Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pantau hab perikanan kecil

Posted:

Pantau hab perikanan kecil

Pantau hab perikanan kecil

Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my


Noh Omar (kiri) bersama Mohd. Ali Rustam (belakang) melawat projek Hab Perikanan Kecil Sungai Duyong di Melaka, kelmarin.


MELAKA 16 Dis. - Kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas memantau projek pembinaan Hab Perikanan Kecil Sungai Duyong bernilai RM32 juta yang masih gagal disiapkan kerana masalah birokrasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bagi membuktikan komitmen kerajaan negeri memastikan projek itu disiapkan, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Serentak itu beliau turut memberi kata dua untuk menamatkan khidmat kontraktor terbabit dan diganti dengan kontraktor baru bagi menyiapkan segera pembinaan hab perikanan di Mukim Padang Temu, daerah Melaka Tengah di sini.

''Kontraktor diberi tempoh empat bulan untuk membuktikan mereka boleh melaksanakan kerja-kerja pembinaan jika tidak, kontrak yang mereka perolehi akan ditamatkan segera.

''Mulai minggu depan, saya akan memantau kerja-kerja di tapak pembinaan ini dan menyusun jadual kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar melawat projek berkenaan semalam.

Mohd. Ali menegaskan, kegagalan memantau rapi perkembangan projek menjadi punca kelewatan berkenaan.

''Apabila projek ini lewat siap ia memberi masalah kepada lebih 80 nelayan di sini kerana mereka memerlukan kemudahan selesa untuk meletakkan bot dan mendaratkan hasil tangkapan," katanya lagi.

Masalah kelewatan projek itu dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik.

Beliau mempertikaikan kesungguhan kontraktor kerana lewat menyiapkan projek itu tanpa sebarang alasan munasabah hingga menyebabkan pembinaan hab perikanan itu terbengkalai sebanyak dua kali.

Full content generated by Get Full RSS.

Sampai dakwah ikut gaya orang muda

Posted:

Sampai dakwah ikut gaya orang muda

Sampai dakwah ikut gaya orang muda


Nuri Ali Arbain (kiri) mengemukakan soalan kepada salah seorang peserta Program Pendidikan Ke Arah Anak Soleh dan Solehah di Masjid Jamek Bahau, Jempol, kelmarin.


JEMPOL 16 Dis. - Golongan muda sebenarnya mudah untuk didekati sekiranya penyampaian dakwah dilakukan mengikut cita rasa yang memikat hati mereka.

Bekas peserta program Imam Muda (IM) terbitan Astro, Nuri Ali Arbain yang lebih dikenali sebagai IM Nuri berkata, pendekatan dakwah yang menepati gaya pemikiran orang muda mampu menarik minat golongan itu patuh kepada perintah agama.

Katanya, beliau kini menggunakan pendekatan mengikut gaya golongan muda bagi menyampaikan dakwah kepada mereka.

"Seorang ustaz tidak semestinya seorang yang serius sepanjang masa kerana ada ketikanya kita perlu menjadi seperti rakan kepada orang muda.

"Untuk menyampaikan dakwah, kita seharusnya peka dengan suasana terkini agar anak muda selesa dan dapat menerima ajaran itu dengan suasana ceria.

"Tidak salah jika kita membuat lawak dan ketawa ketika menyampaikan ceramah asalkan kita masih berada di landasan yang betul. Ia juga membuatkan golongan muda seronok apabila mendengar ceramah yang kita sampaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Program Pendidikan Ke Arah Anak Soleh dan Solehah di Masjid Jamek Bahau di sini semalam.

Program anjuran Masjid Jamek Bahau itu diadakan selama lapan hari dan melibatkan 120 kanak-kanak berumur lapan hingga 12 tahun sekitar daerah ini.

Seorang peserta, Muhammad Syafiq Che Rosmin, 12, melahirkan rasa bangga apabila berpeluang menjadi peserta program tersebut.

"Kem ini sangat berbeza daripada program yang lain. Biasanya kem yang saya sertai menekankan kepada sukan. Kem ini mendidik saya mendalami ilmu agama.

"Banyak ilmu baru yang saya perolehi antaranya saya berpeluang membetulkan bacaan al-Quran, belajar solat dan cara pengurusan jenazah," katanya.

Rakannya, Shahrul Syazwan Saripudin, 10, pula bercadang untuk menyertai kem itu lagi pada tahun hadapan.

"Ceramah yang disampaikan benar-benar membuatkan saya insaf dan mengingati kedua ibu bapa saya. Ketika mengikuti ceramah yang disampaikan oleh IM Nuri, saya dan rakan menangis apabila mengingati kesalahan yang pernah kami lakukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKN edar 8,000 naskah Utusan Malaysia

Posted:

JKKN edar 8,000 naskah Utusan Malaysia

JKKN edar 8,000 naskah Utusan Malaysia


EZlina Alias (kanan) mengedarkan akhbar Utusan Malaysia kepada pelancong dari Kedah yang datang berkunjung ke bangunan Stadhuys di Melaka, semalam.


MELAKA 16 Dis. - Orang ramai yang mengunjungi negeri ini hari ini masing-masing disambut dengan pemberian senaskah akhbar Utusan Malaysia secara percuma tajaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sebanyak 8,000 naskah akhbar itu diedarkan oleh kakitangan JKKN di sekitar bandar raya ini terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti bangunan Stadhuys, Taming Sari, Dataran Pahlawan, institusi pengajian tinggi (IPT), bank-bank dan beberapa tempat lagi.

Penajaan akhbar tersebut adalah sempena program Pesta Joget 1Malaysia (PJ1M) yang diadakan di Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil.

Ketua Cawangan Komunikasi JKKN, Ezlina Alias mengetuai tugas mengedarkan akhbar tersebut bermula pukul 10 pagi dan ia diadakan serentak di semua lokasi terlibat.

Ezlina ketika ditemui di bangunan Stadhuys berkata, pengedaran akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai bertujuan mempelawa mereka memeriahkan program PJ1M.

''Dengan hanya mengedarkan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan rencana mengenai program PJ1M, kita yakin orang ramai akan datang beramai-ramai menyaksikan pelbagai jenis joget dari seluruh negeri yang membuat persembahan,'' ujarnya.

Beliau berkata, akhbar itu mula diedarkan kepada orang ramai sejak semalam dan berakhir hari ini.

''Kita memilih Utusan Malaysia kerana akhbar ini banyak memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pelbagai isu semasa," ujarnya.

Turut sama mengedarkan akhbar tersebut ialah kakitangan di Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved