Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


UPSR terbaik tempoh 4 tahun

Posted:

UPSR terbaik tempoh 4 tahun

UPSR terbaik tempoh 4 tahun

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.

Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.

Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.

"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.

"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.

Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.

Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.

Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.

Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.

"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.

Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tsu Koon tak akan bertanding PRU13

Posted:

Tsu Koon tak akan bertanding PRU13

Tsu Koon tak akan bertanding PRU13

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu, Tsu Koon, 62, berkata, secara asasnya, ia merupakan keputusan peribadi dan telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

Namun katanya, beliau tidak berada di bawah tekanan untuk membuat keputusan itu walaupun berhadapan pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini termasuk dari dalam parti yang mendesaknya supaya meletak jawatan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai hasrat saya ini dan beliau menerima serta menghormati keputusan tersebut.

"Ia juga selaras dengan langkah kepada pembaharuan dan transformasi Gerakan dengan memberi peluang kepada generasi pelapis memainkan peranan lebih penting menerusi agenda 'Gerak Bersama Rakyat'," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selasa lepas, Tsu Koon menyatakan bahawa beliau akan membuat pengumuman penting mengenai pelan pembaharuan parti itu hari ini.

Tsu Koon berkata, beliau masih kekal sebagai Presiden Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan ditentukan Perdana Menteri.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak sempat kongsi kejayaan

Posted:

Tidak sempat kongsi kejayaan

Tidak sempat kongsi kejayaan

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Nur Hazwani Rosaidi menerima slip keputusan UPSR disampaikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin semasa jenazah bapanya masih berada di rumahnya di Taman Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – Utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 17 Nov. – Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini terkilan tidak sempat berkongsi kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dengan bapanya yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam.

Nur Hazwani Rosaidi, 12, hanya mampu memegang slip keputusan UPSR yang disampaikan Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin di sisi jenazah bapanya, Rosaidi Awang Kechik, 41, di rumahnya di Taman Paya Keladi di sini.

Menurut Nur Hazwani, bapanya yang bertugas sebagai pegawai bank di Pulau Pinang beria-ia memohon cuti untuk menemaninya ke sekolah mengambil keputusan UPSR hari ini.

"Bapa juga bercadang membawa kami sekeluarga melancong semasa cuti sekolah ini sebagai hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A.

"Memang sedih sangat apabila bapa tak sempat nak tengok keputusan ini. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas ini," kata anak ketiga daripada enam adik beradik itu.

Menurut murid itu, bapanya meninggal dunia ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di Butterworth.

Dalam pada itu, seorang lagi calon yang mendapat 5A, Azwin Nurain Aidi Kharsana dari SK Ara Rendang berkata, mimpi bertemu bapanya semalam yang mengucapkan tahniah kerana mendapat 5A akhirnya menjadi kenyataan.

"Abah berjanji mahu memberi hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A, tetapi itu semua tinggal kenangan," ujarnya.

Bapanya, Aidi Kharsana Ahmad @ Mat Noor, 38, terbunuh selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Tapah, Perak ketika pulang berhari raya dari Pontian, Johor, 8 November lalu.

Ibunya, Mukrimah Hamzah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Pakar KPJ dekat sini manakala adik bongsunya, Muhammad Mukhriz, 3, patah kaki.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved