Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Fahami kehendak masyarakat

Posted:

Fahami kehendak masyarakat

Fahami kehendak masyarakat

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kanan) beramah mesra dengan ibu bapa yang menerima wang bantuan awal persekolahan untuk anak mereka pada majlis di Sekolah Kebangsaan Petaling (2), Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus menjadikan pesanan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mereka lebih berinteraksi dengan masyarakat sebagai pemangkin semangat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Mereka juga digesa supaya mempraktikkan kreativiti dan inovasi dalam setiap bidang tugas masing-masing agar tidak lagi timbul pelbagai masalah remeh yang menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, saranan yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sangat bertepatan di mana kakitangan DBKL harus memahami masyarakat secara lebih dekat lagi.

Katanya, ini dapat dilihat pada masa-masa lepas di mana masyarakat tidak puas hati terhadap perkhidmatan DBKL tetapi kerajaan pula menjadi mangsa serta menjadi tempat mereka melepaskan perasaan tersebut.

"Saya dapat lihat perkembangan yang positif terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh DBKL. Perkhidmatan yang diberikan semakin bertambah baik.

"Mereka juga dilihat begitu komited menjalankan tugas, cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang perlu dipertingkatkan selepas ini. Saya yakin dengan pesanan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri kepada mereka akan memberi kesan positif dalam menambah baik mutu perkhidmatan," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pesanan Muhyiddin semasa lawatannya ke DBKL baru-baru ini, agar kakitangan DBKL mendekatkan diri dengan masyarakat melalui perkhidmatan yang diberikan.

Terdahulu Nong Chik menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada ibu bapa pelajar kawasan Lembah Pantai pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Petaling 2 di sini semalam.

Bantuan tersebut merupakan pengagihan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Nong Chik menambah, penjawat awam dari DBKL sebenarnya berbeza daripada penjawat awam yang lain kerana mereka perlu berinteraksi terus dengan masyarakat tanpa melibatkan orang tengah.

Ujarnya, tanggungjawab tersebut harus dijadikan sebagai cabaran kepada mereka dalam menjalankan tugas, agar masyarakat sentiasa berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Festival Muzik Klasik kumpul pemuzik hebat dunia bermula

Posted:

Festival Muzik Klasik kumpul pemuzik hebat dunia bermula

Festival Muzik Klasik kumpul pemuzik hebat dunia bermula

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Festival Antarabangsa Muzik Klasik anjuran Persatuan Chopin Malaysia membuka tirai hari ini di beberapa lokasi utama ibu negara iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Universiti Malaya (UM) dan Hotel Maya.

Festival yang akan berlangsung sehingga 25 November ini bermula dengan Konsert Gala di Dewan Plenari KLCC hari ini dan akan disusuli dengan Konsert Gala Diraja di tempat yang sama esok.

Timbalan Presiden Persatuan Chopin Malaysia, Datin Alissa Fitri Hisham berkata, pada Ahad ini pula akan diadakan konsert Persahabatan dan Forum Bagaimana Muzik Membentuk Kehidupan kita di Panggung Eksperimen UM.

Katanya, pada festival itu, Kelas Master dan Kem Muzik bagi kanak-kanak turut diadakan di Hotel Maya dari 21 hingga 24 November.

"Pertandingan muzik klasik pula akan diadakan pada 25 November dan bakal menampilkan pemuzik-pemuzik piano yang handal dari seluruh dunia seperti Rusia, Kazakhstan, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

"Objektif utama festival ini diadakan adalah untuk mengumpul semua pemuzik muda yang berbakat dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman masing-masing," kata Alissa Fitri yang juga merupakan salah seorang penggerak utama Persatuan Chopin Malaysia bersama Tunku Munirah Tunku Mustapha selaku presidennya.

Majlis Penutupan Festival Antarabangsa Muzik Klasik ini akan diadakan di Hotel Maya pada 25 November pada pukul 8.30 malam.

"Kami akan mengadakan Konsert Gala Presiden pada malam penutup," katanya lagi.

Selain itu, pihak penganjur juga akan mengadakan kem muzik bagi mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun pada 21 November ini, bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang di Hotel Maya.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan konsert dan menyertai Kelas Master boleh melayari laman web www.chopin-society.com.my dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha Persatuan Chopin Malaysia, Felicia Chen di talian 012-665 7863 ataupun emel kepada chopinmalaysia@yahoo.com.

Full content generated by Get Full RSS.

YPC rai 217 murid cemerlang dalam UPSR

Posted:

YPC rai 217 murid cemerlang dalam UPSR

YPC rai 217 murid cemerlang dalam UPSR


Syed Ali Alhabshee (tengah) dan Mohamad Norza Zakaria bergambar dengan pelajar yang menerima anugerah pada Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2011 dan meraikan juara badminton Remaja Dunia 2011 di Cheras, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Sebanyak 217 murid dari 18 sekolah rendah di bawah naungan Yayasan Pendidikan Cheras yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 diraikan hari ini.

Pelajar-pelajar tersebut diraikan oleh Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali Alhabshee di Dewan Pusat Rekreasi Cheras di sini.

Majlis anugerah cemerlang kali ketujuh yang bertujuan mengiktiraf pelajar yang mencapai keputusan 5A itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang dan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Penerima anugerah tersebut menerima baucar Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM50, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Pada majlis itu, YPC turut menamakan juara badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli sebagai penerima Anugerah Ikon YPC yang menerima RM5,000 berserta sijil penghargaan.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara mendapat tempat pertama dalam kategori sekolah kawalan terbaik diikuti Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan di tempat kedua.

Kategori sekolah bukan kawalan dimenangi Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 manakala Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1 menduduki tempat kedua.

Setiap sekolah yang mendapat tempat pertama memperolehi hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan manakala tempat kedua membawa pulang RM750 dan sijil penghargaan.

Seorang penerima, Aiman Hakimi Azmi berkata, anugerah tersebut menyuntik semangat dan motivasinya supaya terus cemerlang pada masa hadapan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved