Rabu, 14 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia sasar tarik 200,000 pelajar asing menjelang 2020

Posted:

Malaysia sasar tarik 200,000 pelajar asing menjelang 2020

Malaysia sasar tarik 200,000 pelajar asing menjelang 2020

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kerajaan tidak pernah menganggap mereka yang berhijrah dan bekerja di negara lain sebagai tidak patriotik meskipun kumpulan diaspora itu sering dilabel sedemikian oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan tetap melihat kumpulan itu sebagai aset penting untuk bekerjasama dan berharap dapat membawa mereka pulang pada masa depan.

"Hakikat ini dibuktikan menerusi penubuhan Talent Corporation (Talent Corp) yang bertanggungjawab menarik semula diaspora negara menerusi pelbagai program dan insentif yang menarik," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pendidikan Kebangsaan 2011 di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan juga masih boleh bekerjasama dengan diaspora di luar negara dengan membuka saluran menerusi kedutaan atau suruhanjaya tinggi di negara-negara mereka bekerja.

Katanya, golongan itu boleh diajak bersama dalam lawatan rasmi kerajaan sebagai duta kecil untuk mempromosi negara, sama ada dari sudut pelancongan dan pendidikan selain menarik pelabur yang berpotensi.

"Pengetahuan dan kemahiran diaspora terhadap persekitaran tempatan sudah semestinya memberi kelebihan kepada kerajaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menambah, kerajaan menyasarkan menarik seramai 200,000 pelajar antarabangsa ke negara ini menjelang 2020 dengan nilai pelaburan sebanyak RM600 bilion.

Kata beliau, sasaran itu berdasarkan kepada kedudukan strategik negara di rantau ini yang menggalakkan percambahan rentas idea, budaya dan dialog peradaban dengan masyarakat dunia.

Najib: Bantu bumiputera mesra pasaran

Posted:

Najib: Bantu bumiputera mesra pasaran

Najib: Bantu bumiputera mesra pasaran

KUALA LUMPUR 13 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan afirmatif untuk membantu bumiputera yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kekal tetapi berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi bumiputera tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain juga menarik bukan bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB) pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran dan kedua, tidak benar-benar membantu bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya, tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit.

"Dengan kata lain, kita mewujudkan peluang bagi mereka berkembang maju dan tidak mengenakan kuota ke atas pihak lain. Jadi, itulah falsafah umumnya, kita menuju ke arah itu dan ia semakin baik dan lebih menarik kepada bukan bumiputera jika kita melakukannya atas dasar itu," kata Perdana Menteri pada Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika berkongsi pandangannya tentang prestasi dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan pada 2009.

Dialog selama 45 minit itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes.

Mengenai sama ada telah tiba masanya bagi ASEAN mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata, negara-negara ASEAN akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana," katanya. - bernama

"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China.

Mengenai pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Najib berkata kerajaan telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya mewujudkan sistem berkenaan untuk membolehkan pelaksanaannya.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Pada masa yang sama, beliau berkata penerimaan terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, kata Perdana Menteri.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mengurangkan defisit fiskal, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib. - BERNAMA

Laporan tuduhan ke atas PDRM siap

Posted:

Laporan tuduhan ke atas PDRM siap

Laporan tuduhan ke atas PDRM siap

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Hishammuddin Tun Hussein bermesra dengan Hanif Omar, Norian Mai dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail (dua dari kiri) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam. – BERNAMA


PUTRAJAYA 13 Sept. – Laporan penuh berhubung pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu sudah siap dan akan dibentangkan ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang disiasat selepas Bersih 2.0 beberapa hari lagi.

"Adalah penting orang ramai tahu isu-isu yang sah dan benar semasa pasukan polis menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

"Dalam hal ini, saya ingatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa jangan kita pilih kasih, apa yang betul adalah betul dan yang salah adalah salah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan bekas Ketua Polis Negara iaitu Tun Hanif Omar dan Tan Sri Norian Mai.

Sebelum ini, PDRM mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bersih untuk menyiasat enam tuduhan terhadap pasukan polis yang menjalankan tugas semasa perhimpunan haram itu.

Kesemua tuduhan disifatkan tohmahan terhadap PDRM itu dilemparkan ke atas anggota dan pegawainya yang didakwa bertindak zalim dan ganas semasa mengawal perhimpunan berkenaan.

Hishammuddin menegaskan, dalam konteks polis, perkara berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan sesuatu yang perlu mereka pegang dan praktikkan semasa bertugas.

"Kalau ada pihak-pihak yang tidak mengikut prosedur ditetapkan, itu juga mesti didedahkan. Selain itu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang merupakan laporan palsu, tindakan juga perlu diambil," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan terhadap hasil laporan adalah tanggungjawab Pejabat Peguam Negara dan bukannya polis.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata, ia membabitkan perbincangan yang dapat membantu kerajaan melihat kepada kebajikan, struktur dan cara memperkasa PDRM sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan.

"Kita mahu yakinkan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama bahawa profesion polis adalah kedudukan yang cukup penting untuk membina negara bangsa pada masa-masa akan datang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved