Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pendakwah usah malu bertindak

Posted:

Pendakwah usah malu bertindak

Pendakwah usah malu bertindak

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian peserta Program Kesedaran HIV dan AIDS 'Nur Hayah' anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Gelanggang Seni di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 16 Dis. - Golongan pendakwah dan penggiat masyarakat diminta tidak malu dengan ranking Kelantan sebagai negeri dengan bilangan penghidap HIV dan AIDS tertinggi dalam negara.

Kaunselor HIV dan AIDS Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Zaimah Husin berkata, ranking tersebut tidak harus dipandang negatif kerana ia menandakan pekerja kesihatan di negeri ini menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya dalam merekod data mengenai pesakit HIV dan AIDS.

"Kita tidak perlu malu kerana kakitangan kesihatan membuat kerja mencatat setiap kes yang dikenal pasti dan tidak menyembunyikan data.

"Mereka menyebarkan maklumat tentang risiko HIV dan AIDS kepada orang ramai dan apabila masyarakat sedar mereka datang ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan.

"Setiap makluman dimasukkan dalam notifikasi dan didaftarkan tanpa disembunyikan," katanya kepada pemberita selepas majlis Program Kesedaran HIV dan AIDS 'Nur Hayah' anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Gelanggang Seni di sini semalam.

Program dengan kerjasama sebuah konsultan itu bertujuan memberi pendedahan tentang penyakit HIV dan AIDS serta cara menanganinya kepada lebih 200 penggerak masyarakat di bandar itu.

Zaimah berkata, ranking tersebut menjadi pencetus kesedaran paling ampuh agar semua pihak mengambil peranan lebih serius membendung penularan penyakit itu dalam masyarakat.

Namun, beliau berkata, perkara paling utama adalah membuang dahulu stigma negatif terhadap pesakit HIV dan AIDS kerana dengan kemajuan perubatan, penyakit itu kini sudah dapat dikawal.

Jelasnya, virus berbahaya itu hanya boleh berjangkit menerusi tiga cara iaitu hubungan seks, berkongsi jarum suntikan dan dari ibu kepada anak dalam kandungan dan tidak melalui pergaulan seharian atau cara lain.

"Masyarakat mesti mengambil kisah dan memberikan maklumat jika ada antara rakan dan ahli keluarga yang disyaki menghidap HIV dan Aids.

"Jangan malu atau sembunyikan mereka kerana klinik dan hospital kerajaan sekarang menyediakan ubat dan rawatan percuma yang boleh mengawal virus daripada merebak dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani hidup seperti orang biasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Suami lumpuh, keluarga hilang punca pendapatan

Posted:

Suami lumpuh, keluarga hilang punca pendapatan

Suami lumpuh, keluarga hilang punca pendapatan


Hasbi Dollah (kanan) dan anak-anak menemani Ahmad Suhaimy Mat El yang terlantar sakit di rumah mereka di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 16 Dis. - Seorang isteri, Hasbi Dollah, 40, buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan Oktober lalu.

Lebih memeritkan Hasbi apabila suaminya, Ahmad Suhaimy Mat El, 43, yang dahulu seorang buruh kasar, tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan dan bergantung sepenuh kepadanya untuk urusan seharian.

Apa yang membimbangkan ibu kepada empat orang anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu ialah, dia sendiri mengalami masalah kesihatan dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sehingga tidak mampu bekerja bagi mencari nafkah.

"Saya memerlukan kira-kira RM1,100 sebulan untuk perbelanjaan suami termasuk mendapatkan susu dan lampin pakai buang. Kos tersebut tidak termasuk perbelanjaan anak-anak kami.

"Suami saya hanya bergantung kepada susu jenis Ensure sebagai makanan dan minumannya dan setiap hari dia perlu menghabiskan satu tin susu berkenaan yang berharga RM32.50," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Machang Limbat, Kubang Kerian di sini hari ini.

Lantaran itu, Hasbi mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin setempat untuk membantu meringankan bebannya sekeluarga.

Menceritakan lebih lanjut kejadian yang menimpa suaminya, wanita itu memberitahu, Ahmad Suhaimy terbabit dalam kemalangan dua bulan lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Gajah dekat sini.

Menurutnya, kemalangan tersebut menyebabkan suaminya hilang upaya dan lumpuh seluruh tubuh serta hanya mampu terlantar.

"Hanya tangan kanan mampu digerakkan, tetapi dia tidak mampu untuk memegang sebarang objek seolah- olah urat saraf dan sendi tidak lagi berfungsi.

"Sejak kejadian itu, dia hanya terlantar sehingga berkudis di bahagian belakang mungkin disebabkan pengudaraan yang tidak sempurna. Selain itu, dia juga pernah koma selama sebulan akibat kemalangan tersebut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mangsa hakisan ombak harap dapat bantuan

Posted:

Mangsa hakisan ombak harap dapat bantuan

Mangsa hakisan ombak harap dapat bantuan


Penduduk kampung mengemaskan rumah yang roboh akibat dipukul ombak besar di Kampung Geliga Baru, Kemaman, baru-baru ini .


KEMAMAN 16 Dis. _ Sebanyak 15 keluarga Kampung Geliga Baru di sini yang kediaman mereka diancam hakisan akibat ombak besar berharap kerajaan dapat membantu menyediakan tapak rumah baru untuk mereka.

Mereka yang ditemui Utusan Malaysia berkata, walaupun berat untuk meninggalkan kampung yang telah diduduki sejak puluhan tahun lalu, demi keselamatan mereka sedia berpindah.

Penduduk tersebut yang kebanyakannya menyara hidup dengan melakukan kerja-kerja kampung berharap kerajaan dapat mempertimbangkan segera permohonan mereka kerana masa semakin suntuk.

Seorang penduduk, Zulkifli Jusoh, 48, berkata, walaupun menyedari sudah tidak selamat untuk tinggal di kampung itu mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak memiliki tempat lain untuk berpindah.

"Dalam kejadian kelmarin rumah saya dan beberapa rumah penduduk musnah dipukul ribut dan ombak besar menyebabkan kami kehilangan tempat berteduh," ujarnya di sini hari ini.

Norizan Othman, 47, berkata, ombak besar kira-kira pukul 7 malam kelmarin itu telah memusnahkan rumahnya.

"Kami amat berharap kerajaan dapat meluluskan sebuah tapak baru kekal untuk kami mendirikan rumah bagi menjamin kehidupan yang lebih selamat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved