Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rekaan kreatif satukan kemenangan

Posted:

Rekaan kreatif satukan kemenangan

Rekaan kreatif satukan kemenangan

rekreasi@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Rezeki arca penutup tin membolehkan Lim Hong Ann membawa pulang hadiah utama.


Pada awalnya, dalam pertandingan berkenaan, penulis menjangkakan kemenangan berpihak kepada karya lain yang lebih menonjol. Tambahan pula gimik kejutan pihak Rado yang mengumumkan dua nama pemenang tempat pertama di saat akhir menjadikan suasana riuh.

Namun, selepas nama Haris Abadi dan Lim Hong Ann diumumkan sebagai juara, penulis cuba mencari keistimewaan di sebalik karya yang dihasilkan dan mengapa karya seni mereka mampu menewaskan peserta lain.

Namun itulah seni. Hasil kerja tangan memang sukar diduga kerana setiap individu mempunyai persepsi tersendiri dalam penafsiran terhadap sesuatu karya seni visual.

Mungkin kerana alasan ini membolehkan kedua-dua anak muda bertuah itu berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000 dan seutas jam tangan Rado setiap seorang.

Menurut Naib Presiden Rado Malaysia, Bernard Yong , karya seni mereka berbeza tetapi sama bernas.

"Kedua-dua hasil seni mereka mempunyai daya tarikan yang cukup menambat hati sehingga membuatkan para juri memilih hasil karya mereka berdua sebagai pemenang," katanya.

Haris Abadi berkata, pada mulanya beliau tidak menjangkakan kemenangan kerana peserta lain tidak kurang hebatnya.

"Tujuan saya menghasilkan karya ini adalah untuk menyoal perilaku manusia yang terlalu bergantung terhadap penggunaan Internet.

"Sebab itu, karya Your Axis Mundi? dihasilkan dengan menggunakan teknik video mapping yang ditayangkan bersama objek nyata dan simbol-simbol dunia siber seperti Facebook.

"Mungkin kerana pendekatan baru inovasi gabungan kaedah yang kreatif berserta aplikasi medium kesenian moden memberi kelebihan buat saya," jelasnya.

Lim Hong Ann pula berkata, walaupun beliau hanya menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti penutup tin kosong untuk menghasilkan Arca Go Unlimited, daya kreativitinya itu mempelopori pendekatan baru dalam penghasilan sesebuah karya seni.

"Saya rasa mesej simbolik yang terdapat pada karya ini seperti menyampaikan detik penentuan tidak terbatas menarik perhatian juri," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Makan angin’ dengan kerjaya

Posted:

'Makan angin' dengan kerjaya

'Makan angin' dengan kerjaya

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


LAYANAN istimewa bakal diberi kepada setiap pengunjung Restoran Masakan Jepun, Kofuku.


BERTUKAR kerjaya atau tempat kerja mungkin merupakan suatu perkara yang biasa bagi sesetengah orang.

Kebiasaannya alasan untuk bertukar kerjaya, mungkin untuk berubah angin, teman kerja tidak sebulu, bosan atau tertekan dengan tugasan yang dilakukan bertahun-tahun lamanya.

Namun tidak semua berpendapat begitu. Sekiranya kerjaya yang dilakukan amat memenuhi cita rasa, pastinya sepanjang mana pun lamanya, mereka sanggup `menunggu' di situ.

Itu pengalaman yang akan dikongsi S3 kali ini dengan membawa pembaca bertemu Chef Eksekutif, Steven Tan.

Beliau yang berpengalaman selama 27 tahun dalam bidang masakan dan perhotelan berpendapat, setiap individu perlu mencari kerjaya yang menyeronokkan agar mereka tidak mudah bosan dengan tugasan harian yang dilakukan.

Baginya, kerjaya sebagai chef amat bertepatan dengan cita rasanya yang sukakan cabaran.

Justeru, tidak hairanlah mengapa pakar kepada masakan Jepun ini mampu bertahan hampir mencecah 30 tahun dalam bidang yang diceburinya itu.

"Kerjaya chef bukan sahaja memberi pulangan yang menarik malah saya berpeluang 'makan angin' ke luar negara," katanya.

Sejak berkecimpung dalam bidang tersebut, Chef Steven boleh dikatakan telah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia hanya dengan kepakarannya memasak.

Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap benua telah disinggahinya ketika bekerja di atas kapal dagang milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) sebelum ini.

"Peluang mengembara sambil bekerja bukan suatu yang mudah untuk diperoleh kerana saya tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dari segi akademik.

"Bagaimanapun, tanpa sebarang diploma dan ijazah, saya masih lagi mampu bekerja sambil mengembara ke merata tempat," jelasnya.

Antara negara yang telah dilawatinya adalah Thailand, China, Australia, Switzerland, Britain, Belanda, Jerman dan Belgium.

Chef Steven berkata, bekerja di dapur hotel dan dapur kapal dagang atau kapal persiaran tidak banyak perbezaan dari segi peralatan yang disediakan.

"Bezanya mungkin hanya pada nama kerana kami memanggil nama dapur kapal sebagai galley.

"Ruangan galley tidak seluas dapur hotel lima bintang tetapi kawasannya memadai untuk dijadikan tempat menyediakan masakan buat kapten, pegawai dan anak-anak kapal.

"Menariknya kerja atas kapal tidak sesibuk seperti bekerja di hotel kerana kami hanya perlu menyediakan juadah untuk 30 hingga ke 40 orang sahaja.

"Tetapi jika bekerja di hotel, bilangan pengunjung yang datang pastinya membuatkan para chef tidak cukup tangan ketika menyediakan hidangan," ujarnya.

Chef Steven kini berkhidmat menggunakan kepakarannya dalam hidangan negara matahari terbit itu di Restoran Masakan Jepun, Kofuku di Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur.

Pengalamannya sewaktu berkhidmat di MISC selama 11 tahun, pasti sentiasa menjadi ingatan manis buat dirinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved