Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Kembara 4x4 berkonsep ibadah

Posted:

Kembara 4x4 berkonsep ibadah

Kembara 4x4 berkonsep ibadah


Program kembara bersama jentera berat 4x4 ini mendedahkan setiap peserta dengan pengalaman menyeronokkan yang tidak pernah dilalui sebelum ini.


Tujuannya untuk mengisi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat, selain membina sahsiah diri.

Melihatkan kepentingan pengisian motivasi dan latihan berkonsepkan ibadah, akademik, akhlak dan pembinaan fizikal maka Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI) menganjurkan program motivasi sambil beriadah dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4).

Dengan mengambil tema 'Amalkan Islam Di Mana Jua' dan 'Dari Kota Turun Ke Desa', setiap peserta didedahkan dengan pengisian aktiviti yang padat, berfaedah, menarik serta menyeronokkan.

Program berkonvoi selama tiga hari dua malam dengan jentera pacuan 4x4 dari ibu kota menuju ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Selangor serta Kuala Kangsar, Perak itu membolehkan pelajar kota menghayati suasana dan mengalami sendiri kehidupan kampung yang mungkin asing bagi mereka.

Dalam perjalanan menghala ke inap desa (homestay), para peserta singgah sebentar di kawasan sawah padi dan kilang memproses padi, sebelum dibawa berkunjung ke Bukit Melawati.

Melawat lokasi tersebut pasti memberikan kenangan manis kepada peserta yang mungkin di antaranya baru pertama kali melihat padi atau beras yang selama ini menjadi makanan ruji mereka.

Malah ketika di homestay, para peserta berpeluang melalui kehidupan sebagaimana masyarakat kampung lainnya.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah solat berjemaah dan makan bersama yang merupakan aktiviti sunnah yang ditekankan sepanjang berada di homestay dan kembara ini, bahkan itulah amalan penduduk kampung bersama keluarga bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Para peserta juga mengikuti aktiviti memancing dan menggagau ikan, seolah-olah mencari rezeki untuk sesuap nasi bagi hari tersebut.

Aktiviti itu pasti menguji kesabaran peserta dan menyeronokkan bagi mereka yang tidak pernah melaluinya sebelum ini.

Pada sebelah malam pula, para peserta menghayati budaya Melayu di mana mereka belajar bermain kompang dan juga belajar silat.

Pada sebelah paginya, para peserta bermain permainan tradisi budak-budak kampung seperti pukul sarang tebuan dan baling selipar.

Permainan ini mungkin agak asing bagi para pelajar kota tetapi tidak bagi budak-budak kampung.

Selepas penat beriadah, kesemua peserta sayu berpisah dengan keluarga angkat masing-masing dan perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kuala Kangsar.

Para peserta kemudiannya dibawa melihat perusahaan 'pandai besi' dan tekat benang emas sebagai salah satu kesinambungan aktiviti orang-orang Melayu dahulu yang masih lagi diteruskan oleh generasi masa sekarang.

Selepas itu, para peserta dibawa menyeberangi Sungai Perak dengan menaiki sampan. Melalui aktiviti ini, peserta boleh mengalami sendiri pengalaman berada di atas sampan sambil melihat penduduk kampung menuai hasil rezeki kurniaan Tuhan di sepanjang sungai tersebut.

Apabila tiba ke seberang sungai, peserta didedahkan dengan proses perusahaan labu sayong pula.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan dalam program tersebut ialah solat berjemaah dan qiyamullail, acara tarik tali dalam sungai, lawan bantal, explorace, mencari barang hilang serta meranduk sungai.

Menurut Pengerusi PUPAQSI, Zaid Muhammad Mohd. Rais, dengan menghayati sejarah tanah air, menghayati kehebatan budaya Melayu dan merasai suasana kehidupan kampung, insya-Allah sedikit sebanyak ia bakal merubah diri peserta dan bersyukur dengan kemewahan atau kesenangan yang dikurnia llahi selama ini.

"Penekanan ibadah boleh dilakukan walau di mana anda berada dan dalam apa keadaan sekalipun, tak kira di dalam hutan belantara, kampung mahupun di kota raya.

"Pengalaman kembara 4x4 ini seolah-olah memberikan pengalaman baru kepada para peserta selain membina jati diri melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang perjalanan konvoi," jelasnya.

Tambahnya, kembara seperti ini terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 17 tahun sahaja serta ia dikendali dan diuruskan sepenuhnya oleh perunding PUPAQSI dengan kerjasama Blackwind Adventure 4x4 Team (BAT).

Untuk keterangan lanjut mengenai program motivasi sambil beriadah dan kembara remaja Muslim, bolehlah menghubungi talian 019-2202327 (Zaid) atau layari www.pupaqsi.com atau pupaqsi.blogspot.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved