Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nazlisham peminat fanatik Star Wars

Posted:

Nazlisham peminat fanatik Star Wars

Nazlisham peminat fanatik Star Wars

Oleh MAZLINDA MURTADZA
utusanN9@utusan.com.my


Antara patung aksi filem Star Wars yang menjadi koleksi kesayangan Nazlisham.


SEREMBAN 17 Nov. – Filem sering menghasilkan kumpulan fanatiknya yang tersendiri. Lazimnya, peminat yang fanatik bukan sahaja mengumpul koleksi filem tersebut tetapi apa saja yang berkaitan dengannya seperti mainan, pakaian atau replika yang mempunyai logo serta lukisan di atasnya.

Itu yang berlaku kepada Nazlisham Mohammad, 37, yang telah mengumpul lebih 1,000 koleksi Star Wars sejak 10 tahun lalu.

Walaupun filem Star Wars tidak ditayangkan lagi, beliau merasa puas kerana dapat mengumpul patung aksi yang memberi kesan mendalam kepada dirinya.

Antara barangan koleksi Star Wars yang mendapat tempat di hati beliau ialah poster dan baju serta barangan watak Star Wars seperti Jarjabinks, Tie Bomber, Tie Fighters.

"Saya sangat teruja mengumpul barangan Star Wars dan mengumpul semua koleksi berkaitan filem itu sejak 10 tahun yang lalu.

"Filem berunsurkan sains fiksyen itu menampilkan watak-watak yang unik dan tidak mampu ditandingi oleh telefilem zaman sekarang," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau yang aktif dalam pembuatan kemeja-T dan potret menjadikan hobi mengumpul barangan Star Wars sebagai daya tarikan kepada pelanggan di kedai pakaian yang diusahakannya.

"Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis dan barangan Star Wars yang boleh didapati terutamanya di Kuala Lumpur.

"Nilai Star Wars yang paling mahal saya beli ialah RM200," ujarnya.

Tambahnya, barangan koleksi Star Wars begitu terhad sehingga menyebabkan harga mencecah ribuan ringgit.

Bagi mengekalkan kualiti patung yang menarik, beliau tidak pernah lupa aspek penjagaan koleksi tersebut.

Katanya, setiap bulan beliau akan memastikan kualiti kebersihan patung aksi dijaga rapi dengan memperagakan di almari khas di rumah atau di kedainya.

Kerana menghargai koleksi barangan itu, beliau masih tidak membuka plastik dan menyimpan kotak dengan rapi.

Nazlisham yang aktif dalam bidang muzik menganggap hobi mengumpulkan barangan Star Wars sebagai satu aktiviti yang cukup menyeronokkan.

Menurutnya, semua patung aksi filem itu dikumpul sejak awal 2001 dan sehingga kini dia mempunyai lebih 1,000 koleksi di rumahnya di Warisan Puteri dekat sini dan kedainya.

"Saya juga serngkali melayari laman web dalam setiap pembelian barangan Star Wars.

"Inilah istimewanya dapat menjadi pengumpul patung aksi kerana selepas menonton filem, kita dapat mengumpul koleksi yang sukar diperolehi," jelasnya.

Selain mempunyai koleksi patung aksi, Nazlisham juga mempunyai koleksi pesawat serta kostum yang diperoleh ketika berkunjung ke Singapura dan Indonesia.

"Sebab utama saya suka kumpul adalah kerana bentuknya yang unik dan menarik," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

2,169 calon UPSR di NS peroleh 5A, 7A

Posted:

2,169 calon UPSR di NS peroleh 5A, 7A

2,169 calon UPSR di NS peroleh 5A, 7A

SEREMBAN 17 Nov. - Seramai 2,169 orang calon negeri ini berjaya memperoleh 5A dan 7A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekali gus menyaksikan penurunan sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak berkata, walaupun ada sedikit penurunan dari segi calon yang memperoleh keputusan penuh semua A, namun prestasi negeri itu tetap cemerlang apabila Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.02 kepada 2.17 berbanding tahun lalu.

''Prestasi sekolah luar bandar juga meningkat berbanding tahun lalu apabila mencatat GPN 2.23 berbanding 2.26 pada tahun sebelumnya.

''Sekolah bandar juga menunjukkan peningkatan yang baik apabila memperoleh GPN 2.07 berbanding 2.08 pada tahun sebelumnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, seramai 1,069 calon di sekolah bandar memperoleh keputusan penuh 5A dan 7A, manakala bagi sekolah luar bandar pula seramai 1,100 pelajar memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Abdul Halim juga memberitahu, pada tahun ini Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil turut menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

''Jumlah calon yang memperoleh keputusan di bawah tahap penguasaan minimum juga berkurangan kepada 383 berbanding 510 pada tahun sebelumnya," ujarnya.

Beliau juga mengumumkan bahawa, Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri di Seremban, SK Lenggong Ulu di Rembau dan Sekolah Menengah (Model Khas), Batu Kikir di Kuala Pilah antara sekolah terbaik berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) di negeri ini.

Jelasnya, SK Puteri merupakan sekolah yang mencatatkan jumlah pelajar teramai apabila seramai 93 daripada 188 orang pelajar memperoleh 5A.

''Kejayaan anak-anak kita ini adalah usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang menyalurkan peruntukkan bagi menjalankan aktiviti membentuk modal insan yang berguna.

''Terima kasih juga kepada kerajaan negeri dan agensi kerajaan yang lain yang sebelum ini memberi komitmen dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang," katanya.

Menurutnya, pada tahun ini seramai 18,635 calon menduduki peperiksaan UPSR berbanding 18,790 calon pada tahun sebelumnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar sakit sendi cemerlang UPSR

Posted:

Pelajar sakit sendi cemerlang UPSR

Pelajar sakit sendi cemerlang UPSR

MELAKA 17 Nov. - Walaupun menghidap pseudoachondroplasia atau masalah sendi sehingga menyukarkan Syakirah Karim menulis, namun ia tidak menghalang murid Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Banda Hilir itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Kata Syakirah, akibat penyakit itu tangannya cepat lenguh ketika menulis menyebabkan dia sering tidak sempat menyalin nota yang ditulis guru di papan hitam.

"Saya terpaksa meminjam buku rakan-rakan dan menyalin semula nota di rumah," katanya ketika ditemui di Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Baru di sini hari ini.

Syakirah yang juga mengalami masalah pembesaran berkata, akibat kesukaran untuk menulis, tempoh menjawab soalan UPSR yang didudukinya ditambah 15 minit berbanding murid biasa.

Mengenai rahsia kejayaannya katanya, dia mengulangkaji pelajaran setiap hari selama satu atau dua jam.

"Saya tak sangka dapat 5A kerana hanya dapat 1A 4B semasa peperiksaan percubaan," katanya yang hanya mempunyai ketinggian 116 sentimeter dan seberat 21 kilogram.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved