Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Iktiraf kepimpinan, pencapaian

Posted:

Iktiraf kepimpinan, pencapaian

Iktiraf kepimpinan, pencapaian

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


PARA penerima anugerah melepaskan burung merpati pada Majlis Anugerah Oxcell 2011 bertempat di Hotel Shangrila Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 17 Dis. - Pusat Kecemerlangan Oxford (Oxcell) yang berpangkalan di United Kingdom hari ini memberi anugerah kepada 16 rakyat Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Dalam majlis itu, sembilan orang menerima anugerah Felo Oxcell, lima menerima anugerah Master Oxcell dan masing-masing dua orang menerima anugerah Diploma Oxcell dan anugerah Graduan Oxcell.

Antara penerima anugerah Felo Oxcell ialah pemimpin korporat dan penggiat politik, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dan Pengarah Urusan Prinsiptek Corp. Bhd., Datuk Foo Chu Jong.

Presiden Oxcell Asia Pasifik, Dr. Saiful Bahri berkata, para penerima anugerah tersebut mewakili pelbagai bidang termasuk pentadbiran awam, hartanah, kejuruteraan, teknologi dan kewangan.

"Oxcell memberi anugerah bertaraf antarabangsa kepada mereka yang berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang melalui penilaian yang dilakukan.

"Anugerah yang diberikan adalah berbeza dengan ijazah universiti, tokoh yang menerima anugerah ini mesti memenuhi kualiti kepimpinan seperti membangunkan keupayaan dan kapasiti, berintegriti, beretika dan lain-lain," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas majlis penyampaian anugerah tersebut di sini hari ini.

Selain rakyat Malaysia, dua warganegara asing dari Rusia dan Iran turut menerima anugerah Oxcell pada majlis itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesibukan kerja bukan halangan capai kejayaan

Posted:

Kesibukan kerja bukan halangan capai kejayaan

Kesibukan kerja bukan halangan capai kejayaan


PASANGAN suami Isteri, Chee Choon Hui (kiri) dan Chua Sew Pein berkongsi kegembiraan ketika menerima Ijazah Kejuruteraan pada Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tuntutan kerja sehingga memaksa berulang-alik ke luar negara tidak menjadi penghalang kepada Chua Sew Pein, 31, mencatat kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Hari ini, beliau bukan sahaja mampu menggenggam segulung ijazah tetapi turut merangkul Anugerah Akademik Ijazah Sarjana Terbaik sempena Majlis Konvokesyen Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Lanjutan Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-13 di sini.

Kejayaan itu juga membolehkan Pegawai Avago Technologies yang mengikuti pengajian dalam jurusan Pengurusan Kejuruteraan Perniagaan dianugerahkan Graduan Terbaik Keseluruhan.

Lebih menggembirakan Sew Pein, kejayaan itu dikongsi suaminya Chee Choon Hui, 32, yang turut menerima ijazah dalam jurusan sama.

"Keluarga banyak memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian sehingga tamat walaupun sibuk dengan urusan kerja," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah dan ijazah tersebut daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Menurut Sew Pein, cabaran paling getir semasa pengajian adalah terpaksa ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat bersama klien dan berulang-alik dari Pulau Pinang ke UTM di sini bagi menghadiri kelas pada hujung minggu.

"Saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar kerana amat memahami kerjaya saya dan tidak jemu membantu sehingga berjaya mencapai ke tahap ini," katanya yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, M.Kandasamy, 49, yang mengikuti pengajian dalam bidang sama telah dianugerahkan sebagai graduan tertua pada konvokesyen kali ini.

"Faktor umur bukan penghalang untuk saya menggenggam segulung ijazah. Kejayaan ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada tiga anak saya agar mereka belajar sehingga berjaya kerana ia mampu menjamin masa depan," katanya.

Pada majlis konvokesyen tersebut, seramai 452 graduan menerima diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan.

Full content generated by Get Full RSS.

Acha Septriasa terima Anugerah Kepimpinan

Posted:

Acha Septriasa terima Anugerah Kepimpinan

Acha Septriasa terima Anugerah Kepimpinan

CYBERJAYA 17 Dis. - Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Jelita Septriasa hari ini dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Presiden Universiti LimKokWing di atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Acha Septriasa merupakan antara 1,000 graduan universiti itu yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut.

Acha yang mengambil jurusan Ijazah Komunikasi Massa menceritakan semula pengalamannya ketika menuntut di universiti tersebut berkata, beliau tidak dapat melupakan detik ketika ditugaskan menjalani latihan sebagai seorang wartawan.

"Ketika pergi ke tempat tugasan sidang akhbar, ada kalangan wartawan yang tertanya-tanya mengapa saya berada di sini disebabkan saya pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.

"Mereka hairan kenapa saya berada di situ, sebenarnya saya sedang menjalani latihan dan itu merupakan antara perkara yang tidak dapat dilupakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut.

Pada majlis tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turut dipilih menerima Anugerah Kehormat Kepimpinan dalam bidang inovasi.

Selain itu Lord Sheikh of Cornhill in the City of London, Mohamed Sheikh pula menerima Anugerah Kehormat dalam bidang pembangunan sosial.

Sementara itu, Acha mengucapkan jutaan terima kasih kepada Universiti LimKokWing kerana memberikannya biasiswa dan peluang untuk menimba ilmu di situ.

"Ilmu yang dimiliki di sini bersama-sama rakan kuliah amat berguna. Saya akan manfaatkan segala yang diperolehi di sini kerana ia sangat membantu perjalanan kerjaya saya dalam industri hiburan," katanya

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved