Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Ibrahim Ali sumbang RM50,000 kepada 503 murid cemerlang UPSR

Posted:

Ibrahim Ali sumbang RM50,000 <br />kepada 503 murid cemerlang UPSR

Ibrahim Ali sumbang RM50,000
kepada 503 murid cemerlang UPSR


IBRAHIM Ali bersama sebahagian daripada 503 murid Cemerlang UPSR 2011 yang menerima sumbangan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid 2, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 17 Dis. - Seramai 503 murid di daerah ini yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 lalu, menerima sumbangan berjumlah RM50,000 daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Pelajar terbabit yang diiringi ibu bapa masing-masing, turut diraikan dengan hidangan bubur Asyura dalam satu majlis yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Abdul Hamid 2 di sini, semalam.

Ibrahim berkata, sumbangan wang tunai dan beg sekolah itu diharap memberi suntikan semangat serta motivasi kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi.

"Sumbangan ini adalah galakan kepada semua murid lebih gigih berusaha dalam pelajaran untuk mengejar cita-cita dan kita menyasarkan jumlah yang mendapat 5A pada tahun hadapan akan bertambah," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Mohammad Khalisha Mohamad Nizham, 12, dari SK Sultan Ibrahim 1 di sini, melahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan wakil rakyat mereka itu.

"Sumbangan hari ini saya anggap hadiah kepada kejayaan saya melakar 5A dalam keputusan UPSR lalu dan saya berjanji akan belajar lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan," katanya.

Seorang lagi penerima, Nurul Anis Mohd. Nasir, 12, dari SK Osman Talib 2, turut melahirkan rasa bangga di atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2011, sekali gus melayakkannya menerima sumbangan berkenaan.

"Saya terharu dengan sumbangan ini. Saya ingin mengikut menjejak langkah abang saya Mohd. Nabil, 14, merupakan orang kelainan upaya (OKU) namun mendapat 5A dan kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumboh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved