Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gajet di hujung tahun

Posted:

Gajet di hujung tahun

Gajet di hujung tahun

Oleh MOHD. RIDZWAN MD.IMAN
ridzwan.iman@utusangroup.com.my



MUSIM perayaan tiba lagi, selain Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina bakal menjelma. Mungkin ini waktu yang sesuai untuk anda melakukan sedikit kajian apakah hadiah-hadiah yang boleh diberikan kepada yang tersayang sama ada si kecil, si abang atau mungkin juga buat si bapa.

Setiap kali musim perayaan hujung tahun menjelma, hadiah-hadiah berupa gajet atau produk elektronik adalah pilihan kebanyakan mereka yang menyambut perayaan itu atau jika tidak, anda juga boleh membeli ketika jualan murah diadakan ketika ini.

Jika minggu lepas, kita telah melihat apakah gajet-gajet pilihan sepanjang tahun ini yang juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang, minggu ini ruangan tekno ingin memberikan sedikit kelainan bagi mereka yang ingin membeli hadiah gajet unik dan menarik.

Permainan arked dari iPad

Bagi mereka yang berumur 30an, permainan komputer atau telefon bimbit mungkin suatu yang asing suatu ketika dahulu. Ini kerana kebanyakan daripada mereka akan menghabiskan masa di pusat-pusat permainan arked yang banyak terdapat di bandar-bandar besar atau pekan kecil di kampung.

Produk dikenali sebagai iCade dari Ion Audio ini sememangnya sangat menarik kerana ia mampu menukarkan iPad anda kepada kabinet arked seperi yang anda pernah lihat di pusat-pusat permainan video arkid suatu ketika dahulu.

Apa yang anda perlu lakukan ialah memasuki iPad anda pada slot di kabinet kayu itu dan butang-butang dan kayu bedik yang terdapat di kabinet itu boleh dihubungi kepada sistem iPad melalui sambungan Bluetooh.

iCade menggunakan bateri AA dan boleh bertahan sehingga 70 jam. Produk ini boleh ditempah di laman web BestBuy.com.

* Jam tangan iPod Nano

Memiliki iPod Nano sekarang bukanlah suatu yang istimewa kerana banyak lagi pemain media digital menarik yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun, aksesori terbaru gajet itu boleh menjadikan ia sebagai suatu produk yang menarik.

Misalnya, jika anda merancang untuk membelikan jam tangan sebagai hadiah kepada anak atau yang tersayang, apa kata jika anda memberikannya iPod Nano yang digabungkan dengan tali jam untuk menjadikan ia sebuah jam tangan yang sangat unik.

Tali jam dan bekas/slot tempat meletak iPod keluaran Hex Vision itu akan menjadikan jam tangan itu adalah gajet serba guna kerana ia boleh memainkan pelbagai media seperti muzik, video dan sebagainya, termasuk untuk anda menyimpan fail dari komputer.

Tali jam tangan dan tempat meletak iPod Nano ini boleh dibeli dari http://www.shophex.com/.

Kamera video Hot Wheels

Jika anda mempunyai rakan atau orang yang tersayang itu sangat meminati koleksi kereta mainan Hot Wheels, mungkin model kereta itu yang mempunyai kamera video VGA adalah pilihan hadiah yang tepat untuk mereka.

Kamera kecil yang diletakkan di kereta mainan ini boleh merakan video sehingga 24 minit yang kemudiannya boleh dimainkan semula di skrin kecil yang terdapat di bahagian bawah kereta.

Kamera ini bukan hanya boleh merakam aksi ketika ia berlumpa di trek mainan tetapi juga boleh dilekatkan di tangan, basikal dan topi keledar menggunakan pengikat khas jika anak anda ingin merakam video aksi ketika di luar rumah.

Jika hendak diedit, video itu boleh dipindahkan ke komputer peribadi anda menggunakan sambungan USB. Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://www.hotwheels.com/videoracer.

Jika anak anda sering meminta permainan yang membolehkannya belajar dan menjadi lebih kreatif, uDraw GameTablet adalah produk yang sesuai untuk mereka yang mempunyai pemain konsol Wii dari Nintendo.

Alat pembelajaran uDraw keluaran THQ ini boleh dihubungkan secara wayarles kepada pemain Wii, PS3 atau Xbox 360 yang boleh bertindak sebagai pad melukis, pembelajaran bergambar dan program melukis yang ditawarkan oleh uDraw Studio Instant Artist.

uDraw GameTablet menggunakan pen stylus untuk membolehkan pengguna melukis dan melihatnya semula di skrin sesentuh itu.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat di http://www.worldofudraw.com/

Pemain video Roku LT

Beberapa bulan lalu, Roku telah memperkenalkan pemain penyaliran (streaming) video di Internet tahap permulaan yang berharga kira-kira RM155.

Pemain yang dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi ini boleh disambung kepada kebanyakan model televisyen dan menawarkan tontonan video berdefinasi tinggi 720p atau 1080p HD.

Bagi model yang berharga lebih tinggi iaitu Roku 2 XS yang dijual dengan harga RM310, pemain ini dilengkapi dengan Bluetooth, slot kad microSD dan sambungan Internet melalu kabel.

Ia dihubungkan kepada 350 saluran hiburan penyaliran video di Internet seperti Netflix, Hulu Plus, Amazon Instant Video, HBO Go, Pandora, MOG, Rdio, dan MLB.TV.

Tempahan boleh dibuat di http://www.roku.com/lt atau http://www.amazon.com.

Alat kawalan Logitech Harmony

Alat kawalan jauh untuk televisyen, pemain video, sistem teater rumah atau kotak TV satelit sememangnya selalu hilang apabila kita memerlukannya. Sama ada disembunyi oleh anak atau terselit di celah sofa, pencariannya kadang kala boleh menimbulkan suasana tegang.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai alat kawalan Harmony 650 dari Logitech, masalah itu boleh diatasi kerana ia merupakan alat kawalan jauh universal yang boleh mengawal pelbagai jenis alat elektronik.

Alat kawalan ini juga mempunyai skrin LCD wara yang memudahkan anda mengetahui peranti elektronik yang sedang dikawal. Ia boleh menyimpan tetapan untuk lima alat elektronik dalam satu masa dengan sokongan kepada 5,000 jenis peralatan elektronik yang terdapat di pasaran.

Selain boleh dibeli dikebanykan kedai elektronik, ia juga boleh ditempah melalui laman web www.amazon.com

Pemacu USB Mimobot Star Wars

Bagi peminat Star Wars, mereka sememangnya akan berusaha mendapatkan apa sahaja produk yang mempunyai kaitan dengan filem tersebut dan pilihan terbaru mereka ialah pemacu USB Mimobot Star Wars edisi terhad.

Pemacu dengan storan 4 Gugabait (GB) ini mempunyai pelbagai jenis karekter dalam filem tersebut dan dijual dengan harga kira-kira RM100 di laman web http://www.mimoco.com/.

Antara karekter yang terdapat untuk versi Star Wars itu ialah Boba Fett, C3PO, Han in Carbonite, Lando Calrissian, Jawa, R2-D2, Stormtrooper, Vader, a Wampa, Wicket, dan Yoda.

Selain Star Wars, laman web mimoco.com juga menawarkan pelbagai pemacu USB karektor-karektor lain seperti Batman, Transformer, Hello Kity dan sebagainya.

Speaker wayarles Big Blue

Anda mempunyai komputer bimbit, telefon pintar dan komputer tablet seperti iPhone, iPad, BlackBerry adn sebagainya? Jika ya dan anda sering memainkan lagu-lagu kegemaran anda di peranti tersebut, tentu anda atau rakan anda meminati produk ini iaitu speaker wayarles.

Menggunakan speaker ini, anda tidak lagi perlu mendengar lagu di speaker kecil telefon bimbit atau komputer anda tetapi mendengar muzik dengan jelas di speaker berkualiti yang boleh dihubungkan melalui Bluetooth.

Speaker ini mempunyai dua speaker terbina dalam, mempunyai pelbagai jenis driver untuk menyokong stereo tinggi dan pertengahan, mempunyai subwoofer dan radiator pasif untuk bass dan port in/out Auxiliary.

Produk berharga kira-kira RM470 ini boleh ditempah melalui laman web Amazon.com

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved