Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Majukan tanah terbiar

Posted:

Majukan tanah terbiar

Majukan tanah terbiar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

JERANTUT 17 Dis. - Pemilik tanah terbiar di kampung tradisional di daerah ini diminta mengusahakan kawasan berkenaan untuk pembangunan sektor pertanian berasaskan pengeluaran makanan yang boleh dikomersialkan dalam menambah pendapatan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, berkata, masih banyak tanah terbiar di kampung terbabit yang tidak dimajukan sedangkan kerajaan negeri menawarkan pelbagai kemudahan untuk bercucuk tanam.

''Sikap membiarkan tanah masing-masing menjadi semak-samun amat merugikan pemilik berkenaan, malah membantutkan hasrat kerajaan negeri yang menggalakkan lebih banyak pengeluaran makanan untuk sara diri dan komersial," katanya kepada pemberita ketika bertemu penduduk di Kampung Bukit Nikmat Hilir dekat sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi sedia ada menawarkan bantuan teknikal dan kemudahan tertentu termasuk pemasaran supaya tanah terbiar dimanfaatkan bagi tujuan pertanian.

''Jika diusahakan secara bersistematik, ia akan memberikan pulangan lumayan malah sektor pertanian terus berkembang serta menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri," ujarnya.

Katanya, pelbagai mekanisme boleh dilaksanakan untuk memajukan kawasan itu iaitu menerusi sistem perladangan kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), koperasi peladang dan persatuan belia yang sudah terbukti berjaya di tempat lain.

Justeru, katanya, tanaman komersial yang dimajukan secara maksimum amat penting ke arah membantu menjamin bekalan makanan negara mencukupi selain mengurangkan import dari negara lain.

Full content generated by Get Full RSS.

34 anggota LSF tamat latihan hadapi rusuhan

Posted:

34 anggota LSF tamat latihan hadapi rusuhan

34 anggota LSF tamat latihan hadapi rusuhan


JUNAIDI Mashud (kanan) beramah mesra dengan sebahagian peserta kursus selepas majlis penyampaian sijil penyertaan di Alor Akar, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 17 Dis. - Seramai 34 anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) dari 11 daerah di negeri ini, berjaya menamatkan kursus jurulatih sebagai persiapan menghadapi perhimpunan haram dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam kursus selama tiga minggu itu, para jurulatih terpilih akan didedahkan cara untuk menghadapi situasi berkenaan oleh jurulatih berpengalaman.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Komisioner Junaidi Mashud berkata, ini termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi ketika perhimpunan atau rusuhan haram.

"Setiap anggota juga didedahkan dengan penggunaan peralatan seperti bom asap dan gas pemedih mata pada masa sesuai atau dibenarkan," katanya ketika menutup Kursus Jurulatih LSF Siri 1/2011 Kontijen Pahang di sini, semalam.

Peserta dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pekan, Koperal Ruslan Mustafa, 46, berkata, kursus itu dapat meningkatkan ilmu pengetahuan cara-cara berdepan dengan rusuhan.

"Kami semua diajar cara menggunakan bom asap dengan melalui kaedah tembakan serta balingan selain serangan pertahanan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

200 sertai program bubur asyura

Posted:

200 sertai program bubur asyura

200 sertai program bubur asyura


MUSTAFA Kamal Talib (kanan) bersama anggota polis berpakaian preman dan penduduk mengacau bubur asyura di Masjid Pekan Benta, Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 17 Dis. - Seramai 200 ahli kariah Kampung Melayu Benta dan anggota polis Balai Polis Pekan Benta menganjurkan majlis gotong- royong menyiapkan empat kawah bubur asyura sempena mengimarahkan bulan Muharam.

Ketua Kampung Melayu Benta, Zainal Abidin Sohor berkata, acara mengacau bubur asyura merupakan manifestasi integrasi masyarakat Melayu di situ tanpa mengira fahaman politik dalam usaha melakarkan nilai kemasyarakatan dan perpaduan setempat.

Menurutnya, program itu turut disertai 20 anggota polis dan jawatankuasa Masjid Pekan Benta yang menyaksikan mereka bekerjasama untuk menyiapkan bubur itu.

''Program ini sebagai acara pengisian bulan Muharam kalangan penduduk Melayu Islam Benta dan agensi kerajaan dalam menzahirkan nilai perpaduan di samping menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW yang boleh diteladani dalam kehidupan harian," katanya kepada pemberita di Benta dekat sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Balai Pekan Benta, Sarjan Mejar Mustafa Kamal Talib dan Imam Masjid Pekan Benta, Idris Zakaria.

Menurut Zainal, bubur berkenaan yang telah masak diagihkan kepada 200 penduduk yang hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Mustafa berkata, program itu tepat dengan masanya serta patut disokong kerana mampu mengeratkan hubungan penduduk setempat ketika semangat kejiranan kian terhakis dalam arus kemodenan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved