Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


NFC tangkis tuduhan pembangkang

Posted:

NFC tangkis tuduhan pembangkang

NFC tangkis tuduhan pembangkang

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Mohamad Salleh Ismail (tengah) pada sidang media mengenai Isu NFC sambil diperhatikan oleh Penasihat Undang-Undang NFC, Muhammad Shafee Abdullah (kiri) dan Penasihat Kewangan dan Korporat NFC, Zakaria Mohammed di Ladang NFC, Gemas, Negeri Sembilan, Khamis lalu.


NAMA National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang selama ini perlahan-lahan dikenali sebagai pembekal daging lembu berkualiti telah melonjak dengan mendadak akibat pelbagai dakwaan pihak yang cuba menimbulkan isu atau mempunyai agenda peribadi.

NFC yang menerajui projek jangka panjang 'lembah daging' yang akan melangkau 30 tahun itu kini dijadikan sasaran kumpulan tertentu selepas laporan Ketua Audit Negara menyatakan penambahbaikan perlu dibuat untuk beberapa perkara di tapak projek tersebut.

Bagi mengelakkan situasi semakin keruh, Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail telah mengadakan satu sesi lawatan dan penerangan kepada wakil media cetak dan elektronik berkenaan operasi syarikat dan menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Menurut beliau, NFC bermula pada 2009 dan baru memasuki tahun ketiga operasi sedangkan kontrak syarikat tersebut adalah selama 30 tahun untuk membangunkan pengeluaran daging negara.

"Ada pihak menuduh kita gagal tetapi laporan Ketua Audit Negara menyatakan NFC menepati sasaran dan tidak menyatakan syarikat ini dalam keadaan kucar-kacir seperti didakwa pihak berkenaan.

"Sasaran membawa masuk 8,000 ekor lembu untuk 2010 juga dicapai dengan jumlah sebenar adalah 8,016 ekor," katanya.

Beliau menegaskan, setiap projek akan menghadapi beberapa masalah di luar kawalan tetapi mengakui ada sesetengah masalah yang boleh dikawal dan diperbaiki.

Jelasnya, perkembangan projek tersebut perlu dilihat daripada dua aspek iaitu bilangan lembu dan juga jumlah sembelihan.

"Lembu NFC dibawa masuk dari Australia dan diberi makan selama empat hingga enam bulan untuk digemukkan sehingga 600 kilogram. Kita tidak menjual lembu tetapi daging. Lembu tempatan yang kurang dagingnya dengan berat sekitar 300 kilogram mencecah sehingga RM3,000 seekor tetapi jualan daging kami mengikut jenis potongan mampu mendapat sekitar RM5,000 seekor," ujarnya.

Mohamad Salleh memaklumkan, pihaknya bermula dengan mencari baka lembu yang sesuai di samping mencari kakitangan yang pakar dan juga memastikan produk yang dikeluarkan mendapat sambutan pasaran.

"Semua industri tidak mempunyai permulaan sempurna tetapi ini baru peringkat permulaannya sahaja. Kami perlu mengimport bahan mentah (baka lembu) dari luar seperti mana permulaan pokok kelapa sawit dibawa masuk dahulu.

"Kami pergi ke Australia tetapi sebagai orang baru, sukar untuk membentuk jaringan dengan pembekal baka dan Malaysia bukanlah pelanggan paling menarik bagi mereka berbanding Indonesia yang membeli lembu dalam jumlah besar," jelasnya.

Tambahnya, Malaysia kekurangan lembu berkualiti dari sudut jumlah dan kualiti daging dan kerana itu NFC memilih membawa masuk baka yang mempunyai banyak daging (Brahman) atau daging lebih berkualiti (Wagyu) yang mempunyai nilai pasaran lebih tinggi.

Tegasnya lagi, tugas utama NFC adalah meningkatkan pengeluaran daging penternak tempatan tetapi pembiakan bukan sebahagian daripada kontrak syarikat.

"Namun, kami tetap beri perhatian terhadap usaha pembiakan dan telah menampakkan hasilnya. Fidlot adalah tempat membawa masuk lembu luar, beri makan dan gemukkan lembu tersebut sebelum disembelih dan dijual dagingnya. Namun, jika ada daging tapi tiada pasaran juga tidak boleh jual, maka kena ada usaha pemasaran di samping menjaga faktor logistik, penyimpanan dan pengedaran," katanya.

Menurut Mohamad Salleh, NFC mampu menyembelih antara 20 hingga 30 ekor lembu serentak tetapi tidak boleh menyembelih jika tiada pasaran, seterusnya meningkatkan kos makanan untuk lembu.

Beliau mendakwa, projek itu juga boleh dibesarkan lagi tetapi masalah akan timbul jika lembu sampai tetapi tidak disembelih kerana makanan lembu merupakan kos tertinggi bagi penternak.

"Tahun 2009 merupakan tahun sukar bagi kami. Kami perlu mencari pakar fidlot, pakar sembelihan dan pemotongan daging, malahan pemasaran belum ada dan pembinaan baru bermula. Rumah sembelihan siap pada April 2009, kami mendapat sijil halal pada bulan Jun tetapi hanya menerima sijil Penanda Kesihatan Veterinar (VHM) pada 2010," ujarnya.

Beliau menjelaskan, tanpa sijil VHM tiada pihak yang mahu membeli produk yang dikeluarkan tetapi kedudukan ladang yang jauh dan keperluan mematuhi syarat ketat Jabatan Haiwan menyebabkan NFC mengambil sedikit masa untuk melatih kakitangan dan menambahbaik kemudahan sedia ada.

"Selepas mendapat sijil VHM baru syarikat mula membuat jualan daging kerana berjaya memenuhi syarat ketat untuk kedua-dua sijil halal dan sijil VHM. Kita juga memberi harga diskaun ketika pengenalan produk daging NFC, bukan sahaja kepada kedai kami, Meat Works di Mont Kiara malahan harga sama kepada semua pembekal dan pembeli," jelasnya.

Tambahnya, NFC juga telah berbincang dengan Felda dan Felcra untuk usaha pembiakan baka lembu daging di kalangan penduduk kampung dan luar bandar seterusnya menjadikan pertanian kontrak sebagai satu industri baru.

"Tahun pertama dan kedua perniagaan baru biasanya tak buat duit tapi kami bernasib baik pasaran mula menerima produk keluaran NFC pada tahun ketiga operasi. Aset penting seperti bangunan di ladang ini tidak membawa masuk duit tetapi ia perlu untuk operasi dan kita jangka NFC akan mula menerima unjuran positif bermula 2012," ujarnya.

Menjelang 2015, NFC dijangka mencapai pengeluaran daging tahunan hasil penyembelihan 60,000 ekor lembu ditambah dengan 186,000 ekor lembu lagi hasil pertanian kontrak terutamanya penduduk kampung dan luar bandar.

Selain pertanian kontrak, projek ini dijangka boleh dikembangkan kepada perniagaan runcit, francais dan pengeluaran produk berasaskan kulit lembu.

Walaupun tanpa pengiklanan aktif, bekalan daging keluaran NFC sudah tidak cukup bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Mohamad Salleh menegaskan, fokus utama dalam memulakan NFC adalah untuk memberi jaminan bekalan makanan negara yang kini masih mengimport sekitar 70 peratus daging dari India, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Uruguay.

"Sebenarnya mudah sahaja untuk negara pengeluar menghentikan bekalan kepada Malaysia, maka bekalan makanan kita tidak cukup untuk rakyat. Kerana itu perlu dibangunkan projek bekalan makanan sendiri sebegini demi menjamin bekalan makanan. Di samping itu, projek sampingan daripada perancangan ini juga banyak boleh dikembangkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Terpulanglah mahu ambil atau tidak bantuan RM100 untuk pelajar sekolah

Posted:

Terpulanglah mahu ambil atau tidak bantuan RM100 untuk pelajar sekolah

Terpulanglah mahu ambil atau tidak bantuan RM100 untuk pelajar sekolah

BERATUS buah sekolah nampaknya sudah mengagih-agihkan pemberian bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 di seluruh negara.

Kebanyakan ibu bapa dan penjaga pada sesi persekolahan 2012 tersenyum gembira. Masing-masing pulang dengan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap anak yang bersekolah yang diberi oleh Kerajaan Pusat.

"Wang bantuan RM100 itu mesti diberi sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ketika mengulas terdapat sekolah memotong bayaran wang RM100 bagi kegunaan pembayaran yuran PIBG.

Kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM530 juta bagi membiayai kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara.

Amat besar jumlah itu. Bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana atas dasar kebertanggungjawaban Kerajaan Pusat. Tetapi atas dasar saksama maka semua pelajar di seluruh negara layak mendapatkannya.

Maknanya anak golongan berkemampuan pun dapat. Kini terpulanglah kepada budi bicara ibu bapa atau penjaga yang berkemampuan sama ada hendak menerima wang RM100 itu ataupun tidak.

Kalau tak keberatan, dermakan sahaja kepada tabung sekolah. Janganlah tak mahu terima, kemudian membuat cerita yang kurang enak didengar.

Sebagai kerajaan adalah tugas Perdana Menteri dan saf kepimpinannya mencari jalan untuk mengurangkan beban sara hidup yang kian meningkat ditanggung oleh rakyat terutama golongan bawahan.

Sekurang-kurang pemimpin negara menemui formula bagi membantu meringankan beban ibu bapa untuk membuat persiapan sesi persekolahan 2012.

Melalui bantuan RM100 setiap pelajar, bermakna jika sebuah keluarga mempunyai lima orang anak yang bersekolah maka mereka mendapat RM500. Jika seorang bermakna RM100 sahaja. Ini adil dan saksama. Soal untung keluarga yang anaknya ramai bersekolah berbanding dengan keluarga yang punya seorang anak bersekolah - bukan isu.

Lumrah masyarakat kita, apabila sudah diberi timbul pula rungutan - kenapa diberi awal takut wang itu habis sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Serba salah dibuatnya, sedangkan pihak sekolah mengalami tekanan apabila telefon pejabat sekolah asyik berdering apabila pihak ibu bapa bertanyakan bila wang bantuan itu hendak diagihkan setelah kerajaan mengumumkan telah memasukkan wang bantuan ke akaun sekolah. Jika lambat diagihkan, pelbagai cerita dilemparkan kepada pihak sekolah yang menyimpan wang itu.

Sekarang, mana-mana ibu bapa yang telah menerima wang tersebut, pandai-pandailah menyimpannya atau terus dibelanja untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah lebih awal.

Ingatlah bukan mudah kerajaan hendak beri RM100 begitu sahaja. Jadi jangan lupa ucapan terima kasih kepada kerajaan.

Walaupun dapat RM100, ia amat bermakna kerana ramai ibu bapa dapat terus rasa faedah daripada Bajet 2012. Kalau kerajaan hendak beri bantuan ini setiap tahun pun baik juga!

Malah bukan mustahil ada juga dalam diam-diam pemimpin dan ibu bapa yang pro pembangkang turut mengambil wang bantuan RM100 itu.

Ingatlah ia bukan wang dari sumber haram. Kerajaan juga tidak menggunakan peruntukan wang bajet tahun depan. Inilah yang pembangkang pertikaikan kononnya keputusan kerajaan mengagihkan bantuan RM100 dalam Bajet 2012 itu sekarang, belum pun mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Kerajaan ada cara dan ikhtiar. Bayaran bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah adalah daripada dana sedia ada dalam Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan pada 2011. Ia telah mendapat kelulusan Perbendaharaan.

Jadi, elok kita ucapkan syabas dan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengotakan janjinya seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012.

Kepada mereka yang sudah menerima bantuan RM100 ini, panjatkanlah rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana kita masih ada kerajaan yang prihatin masalah rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved