Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jangan putar-belit fakta – KPN

Posted:

Jangan putar-belit fakta – KPN

Jangan putar-belit fakta – KPN

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


ISMAIL Omar (dua dari kiri) bercakap kepada seorang pegawainya sambil diperhatikan timbalannya, Datuk Seri Khaled Abu Bakar (kiri) di Maktab PDRM, Cheras, semalam. – UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Polis meminta orang ramai supaya tidak memutar-belitkan fakta mengenai penahanan 13 anggota kumpulan militan di Tawau, Sabah pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana penahanan mereka dibuat bagi menjaga keselamatan selepas mendapati, anggota kumpulan itu cuba menghidupkan semula aktiviti keganasan di negara ini.

"Kita telah menyiasat dan percaya ada di kalangan mereka yang ditangkap sama ada rakyat tempatan atau warga asing cuba menghidupkan aktiviti keganasan di negara ini.

"Tindakan menahan mereka itu di lakukan demi kepentingan negara supaya kegiatan militan dapat dibendung dan tidak merebak," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat khas kepada wakil-wakil kedutaan asing di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini, hari ini.

Beberapa pihak terutama pemimpin Pas mendakwa, penahanan 13 anggota kumpulan itu di bawah Sesyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menunjukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempermainkan perasaan rakyat kerana sebelum ini kerajaan sudah memansuhkan ISA.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataannya semalam berkata, penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah ISA itu membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta tersebut hanya 'sandiwara'.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, beliau tiada masa untuk melayan tuduhan tidak berasas itu kerana sebagai Ketua Polis Negara (KPN), adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan negara.

"Sebagai KPN, saya sentiasa bertindak berdasarkan maklumat risikan yang sahih daripada anggota dan rakan-rakan keselamatan lain di luar negara.

"Penahanan 13 anggota militan ini bukan isu mainan dan saya bertindak mengikut undang-undang negara yang masih relevan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, 79 duta dan pesuruhjaya asing yang hadir dalam sesi taklimat hari ini, menyatakan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan PDRM dan tahap keselamatan di negara ini.

Katanya, hasil maklum balas perwakilan asing itu, PDRM akan cuba meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kaunter pertanyaan, mempercepatkan tempoh bertindak dan laporan siasatan kes.

"Contohnya, masa bertindak 10 minit di Kuala Lumpur sekarang dicadang disingkatkan kepada tiga minit, manakala tempoh siasatan dipendekkan kepada tiga atau empat hari daripada seminggu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, beliau kecewa dengan insiden kehilangan wang tunai berjumlah RM11,700 daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 November lalu.

Katanya, kejadian yang berlaku dilihat berpunca akibat kelemahan manusia itu sendiri dan tindakan akan diambil jika terbukti pegawai terbabit gagal menyimpan barang kes tanpa mengikut prosedur.

Sementara itu, mengulas isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menyalahgunakan dana syarikat itu sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta, Ismail berkata, polis akan menyiasat laporan tersebut.

Katanya, laporan berhubung dakwaan penyelewengan itu diserahkan kepada pihaknya oleh Suruhanjaya SPRM semalam.

"Kita sudah terima laporan berhubung kes tersebut dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan akan melihat laporan itu.

"Saya bagaimanapun belum dimaklumkan secara terperinci mengenai laporan tersebut oleh pegawai saya kerana ia baru sahaja diterima daripada SPRM semalam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ratu cantik: Lima diberi kaunseling

Posted:

Ratu cantik: Lima diberi kaunseling

Ratu cantik: Lima diberi kaunseling

Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my


Abang Shamsuddin bersama (dari kanan) Sharifah Nadzirah, Adira Kamil, Roszaina Suhaili dan Melatie Mellisa selepas menjalani sesi kauseling di Kuching, Sarawak, semalam. – Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 18 Nov. – Kurang 12 jam acara kemuncak Miss Borneo 2011 di sini malam ini, lima peserta pertandingan ratu cantik itu yang beragama Islam dipanggil memberi penjelasan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) hari ini.

Mereka dikatakan berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak minggu lalu sehingga menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, mereka diberi peluang membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS.

Peserta yang terlibat dikenali sebagai Melatie Mellisa, 22, Adira Kamil, 23, Sharifah Nadzirah, 23, Roszaina Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina, 21.

Pengarah JAIS, Abang Shamsuddin Abang Seruji berkata, pihaknya memandang serius perkara itu apabila menerima banyak aduan masyarakat yang mahu pertandingan tersebut dipantau kerana dikatakan mengetepikan sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, katanya, tindakan JAIS memanggil lima peserta itu bukanlah bertujuan menghukum, sebaliknya ingin berdialog termasuk mendengar penjelasan mereka.

"Di samping itu, kita turut memberi nasihat kepada mereka tentang keperluan menutup aurat dan menjaga kehormatan diri sebagai seorang wanita muslim.

"Kita juga menasihatkan mereka supaya menarik diri kerana walau apa pun alasannya, memperagakan diri kepada umum adalah haram.

"Namun, kita tidak paksa, jadi terpulang kepada diri masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya mengenai penyertaan gadis beragama Islam di negeri ini dalam pertandingan ratu cantik yang semakin meningkat, Abang Shamsudin berkata, pihaknya akan cuba menangani isu tersebut menggunakan pendekatan lembut dan berhemah.

Sementara itu, salah seorang peserta, Melatie Melissa berkata, penyertaannya dalam pertandingan tersebut sekadar untuk membina keyakinan berdepan dengan orang ramai, di samping membentuk disiplin dan penampilan diri.

"Sepanjang latihan berlangsung, penganjur menghormati peserta yang beragama Islam dan tidak pernah memaksa kami memakai pakaian menjolok mata serta melayani mana-mana tetamu VIP," katanya.

Sementara itu, wakil penganjur program, Alaric Soh mendakwa, pertandingan ratu cantik tersebut tidak mensyaratkan peserta beragama Islam beraksi dengan pakaian mandi seperti pertandingan sama di negara lain.

"Pakaian lain juga tidak seksi atau mendedahkan aurat kerana kita sentiasa menjaga sensitiviti dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved