Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Karnival Bank Rakyat meriah

Posted:

Karnival Bank Rakyat meriah

Karnival Bank Rakyat meriah

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR MAS 17 Nov. - Bertemakan 'Karnival Bank Rakyat, Karnival Demo', Bank Rakyat sekali lagi kembali ke negeri ini untuk meraikan pelanggan-pelanggannya yang selama ini memberi sokongan padu kepada institusi kewangan itu.

Karnival selama dua hari yang diadakan di Stadium Mini Pasir Mas di sini baru-baru ini meriah dan berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 rakyat Kelantan yang datang dari segenap pelosok negeri.

Karnival tersebut dirasmikan sendiri oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat pada pukul 9 pagi yang turut dimeriahkan dengan kehadiran dua pengacara, Jaafar Onn dan Meyanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya.

Kemeriahan jelas dirasai apabila pengunjung mula membanjiri tapak karnival bersama ahli keluarga masing-masing seawal pukul 8 pagi.

Sejurus selepas perasmian, kumpulan nasyid tempatan, Sahabat yang dianggotai lapan penyanyi wanita mempersembahkan tiga lagu untuk menghiburkan pengunjung.

Sempena karnival itu, Kamaruzaman turut menyerahkan zakat perniagaan kepada seramai 591 pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Pasir Mas berjumlah RM59,100 serta beberapa sumbangan khairat kematian dan takaful kepada penerima yang kehilangan ahli keluarga.

Penerima bagi khairat kematian ialah Rosani Abdullah (RM1,000) dan Fidail Che Hamid (RM1,000) manakala untuk Takaful Hayati, sumbangan diberikan kepada Rohaya Mohamed (RM4,000), Siti Fatimah Musa (RM4,000) dan Zuhalaili Ibrahim (RM25,000).

Antara pertandingan yang mendapat penyertaan ramai penduduk tempatan pada karnival itu adalah pertandingan ayam serama dan suara burung candik.

Selain itu, pada sebelah petang beberapa acara sukan padang tradisional turut diadakan iaitu gemilang aslah, gelek-gelek pusing-pusing, tinggi-tinggi Bank Rakyat, 'baby dewaso come' dan 'pong-pong tek'.

Cabutan tiket bertuah kepada pengunjung turut diadakan dengan tawaran pelbagai hadiah menarik antaranya, motosikal, televisyen dan telefon android.

Pada sebelah malam, pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Hattan dan Hazama.

Dalam pada itu Kamaruzaman ketika ditemui berkata, program tersebut bertujuan membawa Bank Rakyat kembali kepada rakyat selain untuk mempromosikan lagi bank tersebut.

"Kalau selama ini rakyat mendapat perkhidmatan daripada Bank Rakyat di cawangan-cawangan, kali ini kita bawa perkhidamtan bank ini ke sini," jelasnya.

Selain menjadi platform untuk mempromosikan Bank Rakyat kepada masyarakat, penganjuran karnival itu juga dilihat sebagai serampang dua mata kerana ia turut mendapat penyertaan usahawan baru.

Sebanyak 50 gerai pameran dibuka dengan beberapa produk seperti makanan, kerepek, minuman, pakaian, tudung, minyak wangi, produk tenusu dan peralatan rumah dijual untuk pilihan pengunjung.

Usahawan tudung, Norizan Ab. Ghani, 30, berkata, ini kali pertama dia menyertai karnival dianjurkan Bank Rakyat dan sebaik sahaja mengetahui mengenai tawaran ruang pameran melalui stesen radio THR, dia tidak melepaskan peluang merebutnya.

"Ini adalah peluang terbaik saya memperkenalkan perniagaan dan kedai yang beroperasi di Machang. Peluang seperti ini tidak selalu ada kerana saya lebih banyak tertumpu di pasar malam," katanya pemilik Nor Maju Jaya Enterprise itu.

Di samping Kelantan, karnival itu turut mendapat sambutan peniaga kerepek, Norion Ahmad, 39, yang premisnya berpangkalan di Muar, Johor.

"Saya tidak pernah terlepas peluang berniaga setiap kali Karnival Bank Rakyat. Baru-baru ini ketika diadakan di Terengganu sambutannya memang meriah dan memuaskan," ujarnya.

Sementara itu, dalam setiap karnival yang diadakan, khemah Kelab Nuri yang dikendalikan pelawak tanah air, Ropi Cecupak sentiasa menjadi tumpuan kanak-kanak dan ibu bapa untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Aktiviti dan pertandingan seperti mewarna dan teka silang kata bukan sekadar untuk menghiburkan kanak-kanak, sebaliknya turut menggalakkan sikap menabung.

Setiap penyertaan dalam pertandingan mewajibkan ibu bapa membuka akaun bank anak mereka bersama Kelab Nuri dengan simpanan minimum sebanyak RM20.

Full content generated by Get Full RSS.

Terengganu terus ungguli UPSR

Posted:

Terengganu terus ungguli UPSR

Terengganu terus ungguli UPSR

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 17 Nov. - Terengganu terus berada di kedudukan teratas dengan mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, tradisi itu dipertahankan dengan seramai 3,548 calon (15.6 peratus) tahun ini memperoleh semua A daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu.

Peningkatan turut diperlihatkan dalam semua aspek lain termasuk pencapaian minimum C kepada 71.1 peratus (4.3 peratus peningkatan) manakala Gred Purata Negeri (GPN) semakin baik ke paras 2.14 (0.11 peratus)

''Peratusan semua A masih boleh ditingkatkan namun secara umumnya kami berpuas hati dengan keputusan menyeluruh apabila pencapaian bagi semua mata pelajaran turut menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus.

''Apatah lagi sekolah-sekolah di luar bandar semakin memperlihatkan pencapaian memberangsangkan malah berada pada kedudukan terbaik," katanya kepada pemberita kepada mengumumkan keputusan UPSR 2011 di pejabatnya hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah, Hashim Mat Zin; Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Shukor Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Mohd. Zuber Embong.

Katanya, dengan momentum yang terus melonjak meyakinkan pihak jabatan bahawa Terengganu semakin sasaran 20 peratus semua A yang dihasratnya oleh kerajaan negeri akan dicapai dalam tempoh dua tahun lagi.

''Berdasarkan pelan strategik yang digerakkan, kita semakin menghampiri sasaran itu dan paling awal ia dijangka pada 2013," katanya.

Katanya, sebanyak 63 buah sekolah, kebanyakannya di luar bandar mencatatkan peningkatan manakala daerah Besut muncul sebagai daerah terbaik.

Enam buah sekolah di daerah itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bharu Tok Dor, SK Tok Dor, SK Amer, SK Tengku Mahmud, SK Kuala Kubang dan SK Padang Landak berada dalam kelompok teratas senarai Sekolah Berpencapaian Tinggi (Gred Purata Sekolah GPS 1 hingga 1.80)

SK Kampung Baru Tok Dor Hulu Terengganu yang mencatat peratusan tertinggi semua A (66 peratus) daripada 15 calonnya, berada dalam senarai teratas dengan GPS 1.23.

Sekolah-sekolah di Hulu Terengganu yang turut berada dalam kelompok 20 daripada 63 Sekolah Berpencapaian tinggi termasuklah

SK Tapu (GPS 1.30), SK Kemat (1.42), SK Kuala Berang (1.44), SK Seri Berang (1.46), SK Betong (1.48), SK Tok Randok di samping SK Kuala Jenderis (1.52).

Sementara itu katanya, daripada 89 calon pendidikan khas, seramai dua orang mendapat semua A manakala tiga orang 4A 1 B.

Razali bersyukur dengan pencapaian yang dianggap membanggakan itu hasil berkat kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan badan-badan sukarela bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said atas bantuan kewangan dan sokongan moral yang begitu besar bagi mengangkat kecemerlangan UPSR 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

UPSR terbaik dalam tempoh lapan tahun

Posted:

UPSR terbaik dalam tempoh lapan tahun

UPSR terbaik dalam tempoh lapan tahun

KOTA BHARU 17 Nov. - Kelantan mencatatkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 terbaik dalam tempoh lapan tahun apabila mendapat Gred Purata Nasional (GPN) 2.09 berbanding 2.22 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, keputusan UPSR kali ini juga menyaksikan bilangan calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.95 peratus kepada 5,282 orang berbanding 5,128 tahun lalu.

"Peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu sekurang-kurangnya mendapat C turut meningkat daripada 18,715 calon atau sama dengan 52.93 peratus pada tahun lalu kepada 19,868 orang atau sama dengan 58.12 peratus tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 1,153 atau 5.19 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di sini, hari ini.

Hussain berkata, seramai 35,340 calon menduduki peperiksaan tersebut tahun ini di mana 34,499 daripadanya merupakan calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 841 lagi calon swasta membabitkan 448 pusat yang diselia oleh 2,166 orang petugas.

Beliau menambah, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan daripada 216 orang pada tahun lalu kepada 132 orang tahun ini.

Tambahnya, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar juga mengalami peningkatan masing-masing sebanyak 17.11 peratus dan 0.53 peratus, manakala peratusan calon yang mendapat pencapaian baik pula menurun masing-masing sebanyak 39.9 peratus dan 5.66 peratus.

"Ini bermakna peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1,203 calon atau 34.24 peratus," katanya.

"Peratusan calon yang mendapat mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutama di luar bandar dengan penurunan sebanyak 60 calon, berbanding 24 calon di bandar, ini bermakna menunjukkan pencapaian pelajar di luar bandar lebih baik.

''Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dilihat melalui nilai GPN yang meningkat iaitu 0.11 bagi bandar dan 0.13 bagi luar bandar," katanya.

Menurutnya tahun ini juga sebanyak lima buah sekolah mendapat kelulusan seratus peratus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 3 Pasir Puteh, SK Chabang 3 Chetok, Pasir Mas, Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin Putri, SK Bendang Pauh Pasir Mas dan SK Biah Kuala Krai.

Sementara itu, SK Kamil 3 Pasir Puteh muncul antara 10 sekolah yang mencatat keputusan cemerlang peringkat negeri diikuti SK Zainab II dan SK Chabang 3, Chetok, Pasir Mas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved