Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


100,000 al-Quran dihantar ke Kemboja

Posted:

100,000 al-Quran dihantar ke Kemboja

100,000 al-Quran dihantar ke Kemboja

Oleh AINSAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my


AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra selepas berbuka puasa bersama jemaah Surau Rumah Awam di Bagan Datoh, semalam.


BAGAN DATOH 7 Ogos - Kerajaan bercadang mencetak sebanyak 100,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa 'Khmer' untuk dihantar ke Kemboja bagi kegunaan seramai 500,000 umat Islam di negara itu pada Ramadan tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu syiar Islam di Kemboja selepas menyumbangkan sebanyak 10,200 naskah al-Quran, 500 muqaddam dan 1,000 sejadah kepada umat Islam di sana pada 27 Julai lalu.

Menurutnya, sumbangan sebanyak 100,000 naskah al-Quran itu akan memastikan setiap keluarga Islam di Kemboja akan memiliki senaskah kitab suci tersebut selepas kitab-kitab agama termasuk al-Quran dibakar semasa rejim Khmer Rouge di bawah pemerintahan Pol Pot.

''Kerajaan juga berharap dapat menghantar mushaf al-Quran dengan terjemahan bahasa Tagalog kepada umat Islam di selatan Filipina dalam masa terdekat.

''Di samping itu, kita akan mencetak beberapa naskah al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Cina, Korea, Ceylon, Rusia dan Jepun untuk disumbangkan kepada umat Islam di negara-negara berkenaan pada tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa di Surau Rumah Awam di sini, malam tadi.

Menurut Ahmad Zahid, pada tahun ini, Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM5 juta melalui program Wakaf al-Quran yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Restu yang melaksanakan kerja-kerja mentafsir al-Quran.

''Setakat ini, sebanyak RM2 juta pertama telah diperoleh menerusi sumbangan syarikat-syarikat korporat dan kita harap dapat mengumpulkan baki RM3 juta lagi sumbangan daripada orang ramai dan badan-badan korporat," ujarnya.

Pada tahun lalu, Kementerian Pertahanan mengutip sebanyak RM1.3 juta melalui program Wakaf al-Quran dan ia digunakan untuk membekalkan al-Quran kepada umat Islam di kawasan pedalaman di negara ini dan golongan minoriti umat Islam di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

AirAsia nafi bakal ambil alih MAS

Posted:

AirAsia nafi bakal ambil alih MAS

AirAsia nafi bakal ambil alih MAS

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun akan menjadi pemegang saham terbesar dalam Malaysia Airlines System Bhd. (MAS).

Khazanah dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, sektor penerbangan yang strategik kepada ekonomi negara akan kekal sebagai pegangan teras dalam portfolio pelaburan syarikat itu.

"Khazanah akan terus mengekalkan kedudukan sebagai pemegang saham terbesar tunggal di dalam MAS.

"Sebagai pelabur strategik yang aktif, Khazanah sepanjang masa akan meninjau cara-cara untuk menambah baik prestasi syarikat, portfolionya dan juga daya saing sektor-sektor strategik dalam ekonomi," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengumuman lanjut mengenai kedudukan Khazanah dalam rancangan transformasi MAS yang berterusan akan dibuat pada masa yang bersesuaian.

Dalam perkembangan sama, Tony dan Kamaruddin hari ini turut menafikan laporan media bahawa mereka akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar MAS.

"Kami ingin menjelaskan bahawa perkara ini adalah tidak benar. Sebagai pemegang saham utama AirAsia Berhad dan AirAsia X Sdn. Bhd,, kami komited untuk meningkatkan nilai pegangan saham dalam kedua-dua pelaburan teras kami secara berterusan dan menerokai pelbagai peluang untuk meningkatkan francais kami," kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan Khazanah, Tony dan Kamarudin itu merujuk kepada laporan sebuah portal pembangkang yang mendakwa Tony akan meng-

ambil alih operasi MAS dengan menjadi pemegang saham individu terbesar apabila membeli 20 peratus saham syarikat penerbangan negara itu.

Desas-desus mengenai pembelian saham MAS oleh Tony juga dilaporkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang turut mendakwa perjanjian tersebut akan dimuktamadkan minggu depan.

Sementara itu, sumber dalaman Khazanah hari ini berkata, pertukaran saham seperti yang dilaporkan tidak mustahil berlaku, namun menolak Tony dan Kamarudin akan mengambil alih operasi MAS.

Ini kerana kata sumber itu, jika Tony dan Kamarudin membeli saham MAS sebanyak 20 peratus sekali pun, Khazanah masih memiliki kira-kira 49 peratus saham di dalam syarikat penerbangan itu iaitu daripada 69 peratus ketika ini.

"Khazanah juga dalam hasrat untuk mengekalkan penguasaan di dalam MAS, tidak memerlukan jumlah saham yang tinggi sehingga 69 peratus," katanya.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, pertukaran saham tersebut jika berlaku perlu dilihat dari sudut positif yang mana kerjasama itu bakal membawa banyak manfaat kepada kedua-dua pihak.

MAS kata beliau, boleh belajar daripada kecekapan AirAsia menjadi peneraju dalam industri penerbangan manakala syarikat tambang murah itu pula dapat berkongsi kepakaran kejuruteraan canggih yang dimiliki MAS.

"Paling utama kerjasama kedua-dua syarikat penerbangan tempatan ini boleh memberi saingan kepada syarikat penerbangan antarabangsa lain," katanya.

Tegas sumber itu, MAS dan AirAsia juga akan tetap kekal sebagai sebuah entiti yang berbeza jika berlaku pertukaran saham berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kes luar biasa dan terpencil - Jakim

Posted:

Kes luar biasa dan terpencil - Jakim

Kes luar biasa dan terpencil - Jakim

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelasnya, melalui sistem rekod yang komprehensif itu, kemungkinan untuk terlepas pandang kes keluarga itu adalah tipis.

"Kami menunggu laporan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengenai kes tersebut bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang mangsa yang mendakwa telah 'dipujuk' secara berterusan oleh sebuah gereja untuk menerima bantuan dari rumah ibadat tersebut meskipun tidak mahu menerimanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved