli disimbah cat

Posted:

Rumah baru beli disimbah cat

Rumah baru beli disimbah cat


SOO Hui Peng (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung kejadian simbah cat merah di rumah barunya di Taman Seri Orkid, Skudai, Johor Bahru. semalam.


JOHOR BAHRU 1 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga untuk berpindah ke rumah baru di Taman Seri Orkid di sini terbantut apabila bahagian hadapan rumah teres berkenaan telah disimbah dengan cat merah disyaki perbuatan ceti haram atau ah long.

Kejadian itu disedari keluarga tersebut yang datang untuk membersihkan rumah itu hujung minggu lalu.

Salah seorang ahli keluarga itu, Soo Hui Peng, 29, berkata, dia sekeluarga pada mulanya gembira kerana hendak masuk ke rumah baru yang dibeli oleh bapanya pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut sebaik sahaja sampai di rumah tersebut apabila mendapati bahagian depan rumah disimbah dengan cat merah.

"Terdapat sekeping nota amaran digantung pada pintu hadapan rumah. Nota ugutan itu bukan ditujukan kepada keluarga saya tetapi kepada bekas pemilik rumah itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Biro Aduan Awam MCA Gelang Patah, Lim Soon Hai dan Ketua Biro Penerangan Parti Gerakan Johor, Ang Kian You.

Hui Peng memberitahu, rumah berharga RM270,000 itu dibeli oleh bapanya, Soo Ah Weng, 53, daripada seorang ejen hartanah setelah tertarik dengan harganya selain ia siap dilengkapi dengan perabot.

Bagaimanapun, katanya, bapanya hanya membuat pinjaman di bank dan bukan kepada ah long untuk membeli rumah tersebut.

"Kami berharap agar ah long tidak mengganggu kami sekeluarga kerana kami tidak pernah berurusan dengan mereka," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Daerah Nusajaya kelmarin.

Sementara itu, Soon Hai berkata, pihaknya telah menghubungi pemilik asal rumah tersebut berdasarkan nombor telefon yang tertera pada nota yang digantung di pintu rumah itu.

Katanya, pemilik asal rumah itu mengaku pernah membuat pinjaman dengan lapan kumpulan ah long yang keseluruhannya berjumlah lebih RM100,000 dan berjanji akan membayar semula hutang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved