Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seksualiti: 100 beri keterangan

Posted:

Seksualiti: 100 beri keterangan

Seksualiti: 100 beri keterangan

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

SABAK BERNAM 17 Nov. – Polis setakat ini telah mengambil keterangan lebih 100 individu bagi membantu siasatan kes penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, meskipun sudah merakamkan banyak percakapan, siasatan kes itu belum selesai kerana masih ramai saksi dan pengadu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, lebih 160 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

"Kita sudah merakam lebih 100 percakapan sehingga kini tetapi siasatan kes ini belum selesai lagi sebab banyak percakapan perlu diteliti sebelum ia dimajukan kepada pihak pendakwaraya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Kursus Nadwah Ilmiah Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Institut Latihan Dakwah Islam Selangor (ILDIS) Sungai Lang, Parit Baru di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Menurut Khalid, antara yang sudah dipanggil untuk memberi keterangan ialah aktivis sosial yang dikatakan menyokong program tersebut, Datin Paduka Marina Mahathir.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan mana-mana penganjur atau orang perseorangan mempromosi serta menyokong budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, PDRM sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menjalankan siasatan di bawah Enakmen Islam.

Dalam pada itu, Khalid berkata, PDRM akan menghantar lebih ramai pegawainya mengikuti Kursus Nadwah Ilmiah pada masa depan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan ilmu kerohanian kepada mereka.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi kehilangan wang tunai RM11,700 daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, baru-baru ini.

Katanya, kes itu bukan dirancang atau sengaja diada-adakan bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh tiga pegawai SPRM terbabit.

"Jangan buat spekulasi pula bahawa polis sengaja mengada-adakan kes ini untuk membantu SPRM menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawainya.

"Tidak sekali-kali kerana kes ini berlaku ada perancangan (individu tertentu) dan tindakan akan diambil terhadap suspek terlibat mengikut undang-undang," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wang hilang bukan duit samun - Polis

Posted:

Wang hilang bukan duit samun - Polis

Wang hilang bukan duit samun - Polis

SHAH ALAM 17 Nov. - Wang tunai berjumlah RM11,700 yang dilapor hilang daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan hasil samun suspek kes itu seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar hari ini.

Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, wang tunai itu adalah milik dua daripada tiga suspek yang ditahan dalam kes samun melibatkan kerugian bernilai US$300,000 (RM950,000) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), September lalu.

Beliau berkata, kehilangan wang itu yang disimpan dalam dompet disedari kira-kira pukul 2 petang pada 8 November lalu.

Menurutnya, pengawai penyiasat terbabit mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

"Berikutan kejadian itu, kita menyiasat kes ini secara terperinci dan 26 orang pegawai telah dipanggil untuk disoal siasat," katanya.

Tun Hisan berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Sambutan Deepavali peringkat IPK Selangor yang dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini hari ini. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC, Datuk G. Palanivel.

Akhbar hari ini melaporkan sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai SPRM yang menyamun pengurup wang asing di KLIA pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Laporan akhbar itu turut menyebut, selain wang tunai RM11,700, dompet milik semua suspek turut hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes itu di IPK Selangor.

Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut kerana ia melibatkan nama baik pasukan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sama ada ia melibatkan kecuaian pegawai yang bertugas atau sebaliknya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved