Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


'Hidup' meskipun malam semakin larut

Posted:

'Hidup' meskipun malam semakin larut

'Hidup' meskipun malam semakin larut

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my


Pintu gerbang berbentuk hati laluan utama ke tempat membeli belah di Auto-city, Bukit Mertajam.


BUKIT MERTAJAM 17 Nov. - Sebaik melepasi Tol Juru di Bukit Mertajam menghala utara pada waktu malam, pengguna Lebuh Raya Utara Selatan sudah pasti dapat melihat sebuah kawasan yang diterangi dengan bangunan-bangunan bercahaya.

Suasana tersebut menjadikan kawasan dinamakan Juru Auto-city itu terus 'hidup' meskipun malam semakin larut.

Makin jarum jam menghampiri pukul 12 tengah malam, semakin meriah aktiviti di situ terutama pada hujung minggu.

Bagi yang suka membeli-belah, terdapat deretan gerai di satu sudut digelar Love Bridge yang memulakan operasi dari pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Berkonsepkan perniagaan terbuka, ia berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli-belah pada waktu malam.

Bagi golongan hawa, inilah peluang terbaik memandangkan mereka kebiasaannya sibuk dengan kerja atau bersama keluarga masing-masing pada waktu siang.

Keunikan barangan yang dijual juga menjadikan bazar larut malam di situ menjadi tumpuan khususnya golongan remaja.

Bukan sekadar menawarkan barang jualan pada harga murah, di situ juga disediakan skrin gergasi bagi membolehkan pengunjung menonton filem sambil melepaskan lelah.

Selain disediakan tempat duduk selesa, filem itu juga ditayangkan secara percuma kepada orang ramai.

Di situ juga terdapat pelbagai restoran yang menyajikan hidangan- hidangan lazat dari Barat dan Timur.

Tidak cukup dengan itu, tempat penginapan berbentuk inap desa dan hotel juga ada di Juru Autocity.

Menurut seorang pengunjung, Mohamad Norhan Jamil, 21, dia suka menemani ahli keluarganya membeli-belah di situ kerana tayangan yang disediakan.

"Sambil menunggu ahli keluarga membeli-belah, saya menonton wayang.

"Sebab itulah saya suka tempat ini berbanding pusat beli-belah lain," katanya.

Di situ juga Mohamad Norhan tidak menghadapi masalah untuk meletakkan kenderaan kerana ruang letak kereta yang luas disediakan secara percuma.

Bagi peniaga beg tangan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, dia memberitahu, kebanyakan yang datang ke situ merupakan pelanggan tetap.

"Saya boleh katakan mereka ini pelanggan tetap kerana kerap kali saya lihat mereka datang ke sini membeli-belah sekurangnya dua bulan sekali," ujarnya.

Ong berkata, kadang-kala dia terpaksa melanjutkan waktu operasi hingga pukul 4 pagi kerana sambutan menggalakkan daripada pengunjung pada hujung minggu.

Tambahnya, antara faktor yang dapat menarik golongan muda datang adalah barangan jualan boleh dibeli pada harga murah dan boleh tawar-menawar.

"Kita faham, remaja mungkin tidak mempunyai wang banyak kerana masih belajar atau baru bekerja.

"Justeru, kami akan jual pada harga paling berpatutan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemilik premis Plaza Tunku Yaacob rayu kerajaan Kedah bayar pampasan

Posted:

Pemilik premis Plaza Tunku Yaacob rayu kerajaan Kedah bayar pampasan

Pemilik premis Plaza Tunku Yaacob rayu kerajaan Kedah bayar pampasan

ALOR SETAR 17 Nov. - Pembeli premis perniagaan Plaza Tunku Yaacob di sini yang terbengkalai sejak 26 tahun lalu merayu kerajaan negeri memberikan sejumlah pampasan kepada mereka.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, sebanyak 10 pembeli premis perniagaan Plaza tersebut mendakwa masih belum menerima sebarang pampasan walaupun kerajaan negeri mengambil alih tanah plaza itu untuk projek pembangunan.

Katanya, beberapa pembeli unit di Plaza Tunku Yaacob menghubunginya dan mengadu kerana tiada pampasan diberikan kepada mereka.

"Pihak pembeli telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah Kota Setar namun gagal apabila pembeli diminta membuat tuntutan terus kepada pemaju, Tunku Yaacob Holdings Sdn. Bhd.

"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pampasan sepatutnya diberikan oleh kerajaan negeri kerana tanah diambil alih oleh mereka," ujarnya kepada pemberita di hadapan Wisma Darulaman di sini hari ini.

Keng Liang juga merupakan peguam yang dilantik ketiga-tiga pembeli tersebut untuk khidmat nasihat berhubung tuntutan pampasan tersebut.

Menurut salah seorang pembeli, Oh Ean Hong, 57, yang kerugian lebih RM380,000 apabila gagal memiliki empat unit kedai di plaza tersebut berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan pampasan kepada mereka.

"Kerugian ini bukan satu jumlah yang kecil dan pembeli seperti kami gagal mendapat apa-apa pampasan walaupun setelah projek ini dibangunkan semula.

"Selain itu, kami turut menanggung hutang dengan pihak bank," katanya.

Seorang lagi pembeli, Khoo Boon Heng, 66, berkata, kegagalan untuk memiliki unit kedai di bangunan tersebut membantutkan keinginannya untuk melebarkan perniagaan selain menanggung kerugian lebih RM85,000.

"Saya kerugian lebih RM85,000 memandangkan saya membayarnya secara tunai namun, apa yang saya peroleh sekarang?,'' katanya.

Dalam pada itu, menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, tiada pampasan diberikan kepada pemilik premis perniagaan di plaza tersebut ekoran bangunannya yang tidak selamat.

"Sehubungan itu, tiada pampasan yang akan diberikan kepada pembeli premis perniagaan di bangunan tersebut," katanya di sini hari ini.

Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai sejak sekian lama akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat beli-belah berkenaan yang dijangka siap pada 2014.

Tanah tapak bangunan terbengkalai itu diambil alih oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai pusat beli-belah Aman Central setinggi lapan tingkat oleh pemaju, Kumpulan Belleview.

Full content generated by Get Full RSS.

Bagan Datoh bakal pusat pelabuhan pukal

Posted:

Bagan Datoh bakal pusat pelabuhan pukal

Bagan Datoh bakal pusat pelabuhan pukal

IPOH 17 Nov. - Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan Bagan Datoh sebagai pusat pelabuhan pukal yang berpotensi meraih peluang melalui dasar penubuhan kawasan pertumbuhan segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) pada 1993.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, syarikat Gadaf Marble Sdn. Bhd., yang diberikan konsesi membangunkan kawasan seluas 809 hektar, telah menyiapkan 60 peratus projek pembangunan bagi fasa pertama di kawasan itu.

Katanya, antara projek yang sedang dilaksanakan dalam fasa pertama ialah pembinaan jeti kargo, jeti penumpang, pusat penjaja dan pasar borong yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM60 juta.

''Kerajaan negeri merancang untuk menukarkan pelabuhan Hutan Melintang menjadi pelabuhan pukal. Dengan ini, bukan sahaja kapal-kapal sederhana seberat 100 hingga 1,000 tan dari IMTGT, malah dari India, Bangladesh dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh berlabuh di sini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan menggunakan beberapa pendekatan baru termasuk mendapatkan sokongan rakyat bagi meningkatkan tahap penembusan telefon selular serta jalur lebar di negeri ini yang kini berada di tahap 54 peratus.

Menurut beliau, masalah utama yang dihadapi untuk meningkatkan tahap penembusan jalur lebar ialah tentangan daripada orang ramai yang bimbang kesan radiasi terhadap kesihatan dari menara telekomunikasi.

''Oleh itu, kita anak syarikat kerajaan negeri, K-Perak Inc. dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk melakukan audit keselamatan semula dengan menggunakan kaedah serta teknologi terkini bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai.

''Kita sentiasa memberikan pemahaman kepada orang ramai bahawa tahap radiasi hampir tiada langsung tetapi mereka masih tidak yakin," katanya.

Sementara itu, Zambry memberitahu, kerajaan negeri telah menubuhkan bilik gerakan banjir di setiap daerah sebagai persiapan untuk menghadapi banjir yang dijangka melanda pada 25 Disember ini hingga 23 Januari depan.

Beliau berkata, antara daerah yang sering dilanda banjir ialah Kerian, Batang Padang, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved