Rabu, 14 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


1,050 terlibat Kayuhan Merdeka UTM

Posted:

1,050 terlibat Kayuhan Merdeka UTM

1,050 terlibat Kayuhan Merdeka UTM

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN 1050 perserta Program Kayuhan Merdeka UTM 2011 dilepaskan di Padang Kawad UTM Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 13 Sept. – Seramai 1,050 peserta terlibat dalam Program Kayuhan Merdeka anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, dekat sini, bersempena sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini.

Kayuhan yang bermula dan berakhir di padang kawad UTM itu dilakukan dalam kawasan universiti berkenaan dengan jarak sejauh 3.5 kilometer.

Pelepasan disempurnakan Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang dan diiringi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal.

Peserta program berkenaan terdiri daripada mahasiswa UTM, pelajar sekolah menengah serta orang awam dan ia pertama kali dianjurkan di universiti itu.

Zaini berkata, program tersebut akan dijadikan acara tahunan bagi menggalakkan budaya berbasikal dalam kalangan mahasiswa dan kakitangannya di kawasan kampus.

Beliau berkata, kira-kira 100 buah basikal disediakan untuk kegunaan mereka dan penggunaannya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di UTM.

"Selain itu, berbasikal juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan membantu mengurangkan masalah ketiadaan tempat meletak kereta di UTM," katanya.

Beliau sendiri menggunakan basikal pada hari tertentu selepas waktu pejabat bagi meninjau keadaan sesebuah kampus atau pun fakulti.

Tangani segera iklan ah long

Posted:

Tangani segera iklan ah long

Tangani segera iklan ah long

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Sept. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) digesa membersihkan iklan ceti haram atau ah long yang semakin tidak terkawal di bandar raya ini.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM). A. Rahman Mahadi mendakwa, masalah iklan dan poster ah long semakin berleluasa dan boleh dilihat di banyak tempat awam.

"Pemandangan indah Bandaraya Johor Bahru sejak kebelakangan ini menyakitkan mata dan terganggu. Iklan ah long ditampal dan digantung di papan tanda, lampu isyarat, bangunan, tiang elektrik, pondok telefon, perhentian bas dan di mana-mana sahaja.

"Sungguh memalukan kepada pelancong luar apabila papan tanda menunjukkan kawasan bandar raya ini dicemari iklan ah long hingga menutup sebahagian besar lokasi yang dipaparkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, masalah itu memberi imej yang tidak baik terhadap bandar raya ini dan negara amnya jika tidak diperangi dengan bersungguh-sungguh serta berterusan.

Beliau berkata, kewujudan iklan-iklan itu juga bukan perkara baru dan telah berlarutan sejak sekian lama walaupun MBJB melakukan pelbagai langkah untuk membanterasnya.

"Masalah ini seperti dilihat tiada jalan penyelesaian dan iklan-iklan ah long seolah-olah lebih berkuasa dan menguasai undang-undang tempatan berbanding MBJB," katanya.

Menurutnya, iklan-iklan ah long bukan sahaja ditampal sesuka hati di kawasan bandar raya tetapi juga di kampung dan kawasan perumahan yang biasanya menutup nama-nama jalan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved