Rabu, 14 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


300 penduduk tuntut janji

Posted:

300 penduduk tuntut janji

300 penduduk tuntut janji

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


ZABIDI Ishak menunjukkan gambar tempat parit sementara dibina MPKB yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya, di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 Sept. – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) digesa menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan hampir enam tahun melibatkan lebih 300 penduduk di Taman Perumahan Thirteen Avenue Garden dan kampung sekitar di Wakaf Stan, di sini.

Penduduk kawasan terbabit mendakwa, pegawai atasan pihak berkuasa tempatan itu telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut ketika melawat kawasan berkenaan bersama Pengelola D'raja Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmud pada awal Januari lalu.

Seorang penduduk, Zabidi Ishak, 42, berkata, penduduk di kawasan tersebut kini semakin resah kerana musim tengkujuh semakin hampir dan akan menyebabkan kawasan itu banjir.

Beliau berkata, pembangunan yang tidak dirancang telah menyebabkan kawasan itu ditenggelami air setiap kali musim tengkujuh dan kali ini dijangka keadaan bertambah buruk disebabkan wujud sebuah taman perumahan yang baru di kawasan berkenaan.

"MPKB-BRI sebelum ini memberi jaminan akan menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan berkenaan dan mereka menggali parit sementara sepanjang kira-kira 200 meter dari kawasan perumahan ke jalan besar.

"Bagaimanapun, parit sementara itu kini tertimbus dan menambah masalah pula kepada penduduk kerana ada taman perumahan baru dibina di kawasan parit berkenaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zabidi yang tinggal di taman tersebut sejak empat tahun lalu berkata, paling teruk, kawasan tersebut dilanda banjir sebanyak dua kali iaitu pada Disember dan Januari lalu sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

"Paling teruk pada awal tahun ini kerana banjir selama 10 hari hingga mengakibatkan saya bersama isteri dan anak-anak terpaksa tinggal di pejabat.

"Kami mohon penjelasan mengenai perkara ini daripada MPKB-BRI kerana kami turut bayar cukai kepada agensi berkenaan, namun kenapa perkara seperti ini tidak diselesaikan sedangkan janji sudah dibuat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Minah Daud, 61, berkata, dia terpaksa membina tempat khusus dalam rumahnya untuk 'menyelamatkan' perabot dan barangan elektrik ketika banjir.

"Walaupun lantai rumah kira-kira satu meter dari tanah, namun hujan yang menyebabkan air bertakung di kawasan perumahan boleh mencecah hingga dua meter hingga menyebabkan perabot rosak walaupun diletakkan di atas bangku.

"Ketika banjir itu juga, saya terpaksa menyelamatkan anak saya Noor Fauziah Yusoff, 45, yang tidak boleh berjalan dengan meletaknya dalam besen untuk berpindah," katanya.

Dialog bantu ibu tunggal

Posted:

Dialog bantu ibu tunggal

Dialog bantu ibu tunggal

KOTA BHARU 13 Sept. - Lebih 200 orang wanita menyertai Majlis Dialog Memperkasa Ibu Tunggal 2011 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Peluang tersebut digunakan peserta terbabit untuk mendapatkan pelbagai maklumat daripada wakil Amanah Raya Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Bantuan Guaman yang menjadi ahli panel.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kota Bharu, Datin Nik Azizah Nik Yahya ketika berucap menutup majlis tersebut mengingatkan wanita yang kurang bernasib baik di negeri ini bahawa kerajaan Persekutuan tidak sekali-kali meminggirkan mereka.

Katanya, pelbagai program disediakan bagi membolehkan mereka menjadikannya sebagai punca pendapatan bagi menanggung keluarga masing-masing.

"Ramai daripada ibu tunggal yang terpaksa menanggung kehidupan anak-anak kecil dan bersekolah, mereka sewajarnya dimaklumkan mengenai bantuan yang disediakan," katanya di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Azlina Mohd. Embran.

Nik Azizah berkata, usaha Jabatan Pembangunan Wanita amat dialu-alukan dalam memberi maklumat dan pengetahuan yang diperlukan.

Katanya, kebanyakan wanita sebelum ini tidak mengetahui mengenai bantuan tersebut dan majlis seperti itu akan membuka peluang baru kepada mereka.

RM300,000 pulihkan Pantai Bisikan Bayu Semerak

Posted:

RM300,000 pulihkan Pantai Bisikan Bayu Semerak

RM300,000 pulihkan Pantai Bisikan Bayu Semerak


NAZRAN Mohamed (lima dari kiri) bersama-sama kakitangan agensi kerajaan bekerjasama membersihkan kawasan Pantai Bisikan Bayu Semerak, di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.


PASIR PUTEH 13 Sept. - Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh (PTJPP) akan memperuntukkan RM300,000 untuk menaik taraf dan membangunkan semula pusat peranginan Pantai Bisikan Bayu Semerak, dekat sini menerusi program agropelancongan.

Ketua Jajahan Pasir Puteh, Nazran Mohamed berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan itu turut mengalih perhatian orang ramai daripada terus berkunjung ke Lagun Maut yang berhampiran.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membaik pulih kemudahan awam seperti wakaf dan surau yang rosak dilanda ombak besar setiap kali musim tengkujuh di samping menambah bilangan tandas awam dan bilik persalinan.

"Di sini terdapat sebuah resort yang diusahakan oleh pihak swasta, Pantai Bisikan Bayu atau lebih terkenal dengan Pantai Dalam Ru akan turut dibangunkan dengan gerai khas bagi membolehkan penduduk tempatan menjalankan peniagaan air kelapa muda, jagung bakar dan makanan tradisional seperti satar.

"Pokok rhu yang baru akan turut ditanam untuk menggantikan pokok yang lama dan sebahagiannya tumbang disebabkan hakisan pantai. Saya nasihatkan supaya penduduk tempatan juga tidak melepaskan haiwan ternakan mereka seperti lembu dan kambing supaya tidak berkeliaran di kawasan pusat peranginan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program Gotong-Royong Khas anjuran PTJPP bersama warga kerja, pemimpin dan penduduk setempat di sini, semalam.

Program amal itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak (ADUN), Wan Hassan Wan Ibrahim bersama kakitangan agensi kerajaan pusat dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Nazran berkata, PTJPP turut merancang untuk menganjurkan pesta pantai apabila semua kemudahan tersebut siap dibina sebagai langkah awal menarik perhatian orang ramai untuk berkelah di pantai itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved