Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perlu berperanan lebih besar hadapi cabaran dunia

Posted:

Perlu berperanan lebih besar hadapi cabaran dunia

Perlu berperanan lebih besar hadapi cabaran dunia

NUSA DUA, BALI 17 Nov. - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dirasmikan hari ini dengan penegasan supaya kumpulan 10 negara anggota itu memainkan peranan yang lebih besar dalam menghadapi cabaran dunia.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata, dalam menghadapi permasalahan dunia ini, ASEAN perlu ke hadapan dan tidak sekadar menjadi penonton yang pasif.

Katanya, ketika dunia berhadapan dengan proses perubahan serta pelbagai ancaman termasuk krisis ekonomi, banyak harapan ditumpukan kepada ASEAN.

Ini kerana sejarah telah menguji dan membuktikan bahawa ASEAN kian menjadi pertubuhan yang matang, yang mampu mencipta kestabilan dan keamanan, meningkatkan kekuatan ekonomi serta mampu menjalin kerukunan komunitinya.

''Dengan modal dan kedudukan ini, saya percaya ASEAN mampu memainkan peranan lebih besar,'' kata Pengerusi ASEAN itu ketika berucap pada perasmian sidang di sini hari ini.

Katanya, peranan itu juga selari dengan tema sidang kemuncak kali ini iaitu Komuniti ASEAN dalam Komuniti Global.

Susilo turut menggariskan lima perkara pokok yang perlu diberi perhatian pada sidang kali ini.

''Pertama, kita perlu melakukan langkah-langkah konkrit bagi memperkuat ketiga-tiga tonggak komuniti ASEAN supaya segala perancangan dapat dilaksanakan menjelang 2015,'' katanya.

Katanya, perkara kedua adalah memperkuat pertumbuhan ekonomi di rantau ini supaya mempunyai daya tahan dalam menghadapi krisis kewangan dan ekonomi dunia hari ini.

Ketiga, memainkan peranan utama dalam membina kerjasama kawasan yang lebih efisien dan efektif di samping kerjasama melalui mekanisme seperti ASEAN +3.

Keempat, perlu menjaga kestabilan dan keamanan Asia Tenggara dan Asia Timur.

''Kelima, dengan melakukan keempat-empat langkah yang saya sebutkan tadi secara bersama, maka kita akan memperkuat peranan ASEAN secara global,'' katanya.

Susilo juga berharap, Deklarasi Bali mengenai Komuniti ASEAN dalam Komuniti Global akan menjadi petunjuk pelaksanaan dan landasan bersama bagi meningkatkan peranan ASEAN dalam menangani isu-isu global.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut merakamkan rasa simpati kepada negara-negara anggota yang dilanda banjir.

Kesemua pemimpin negara anggota ASEAN hadir pada sidang kali ini walaupun Presiden Filipina Benigno Aquino III lewat tiga jam dan tidak sempat menghadiri upacara perasmian. - utusan

Full content generated by Get Full RSS.

SORAKAN GEMBIRA

Posted:

SORAKAN GEMBIRA

SORAKAN GEMBIRA


Najib dan Rosmah bersama delegasi lain mengangkat tangan bersorak gembira selepas pasukan Malaysia menjaringkan gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. – Bernama


Walaupun sibuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dengan Indonesia sempena Sukan SEA Ke-26, di hotel penginapannya malam tadi.

Turut hadir delegasi Malaysia ke sidang itu termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Full content generated by Get Full RSS.

PM hormati keputusan Tsu Koon

Posted:

PM hormati keputusan Tsu Koon

PM hormati keputusan Tsu Koon

NUSA DUA, Bali 17 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, beliau telah dimaklumkan lebih awal mengenai perkara itu oleh Tsu Koon yang akan memberi tumpuan untuk mengukuhkan parti.

Katanya, Tsu Koon juga akan membantu kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa keputusan dan isu yang diputuskan oleh kerajaan.

''Saya hormati keputusan beliau dan percaya beliau boleh menyumbang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) dan Gerakan,'' katanya di sini petang ini.

Beliau mengulas keputusan Tsu Koon hari ini yang mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. - utusan

Mengenai jawatan Pengerusi Gerakan Negeri dan Pengerusi BN Pulau Pinang yang disandang oleh Tsu Koon, beliau berkata perkara itu akan diputuskan kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved