Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tragedi tanah runtuh

Posted:

Tragedi tanah runtuh

Tragedi tanah runtuh


SEBUAH jentera pengorek digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, petang semalam. – Utusan/MOHD. NAJIB. MOHD. NOR


CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sanggup gadai maruah Islam

Posted:

Sanggup gadai maruah Islam

Sanggup gadai maruah Islam

Oleh HAKIMI ISMAIL dan
RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.

Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.

"Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

"Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Menurut Mohd. Jurit, GNM menyokong penuh tindakan JAIS kerana jabatan itu menjalankan tugas yang diamanahkan demi menjaga kepentingan agama Islam.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Jamaludin Yusof menggesa Abdul Khalid berundur daripada jawatannya jika tidak mampu mempertahankan kesucian Islam akibat tekanan segelintir Exco yang berkepentingan di Selangor.

Katanya, ini bagi memastikan para penganut Islam di negeri itu tidak terdedah dengan risiko murtad akibat pujuk rayu gereja dan dakyah sesetengah pihak berkepentingan.

Katanya, Pekida memandang serius perkembangan itu kerana kesucian Islam dan para penganutnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dalam isu kesucian Islam dan penganutnya serta berundur jika tidak mampu lagi memeliharanya.

"Pekida sentiasa menghormati para penganut agama lain tetapi janganlah pula mereka mengambil kesempatan memurtadkan umat Islam kerana ia salah dari sisi undang-undang," tegasnya.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang seperti memihak kepada pihak gereja berkenaan walaupun belum meneliti laporan lengkap JAIS.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya bersikap telus dengan meneliti laporan kedua-dua pihak terlebih dahulu iaitu JAIS dan gereja berkenaan sebelum menyatakan rasa kekesalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ramai dermawan tanda kemajuan negara - Muhyiddin

Posted:

Ramai dermawan tanda kemajuan negara - Muhyiddin

Ramai dermawan tanda kemajuan negara - Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin (tengah) membetulkan kopiah dipakai Mohd. Hanif Amir, 5, pada majlis bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Noorainee Abdul Rahman dan Abdul Rahim Mohamad.


PUTRAJAYA 7 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan wujudnya ramai individu dan syarikat korporat yang dermawan di negara ini sebagai petanda kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia juga satu hakikat bahawa rakyat negara ini hidup dalam keadaan yang begitu baik dan tidak diganggu oleh apa-apa masalah sebagaimana di sesetengah negara Islam yang lain.

"Di Malaysia, kita bertuah kerana terdapat ramai individu dan syarikat korporat yang bermurah hati menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

"Ini selaras dengan usaha kerajaan yang bukan hanya mahu melahirkan generasi berilmu tetapi mewujudkan masyarakat yang dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari anjuran EDEN Inc. Berhad di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif EDEN Inc Berhad, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Rumah Amal Kasih Bestari yang terletak di Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, Selangor.

Muhyiddin memberitahu, bersempena sambutan bulan Ramadan ini, beliau menyeru agar semangat perpaduan tanpa mengira kaum dan agama di kalangan rakyat negara ini diperkukuhkan lagi.

"Akhir-akhir ini, kita merasai keadaan yang kadang-kadang membimbangkan ekoran pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Dengan kesempatan menyambut bulan Ramadan ini, kita dapat mengelakkan daripada mana-mana pihak yang mungkin boleh menyebabkan hubungan antara masyarakat Islam dengan yang lain menjadi tegang,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved