Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dagang bayi: Bekas pembantu jururawat, doktor pakar didakwa

Posted:

Dagang bayi: Bekas pembantu jururawat, doktor pakar didakwa

Dagang bayi: Bekas pembantu jururawat, doktor pakar didakwa

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang bekas pembantu jururawat yang sebelum ini didakwa atas tuduhan memperdagangkan bayi di sebuah hospital pada tahun lalu, hari ini sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama dengan melibatkan mangsa lain.

Kali ini, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan pada November tahun lalu.

Wanita terbabit yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan tersebut bagi maksud eksploitasi di sebuah rumah beralamat 07-01, Pangsapuri Seroja, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan Kepong, Sentul di sini pada pukul 8.15 malam, 14 November 2010.

Dakwaan terhadap tertuduh yang diwakili peguam K. Muthiah dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda.

Di mahkamah sama, pakar bedah, Datuk Dr. Mohammad Feizal Abdullah, 72, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat butiran palsu terhadap pendaftaran bayi tersebut di Hospital Taj, Jalan Ipoh, Sentul di sini antara 26 Julai dan 21 September 2010.

Full content generated by Get Full RSS.

Tertuduh utama kes rompak RM1 juta di KLIA didakwa

Posted:

Tertuduh utama kes rompak RM1 juta di KLIA didakwa

Tertuduh utama kes rompak RM1 juta di KLIA didakwa

SEPANG 18 Nov. - Seorang ahli perniagaan yang merupakan tertuduh utama dalam kejadian rompakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan wang tunai mencecah RM1 juta milik tiga warganegara asing, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

T. Sritharan, 32, mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan utama melakukan rompakan berkumpulan ke atas tiga rakyat Singapura iaitu Hameed Saadik Batcha, Abd. Rahman Maricar dan Mohamed Zakkariya Mohamed Shatik masing-masing melibatkan wang tunai AS$100,000 (RM320,000).

Dia turut didakwa atas tiga tuduhan utama melakukan penipuan dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada ketiga-tiga mangsa.

Sritharan didakwa melakukan rompakan berkumpulan dan menipu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, D. Nagarajan, 34.

Rompakan berkumpulan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.25 malam, 15 September lalu di tandas lelaki bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satelit KLIA di sini.

Sritharan turut menghadapi tiga tuduhan pilihan menyamar sebagai pegawai SPRM. Tuduhan menipu dan menyamar didakwa dilakukan pada pukul 11 malam, hari yang sama di Bangunan Satelit KLIA.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 419 serta 170 kanun sama, masing-masing bagi kesalahan menipu dan penyamaran.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dan diperintah menyerahkan pasport, melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan serta larangan memasuki Sabah dan Sarawak.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut pada 6 Disember ini bersama-sama kes tiga pegawai risik SPRM yang sebelum ini didakwa atas sembilan tuduhan melibatkan kesalahan serupa.

Timbalan Penguasa, S. Vijayarao, 33, dan dua pegawai berpangkat Penolong Penguasa, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30, serta Aziz Jaafar, 48, didakwa atas tiga tuduhan utama bersubahat melakukan rompakan berkumpulan, tiga tuduhan utama menipu dan tiga tuduhan pilihan menyamar serta tiga tuduhan utama menyembunyikan rancangan rompakan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Hanim Mohd. Tajuddin dan Tetralina Ahmed Fauzi agar kes Sritharan dibicara bersama dengan tiga tertuduh lain kerana ia melibatkan transaksi yang sama.

Terdahulu, Nadia Hanim berhujah agar mahkamah mengenakan jaminan RM100,000 terhadap tertuduh atas alasan kes itu merupakan jenayah terancang dan melibatkan jumlah wang yang banyak.

Hujah beliau, walaupun tiga tertuduh lain yang merupakan penjawat awam ditangkap polis berhubung kes itu pada 19 September lalu, Sritharan iaitu tertuduh utama hanya menyerah diri pada 8 November lalu, selepas hampir dua bulan penangkapan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved