Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Lebih banyak kapal berlabuh

Posted:

Lebih banyak kapal berlabuh

Lebih banyak kapal berlabuh

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 17 Nov. - Tahap keselamatan serta kemudahan teknologi terkini yang disediakan di kawasan pelabuhan dan perairan di Johor diyakini mampu menarik lebih banyak kapal-kapal dagang singgah ke pelabuhan negeri ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Nik Aziz Nik Hussain berkata, keyakinan tersebut berdasarkan tiada sebarang laporan ancaman keganasan yang diterima pihaknya sehingga kini sekali gus ia selamat dilalui.

Dengan kemasukan lebih banyak kapal dagang itu juga tambahnya, ia mampu meningkatkan aktiviti import dan eksport sekali gus merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara supaya dapat terus berkembang dan maju.

"Kita akan sentiasa memastikan kawasan pelabuhan dan perairan di negeri ini selamat dan sekiranya ada sebarang ancaman berlaku sekali pun, kita sudah bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Latihan Kawalan Ancaman Keganasan Kemudahan Pelabuhan Johor yang melibatkanm 400 peserta dari pelbagai agensi kerajaan yanng mengadakan latihan di perairan Tanjung Pengelih ke Tanjung Bin di sini.

Nik Aziz berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan tersebut terutama pelabuhan di bawah seliaan LPJ iaitu Pelabuhan Johor di Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah serta membabitkan sembilan terminal lain di kawasan itu.

Mengulas lanjut, katanya, latihan yang diadakan selama tiga hari bermula 15 November lalu itu merupakan antara usaha yang diambil pihaknya untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan berkaitan.

"Latihan ini juga bagi memastikan jaringan komunikasi yang baik di antara semua terminal dengan pusat komunikasi LPJ yang mana akan memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan untuk tindakbalas segera sekira berlaku ancaman keselamatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Askar Timbalan Setia Negeri dapat kem baharu

Posted:

Askar Timbalan Setia Negeri dapat kem baharu

Askar Timbalan Setia Negeri dapat kem baharu


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melihat model kem askar Timbalan Setia Negeri sambil diperhatikan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 17 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Majlis Pecah Tanah Kem Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor, di Jalan Datin Halimah, di sini hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek pembangunan kem tersebut yang melibatkan tanah seluas 20.71 hektar akan merangkumi empat fasa dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM118.7 juta.

Beliau berkata, fasa pertama projek bernilai RM68 juta itu akan bermula bulan depan dan dijangka siap akhir 2014 yang merangkumi pembangunan kawasan perumahan untuk anggota askar TSN , pondok pos pengawal, padang kawad dan latihan merempuh halangan.

"Pembangunan keseluruhan kem melibatkan pembinaan bangunan ibu pejabat , surau, dewan makan, bangunan latihan menembak, stor senjata dan peluru, bangunan balai pegawai, dewan serbaguna, mes pegawai dan menara pemerhati.

"Secara keseluruhan, reka bentuk pembangunan bagi kem ini adalah berkonsepkan senibina vernakular iaitu seni bina Melayu tempatan dengan ciri-ciri iklim tropika yang sangat sesuai dengan iklim dan cuaca di Malaysia," katanya ketika berucap sempena majlis tersebut.

Hadir sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan adinda baginda, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan Ibrahim.

Tambah beliau, pembinaan projek fasa kedua akan mengambil masa selama dua tahun manakala fasa ketiga dijangka mengambil masa setahun dan fasa terakhir akan mengambil masa selama tiga tahun dengan keseluruhan projek dijangka siap pada 2018.

Dahulu, menurut Abdul Ghani, tapak kem TSN yang lama terletak di Jalan Trus sebelum dipindahkan ke kawasan penempatan sementara di Taman Dahlia pada 1997 dengan kos sebanyak RM10 juta.

"Pembinaan tersebut sekali gus diharap dapat membantu para anggota untuk lebih fokus terhadap tugas dan tanggungjawab mereka kepada raja dan negeri Johor khususnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved