Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Terima 20,000 benih udang

Posted:

Terima 20,000 benih udang

Terima 20,000 benih udang

Oleh ABD RAZAK OSMAN
pengarang@utusan.com.my


SHABUDIN yahya (kanan) bersiap-sedia melepaskan benih udang galah di Kampung Labuh Banting Sungai Kulim, Tasek Gelugor, baru-baru ini.


TASEK GELUGOR 7 Ogos - Kira-kira 40 nelayan di Kampung Labuh Banting di sini menerima bantuan 20,000 benih udang galah daripada Jabatan Pertanian Negeri.

Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Mohd. Rafi Hasan berkata, bantuan tersebut diberikan untuk membantu para nelayan terbabit yang terlalu bergantung kepada hasil tangkapan sungai sebagai mata pencarian.

Menurutnya, sumber yang semakin berkurangan akibat pencemaran sungai menyebabkan kehidupan nelayan semakin terhimpit.

"Nelayan ini perlu dibantu kerana kehidupan mereka banyak bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan udang sahaja sebagai mata pencarian harian.

"Kita harap selepas ini, semua nelayan sungai di sini mendapat manfaat daripada usaha sebegini," katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan benih udang galah di Sungai Kulim di sini yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Negeri.

Mohd. Rafi memberitahu, nelayan terbabit akan menerima hasil selepas empat bulan nanti apabila kesemua udang galah tersebut membesar dan boleh dijual.

Jelasnya, penternakan udang galah mampu memberikan pulangan lumayan berikutan harga pasaran yang tinggi iaitu RM45 sekilogram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UMNO bantu 16 pemandu bas dibuang kerja

Posted:

UMNO bantu 16 pemandu bas dibuang kerja

UMNO bantu 16 pemandu bas dibuang kerja

BUTTERWORTH 7 Ogos - Nasib 16 pemandu bas Cityliner yang didakwa diberhentikan kerja oleh majikan mereka sejak Isnin lalu mendapat pembelaan UMNO negeri.

UMNO Pulau Pinang semalam menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 kepada setiap seorang bagi membolehkan mereka membuat persiapan sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, selain itu, mereka juga ditawarkan pekerjaan di syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang).

"Kita amat bersimpati dengan nasib mereka yang kini tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

"Sebagai permulaan, UMNO Pulau Pinang memberi sumbangan RM300 bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan dan hari raya nanti.

"Saya juga telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menyerap mereka ke dalam Rapid Penang yang kebetulan mempunyai 30 kekosongan pemandu bas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 16 pemandu bas berkenaan di sini, semalam.

Pada 1 Ogos lalu, seramai 16 pemandu bas henti-henti Cityliner laluan Butterworth-Parit Buntar mendakwa mereka diberhentikan oleh majikan mereka.

Mereka terdiri daripada 12 orang Melayu dan empat India yang telah berkhidmat lebih 15 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Balongan ahyam, cenkarok juadah Ramadan masyarakat Banjar

Posted:

Balongan ahyam, cenkarok juadah Ramadan masyarakat Banjar

Balongan ahyam, cenkarok juadah Ramadan masyarakat Banjar


Fatimah Yuri (kiri) menunjukkan kuih balongan ahyam dan Abyah Husin (kanan) memegang kuih cenkarok di Kampung Kuala Sungai Manik, Teluk Intan,baru-baru ini.


TELUK INTAN 7 Ogos - Setiap kali tiba Ramadan, pasti pelbagai kuih tradisional yang mewakili kelompok sesebuah masyarakat muncul di pasaran.

Bagi masyarakat Banjar di Kampung Kuala Sungai Manik dekat sini, tidak sah jika kehadiran Ramadan tidak disambut dengan kuih balongan ahyam dan cenkarok yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat.

Seorang penduduk, Fatimah Yuri, 56, berkata, balongan ahyam merupakan kuih tradisional yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka yang datang dari Banjarmasin Indonesia.

Katanya, sebelum ini, kuih tersebut hanya disediakan untuk hidangan keluarga pada bulan Ramadan tetapi sudah dipasarkan bagi menambah pendapatan keluarga.

"Tidak terlalu susah untuk membuat kuih ini kerana ia hanya mengunakan bahan seperti kelapa, gula merah, gula putih, daun pisang dan dikukus selama 15 minit.

''Rasanya enak manis seperti dodol," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, kuih cenkarok yang turut diwarisi turun-temurun memerlukan lebih tiga orang untuk membuatnya.

Abyah Husin, 62, berkata, sebanyak tiga orang diperlukan untuk menumbuk beras pulut bagi menghasilkan kuih berkenaan.

''Biasanya kuih ini dibuat secara gotong-royong sekali gus mengukuhkan silaturahim penduduk kampung,'' ujarnya.

Beliau menambah, antara petua bagi menghasilkan cenkarok yang sedap dan berkualiti adalah jiwa pembuatnya mesti bersih dan ikhlas.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Sungai Manik Lama, Hashim Mohamed berharap tradisi membuat kuih tradisional itu terus dipelihara dan dikembangkan kepada generasi muda hari ini.

''Mungkin generasi muda boleh diajak bersama membuat kuih berkenaan dan bukan hanya terhad kepada kaum wanita,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved