Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Judi Internet semakin menular

Posted:

Judi Internet semakin menular

Judi Internet semakin menular

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my


Ti Lian Ker menyerahkan wang bantuan khas RM100 kepada ibu pelajar menerusi penjaga mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMKAP) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 18 Nov. - MCA Kuantan bimbang dengan aktiviti perjudian Internet yang didapati semakin menular di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar bandar ini.

Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, masalah itu difahamkan semakin serius sehingga ada pelajar sanggup berhutang dengan ah long untuk melepaskan ketagihan mereka kepada judi Internet yang ditawarkan di kafe-kafe siber.

''Saya minta sangat ibu bapa pantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan terjebak dengan perkara ini. Biasanya ibu bapa hanya tahu yang anak mereka terlibat judi apabila dihubungi ah long.

''Saya sendiri ada menerima aduan daripada ibu bapa yang terkejut anak-anak mereka terlibat dengan ah long akibat judi Internet.

''Malah sudah ada beberapa kes yang saya sendiri bantu ibu bapa selesaikan hutang ah long yang dibuat anak-anak mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian wang bantuan khas persekolahan 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMKAP) di sini kelmarin.

Kira-kira 1,500 pelajar SMKAP layak menerima wang RM100 sebagai bantuan persekolahan yang diberikan kepada pelajar di seluruh negara.

Hadir sama, Pengetua SMKAP, K. Nandakumar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKAP, K. Rajagopal.

Lian Ker berkata, sehubungan itu, sebaik-baiknya ibu bapa sendiri menyimpan wang RM100 yang diberikan itu bagi memastikan ia dibelanjakan sebagai persediaan pelajar untuk sesi baharu persekolahan akan datang.

"Wang berkenaan perlu digunakan dengan baik bagi persediaan persekolahan pada tahun depan.

"Saya nasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan mengelakkan mereka menggunakan wang berkenaan untuk tujuan negatif seperti berjudi di kafe-kafe siber," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kejayaan UPSR dorong bela nasib keluarga

Posted:

Kejayaan UPSR dorong bela nasib keluarga

Kejayaan UPSR dorong bela nasib keluarga

KUANTAN 18 Nov. - Kejayaan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan semalam diharap menjadi pendorong dan landasan terbaik bagi anak seorang pemandu bas di sini untuk membela nasib keluarganya.

Nur Ain Najwa Che Ngah, 12, dari Tanjung Api di sini menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek agar dapat membalas jasa ibu dan bapa selama ini.

Menurut murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum itu, selama ini dia terpaksa mengulang kaji pelajaran di samping membantu ibunya menjaga adik yang menghadapi masalah perut tidak berotot iaitu prune belly syndrome.

"Sebelum menduduki peperiksaan, bapa, Che Ngah Abdullah, 48, terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan pergerakannya terbatas.

"Dalam kepayahan itu, bapa tetap berusaha menghantar saya ke sekolah dan semua ini menguatkan semangat untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh," katanya di sini semalam.

SK Teruntum merupakan sekolah harian terbaik di negeri ini dengan 54 calon mendapat 5A dan jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu rakannya, Nur Sabrina Aliya Asman, 12, yang juga memperoleh 5A menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil dorongan ibu bapanya.

"Mereka berdua (Noorlili Mohd. Amin, 42, dan Asman Amirullah, 48,) sering membantu saya membahagikan masa antara pelajaran dan sukan.

"Saya akan pastikan memberi sepenuh tumpuan di dalam kelas dan mengulang kaji pelajaran apabila menjelang peperiksaan," katanya yang merupakan pemain catur negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat perlu bantu jaga kemudahan kerajaan

Posted:

Masyarakat perlu bantu jaga kemudahan kerajaan

Masyarakat perlu bantu jaga kemudahan kerajaan


Mohd. Hazmi Yusof (tengah), Norzalinda Kamaluddin dan Kamalzaim M. Amin (kanan) menyampaikan sijil kepada murid-murid pada Majlis Graduasi Gabungan Tabika Kemas Parlimen Indera Mahkota Zon Dua di Dewan Risda Negeri, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 18 Nov. - Masyarakat perlu memainkan peranan membantu menjaga segala kemudahan yang disediakan kerajaan termasuk di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) agar ia dapat digunakan sebaik mungkin.

Penyelia Prasekolah Parlimen Indera Mahkota, Norzalinda Kamaluddin berkata, sebab itu, kerjasama daripada ibu bapa dan komuniti seperti penyertaan dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah penting.

Menurutnya, jika tidak mendapat kerjasama masyarakat, masalah vandalisme dan kecurian oleh golongan tidak bertanggungjawab boleh berlaku.

"Tahun ini saja beberapa buah Tabika Kemas dilaporkan dimasuki pencuri dan perkara ini boleh menjejaskan pembelajaran anak-anak.

"Ini bukan tanggungjawab pengerusi Tabika semata-mata, ini tugas semua pihak dan kita harus sedar sebarang peruntukan memerlukan tempoh masa," katanya.

Norzalinda berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Gabungan Tabika Kemas Parlimen Indera Mahkota Zon Dua di sini, kelmarin.

Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof menyempurnakan majlis graduasi membabitkan 250 murid dari lapan buah Tabika zon itu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Majlis itu, Kamalzaim M. Amin dan wakil kelapan-lapan tabika berkenaan.

Sementara itu, Hazmi menggesa supaya hubungan antara pemimpin setempat dan masyarakat dipertingkatkan berikutan hubungan itu dilihat kian renggang.

Menurutnya, perkara itu masih belum terlewat untuk diperbetulkan dengan mengambil inisiatif untuk kembali merapatkannya.

"Kita menggalakkan aktiviti gabungan seperti ini kerana ia boleh mengeratkan silaturahim sesama sendiri.

"Selain itu, usaha perjumpaan dari semua peringkat perlu disemarakkan sekurang-kurangnya dengan pertemuan tiga atau empat kali sebulan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved