Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei terlepas gelaran

Posted:

Chong Wei terlepas gelaran

Chong Wei terlepas gelaran

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Lee Chong Wei


KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei perlu menilai semula peluangnya meraih pingat emas Sukan Olimpik 2012, jika kekalahan terbaru kepada Chen Long dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Liuzhou, China semalam, diambil kira.

Pertarungan epik antara kedua-dua pemain yang berlanjutan sehingga satu jam 20 minit itu menyaksikan Chong Wei kecundang 21-16 16-21 21-18 kepada pemain No. 3 dunia tersebut.

Ia merupakan kekalahan ketiga bagi Chong Wei kepada Chen Long dalam empat pertemuan terakhir yang juga termasuk Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, dua bulan lalu.

Justeru, ia adalah satu perkembangan kurang enak ditelan tatkala saingan temasya London 2012 hanya berbaki tujuh bulan lagi dengan Chong Wei kini perlu mencari idea merobohkan bukan satu, tetapi dua tembok besar China.

Jika pada awal tahun ini tumpuan hanya diberikan kepada seterunya, Lin Dan, namun keadaan itu tidak sama lagi kerana kemunculan Chen Long yang prestasinya meningkat mendadak pada suku ketiga tahun ini, pastinya merumitkan lagi impian Chong Wei merangkul emas Olimpik.

Pada usia 29, Chong Wei menunjukkan yang dia tidak kurang hebatnya berbanding Chen Long, 22, dari aspek daya ketahanan dan stamina.

Malah, Chong Wei sebenarnya tidaklah beraksi hambar, tetapi telah tewas kepada lawan yang lebih mantap dan berada pada kemuncak prestasi.

Cuma apa yang menghampakan jaguh kita itu adalah kegagalannya mengekalkan fokus, sama ada menyerah mata-mata mudah kepada lawan angkara kesilapan sendiri serta membiarkan lawan mengejar dan sekali gus memintasnya.

Misalnya pada set pertama, Chong Wei dilihat selesa pada kedudukan 14-10, namun tercicir empat mata berikutnya sehingga menjadi titik tolak untuk pemain yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah itu menang 21-16.

Chong Wei bangkit dengan aksi lebih bertenaga untuk menang 21-16 dan mengheret perlawanan ke rubber game, namun kecuaian awal menghadiahkan tiga mata percuma kepada Chen Long dilihat menjadi titik kejatuhannya.

Chen Long kemudiannya dua kali melebarkan kedudukan mata pada 10-5 dan 14-9, namun berjaya dirapatkan Chong Wei secara berperingkat sehingga mengikatnya 18-18.

Kebangkitan Chong Wei bagaimanapun tersekat pada angka 18, sebaliknya Chen Long kekal tenang dan meningkatkan rentak permainan untuk melengkapkan kemenangan 21-18.

Kekalahan tersebut bermakna Chong Wei, selaku juara Siri Super Masters Akhir sebanyak tiga kali, tidak kesampaian merebut gelaran keempat berturut-turut hari ini.

Chen Long akan bertemu Lin Dan, yang mudah menewaskan Peter Hoeg Gade 21-12, 21-15 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir bagi perlawanan penentuan juara.

Full content generated by Get Full RSS.

Lampu limpah: MB Terengganu kecewa, malu

Posted:

Lampu limpah: MB Terengganu kecewa, malu

Lampu limpah: MB Terengganu kecewa, malu

KUALA TERENGGANU - "Kita kecewa dan malu". Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai 'kedaifan' lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang masih belum dibaik pulih sebelum dijadikan gelanggang Kejohanan Piala AFC pada Mac tahun depan.

Ahmad tidak berpuas hati dengan kualiti lampu berkenaan yang kapasiti tenaga sedia ada sekadar 800 lux sedangkan mengikut piawaian mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa, ia memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 lux.

Beliau turut mempertikaikan pihak yang tidak memaklumkan dengan jelas kepada kerajaan negeri mengenai keperluan dan standard sebenar lampu limpah sebelum ia dipasang.

"Kita kecewa, dulu masa suruh pasang, kenapa tak beritahu standard. Mengikut piawaian antarabangsa, lampu limpah berkapasiti 3,000 lux diperlukan dan yang sedia ada cuma 800 lux.

"Tak kan kita nak ganti dua tiga kali. Ini bukan kerja mudah kerana ia perlu belanja besar termasuk pasang tiang, kabel dan sebagainya. Bila pasang setahun tapi kena buat balik, tak baguslah," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Gong Badak, semalam.

Tegasnya: "Buat masa ini, kerajaan biar dulu. Dia (PBSNT) kena tanggunglah. Kita malu dengan apa yang berlaku dan sepatutnya persatuan (PBSNT) beritahu kita (masalah sebenar)."

Ahmad tidak menolak jika masalah itu gagal ditangani, sebarang perlawanan bola sepak terpaksa dilangsungkan sebelah siang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved