Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


JPM siasat kahwin sejenis

Posted:

JPM siasat kahwin sejenis

JPM siasat kahwin sejenis

Oleh MD. AZRIN ROSLY


Keratan Utusan Malaysia keluaran 17 Disember 2011.


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kerajaan akan menyiasat kontroversi mengenai seorang pemuda Melayu didakwa berkahwin dengan pasangannya seorang lelaki warga asing dalam tempoh masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meneliti kesemua gambar itu sama ada tulen ataupun telah melalui proses penyuntingan.

"Kita akan siasat dahulu kerana zaman sekarang ini ramai orang yang suka menyunting gambar-gambar sendiri," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gambar-gambar pasangan itu yang tersebar di sebuah laman web bigayweddingproject.com semalam.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, pemuda tersebut harus insaf kerana hubungan homoseksual tidak diterima mana-mana agama apatah lagi agama Islam.

"Ibu bapa dan pihak berkuasa diminta tidak memutuskan hubungan agar usaha sebaik mungkin dapat dibuat bagi menyedarkan dia semula.

''Selain itu, cabaran utama adalah kepada agensi dakwah dan agama supaya melihat balik kaedah dakwah terutama kepada generasi muda.

"Muhasabah kembali pendekatan kita agar generasi muda menerima Islam sebagai cara hidup sebenar dan bukannya hanya doktrin atau disebabkan mengikut ibu bapa dan sebagainya," katanya.

Juanda berharap tidak ada pihak akan menyokong tindakan itu atas prinsip hak asasi dan kebebasan kerana ia merupakan isu asas agama.

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, perbuatan pemuda itu perlu dikutuk.

"Hubungan sejenis adalah dosa besar yang telah diberi peringatan berulang-kali oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Kaum Nabi Luth yang dahulunya mengamalkan hubungan homoseksual telah mendapat penghinaan daripada Allah SWT dengan bencana yang dahsyat.

Full content generated by Get Full RSS.

29 lelaki Nigeria tidak miliki dokumen sah

Posted:

29 lelaki Nigeria tidak miliki dokumen sah

29 lelaki Nigeria tidak miliki dokumen sah

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Operasi Imigresen bagi memburu kumpulan 'Awang Hitam' kerana tidak memiliki dokumen sah diteruskan di Desa Aman Puri di sini malam tadi dan hasilnya, seramai 29 lelaki Nigeria yang melakukan kesalahan itu ditahan.

Dalam serbuan pukul 10 malam itu, sebanyak 50 buah unit rumah dan sebuah pusat hiburan yang menjadi tumpuan warga Afrika diperiksa oleh 62 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kuala Lumpur.

Turut membantu dalam operasi hasil risikan dan aduan penduduk setempat itu adalah anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, keseluruhannya, seramai 89 warga Afrika diperiksa dalam operasi itu.

"Kebanyakan mereka yang ditahan mengaku datang ke Malaysia sebagai pelajar di pusat pengajian bahasa di beberapa buah kolej tempatan.

"Alasan mereka tidak menyimpan dokumen kerana telah dihantar kepada pusat bahasa di kolej tempat mereka belajar untuk proses membuat pas pelajar.

"Kita akan siasat sama ada benar dakwaan itu (kolej simpan dokumen) benar," katanya pada sidang akhbar selepas operasi penguatkuasaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) malam tadi.

Tambahnya, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan empat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand kerana tidak memiliki sebarang dokumen selain menyalahgunakan pas lawatan.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di lokap Imigresen di Jalan Duta dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

James memberitahu, pihaknya akan terus menjalankan operasi 6P dari semasa ke semasa sehingga Januari depan.

"Pemeriksaan dibuat di lokasi yang menjadi tumpuan warga Afrika bagi memastikan mereka tidak melakukan kesalahan undang-undang negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved