Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pasar Tani pra perayaan dibuka

Posted:

Pasar Tani pra perayaan dibuka

Pasar Tani pra perayaan dibuka

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Mohd. Nawi Othman (tengah) bertanya sesuatu dengan peniaga daging selepas majlis pelancaran pasar tani terpilih bagi jualan istimewa pra perayaan di Pasar Tani Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 7 Ogos – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri hari ini melancarkan empat pasar tani terpilih bagi jualan istimewa pra perayaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barang keperluan sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengarahnya, Mohd. Nawi Othman berkata, empat pasar tani terpilih itu ialah di Alor Gajah, Merlimau dan Klebang yang dibuka pada setiap hari Ahad bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari manakala pasar tani Masjid Tanah beroperasi pada waktu sama setiap hari Sabtu.

Menurut beliau, pembukaan pasar tani jualan pra perayaan itu bertujuan membantu pengguna untuk mendapatkan barang keperluan terpilih pada harga yang lebih rendah berbanding pasar biasa.

"Sebagai contoh, di pasar tani ini daging lembu dijual pada harga RM18 setiap kilogram berbanding pasar biasa atau pasar malam berharga RM20 hingga RM22 setiap kilogram dan ayam proses RM7.60 setiap kilogram berbanding di luar RM8.50 sekilogram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pasar tani terpilih bagi jualan istimewa pra perayaan di Pasar Tani Alor Gajah di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah FAMA Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Manon Jali.

Pada pelancaran itu, Mohd. Nawi berkata, FAMA turut mempamerkan kain rentang yang mengandungi senarai 17 barangan keperluan harian terpilih berserta harga jualan yang ditetapkan oleh pihaknya sebagai panduan kepada pengguna.

Langkah itu, katanya, sejajar dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah memberi tanggungjawab kepada FAMA untuk mengimbangi kenaikan harga barangan keperluan harian tersebut.

"Usaha ini diharap dapat memberi kemudahan kepada pengunjung pasar tani untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan harian pada harga yang terbaik kepada pengguna.

"Selain itu, ia juga dapat memastikan bekalan hasil pertanian sentiasa mencukupi bagi memenuhi kehendak masyarakat pada musim pra perayaan," tambahnya.

Antara 17 senarai barangan terpilih mengikut harga bagi setiap kilogram ialah cili merah berharga RM7.20, kobis bulat (RM2), timun (RM1.70), tomato (RM3.50), kacang panjang (RM3.70) manakala kelapa RM1.30 bagi setiap biji.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kembara Jalur Gemilang berjaya semarak sambutan merdeka

Posted:

Kembara Jalur Gemilang berjaya semarak sambutan merdeka

Kembara Jalur Gemilang berjaya semarak sambutan merdeka


Orang ramai menyambut peserta program Kembara Jalur Gemilang Ramadan 2011 di Kampung Tengah, Bukit Rambai, Melaka, kelmarin.


MELAKA 7 Ogos - Pelbagai pihak diseru menganjurkan lebih banyak program Kembara Jalur Gemilang bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sambutan hari kemerdekaan dan melahirkan kesedaran tentang tanggungjawab mereka kepada negara.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, hanya melalui program tersebut masyarakat akan menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu yang telah membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah.

Menurutnya, melalui program Kembara Jalur Gemilang, pemilik rumah dan kenderaan tidak lagi malu untuk memasang Jalur Gemilang di kereta atau di hadapan rumah masing-masing.

''Dulu memang susah kita mahu tengok pemilik kereta memasang Jalur Gemilang di kenderaan mereka tetapi hari ini menerusi program Kembara Jalur Gemilang segalanya sudah berubah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyambut dan merasmikan program Kembara Jalur Gemilang Ramadan 2011 anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) di Kampung Tengah, Bukit Rambai di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Seet Har Cheow dan Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Zainuddin Ismail.

Program tersebut disertai kira-kira 10 kenderaan pacuan empat roda yang dihiasi Jalur Gemilang.

Idris berkata, program anjuran kementerian itu yang diadakan setiap tahun telah menunjukkan keberkesanan mengajak masyarakat turut sama memanfaatkan sambutan kemerdekaan dengan mengibar Jalur Gemilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga emas pilu sambut raya

Posted:

Warga emas pilu sambut raya

Warga emas pilu sambut raya


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah milik Amir Abdullah (gambar kecil) di Kampung Pasir Putih, Bachang, Melaka, kelmarin.


MELAKA 7 Ogos - Seorang warga emas terpaksa menerima hakikat bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tanpa rumah setelah kediamannya itu musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Bachang di sini semalam.

Amir Abdullah, 62, yang tinggal seorang diri di rumah itu tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam kebakaran yang berlaku pukul 11.35 malam.

Dua jentera bersama 12 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sarina Sidek dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran itu kira-kira 20 minit kemudian.

"Sudah takdir rumah saya musnah dan saya terpaksa reda dengan apa yang terjadi. Raya kali ini tidak bermakna apa-apa kerana rumah milik saya musnah hanya dalam sekelip mata," katanya lemah ketika ditemui di tempat kejadian.

Antara barang penting yang musnah dalam kejadian itu adalah dokumen pemastautin tetap (PR) Amir yang berasal dari Aceh, Indonesia.

Dia yang menetap hampir 30 tahun di negara ini, sudah berkahwin dan mempunyai empat anak menyedari kebakaran itu ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Bencana yang menimpa Amir turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut melawat tempat kejadian hari ini selain menghulurkan sumbangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved