Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bandar Maritim tarikan terbaru

Posted:

Bandar Maritim tarikan terbaru

Bandar Maritim tarikan terbaru

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 16 Dis. - Strategi memajukan Kuala Perlis sebagai Bandar Maritim mampu menjadikan daerah itu pemangkin pertumbuhan asas ekonomi negeri dalam menerokai pasaran antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pembangunan yang memberikan tumpuan terhadap sektor industri maritim dan perikanan itu melibatkan kerja-kerja menambak laut dan tebus guna pesisir pantai secara berperingkat.

"Komponen strategik Bandar Maritim Kuala Perlis pula termasuk pembangunan pelabuhan perikanan, jeti tambahan pendaratan ikan, kargo dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).

''Turut dicadangkan pembangunan lot-lot industri kecil dan sederhana (IKS), terminal pengangkutan bersepadu, jeti penumpang, kompleks perniagaan, pusat konvensyen dan institusi pengajian tinggi (IPT)," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hashim Jasin (Pas-Sanglang) mengenai kemajuan cadangan tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Menurut Md. Isa, komponen lain yang terlibat dalam pembangunan Bandar Maritim Kuala Perlis ialah perumahan.

Beliau menjelaskan, Bandar Maritim Kuala Perlis akan berfungsi mengukuhkan peranan Kuala Perlis sebagai pintu masuk utama negara dan bandar maritim di negeri Perlis.

"Ia juga akan meningkatkan kecekapan sebagai pusat pendaratan ikan wilayah utara, meningkatkan tahap pembangunan dan ekonomi negeri Perlis.

"Berperanan sebagai terminal tukar barang (barter trade) bersepadu dan menjadi hab pelancongan bertaraf antarabangsa," tambah beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk desak pemaju hentikan pembinaan, letup batu

Posted:

Penduduk desak pemaju hentikan pembinaan, letup batu

Penduduk desak pemaju hentikan pembinaan, letup batu


Penduduk membuat bantahan terhadap aktiviti letupan batu yang didakwa mengancam keselamatan dan harta benda mereka di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.


BUKIT MERTAJAM 16 Dis. - Pemaju perumahan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan berhampiran Jalan Tengah di sini didesak menghentikan aktiviti meletupkan batu di kawasan itu atas faktor keselamatan.

Bantahan itu disuarakan kira-kira 100 penduduk kampung yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemaju seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan mereka walaupun beberapa siri perbincangan telah diadakan antara kedua-dua pihak.

Seorang wakil penduduk, Ku Ruslin Ku Yahya, 39, berkata, hasil perbincangan pemaju dan penduduk baru-baru ini memutuskan pihak pemaju perlu menghentikan aktiviti terbabit.

Menurutnya, sejak kerja-kerja meratakan tanah di kawasan bukit di belakang kampung mereka dijalankan Oktober lalu, tidur mereka tidak pernah lena kerana banyak serpihan batu melayang ke kawasan kampung.

"Pemaju selalunya akan meletupkan batu dua kali seminggu dan setiap kali kerja itu dijalankan, banyak serpihan batu melayang ke rumah penduduk malah ada kejadian bumbung rosak.

"Mereka berjanji untuk membaiki kerosakan tersebut namun kami tidak sanggup berterusan menghadapi situasi mencemaskan seperti ini," katanya ketika ditemui di kampung itu semalam.

Seorang lagi penduduk, Ismail Mat Desa, 69, berkata, pemaju bagaimanapun enggan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan jiwa akibat letupan batu berkenaan.

Jelasnya, penduduk jadi marah dengan kata-kata wakil pemaju yang mengarahkan mereka supaya keluar berkumpul di luar rumah sekiranya enggan menjadi mangsa jika ia melantun ke premis masing-masing.

"Tindakan mereka itu membuatkan kami sakit hati kerana mereka seolah-olah mempermainkan nyawa penduduk di sini dan enggan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Biarpun pemaju keluarkan notis kepada penduduk setiap kali letupan ingin dijalankan tetapi mereka tidak ingin membantu menyelesaikan masalah penduduk," ujarnya.

Tambahnya, penduduk pernah membuat laporan polis berkaitan tindakan pemaju namun tiada sebarang tindakan diambil.

Sehubungan itu, penduduk mahu ada pihak tampil membantu menyelesaikan masalah mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Gilirkan jawatan Pengerusi MADA

Posted:

Gilirkan jawatan Pengerusi MADA

Gilirkan jawatan Pengerusi MADA

KANGAR 16 Dis. - Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) disandang secara giliran antara Kedah dan Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad berkata, langkah tersebut dapat memastikan jawatan berkenaan tidak hanya disandang oleh calon dari Kedah sahaja seperti amalan sekarang.

Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan negeri tidak bercadang memisahkan pentadbiran MADA mengikut negeri Kedah dan Perlis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Ketika membangkitkan soalan tersebut Shahidan berkata, jika pentadbiran lembaga tersebut dipisahkan, Perlis akan mendapat manfaat seperti kos penyelenggaraan kawasan MADA Perlis dengan lebih tersusun, memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat serta dapat meluaskan kawasan penanaman padi kepada dua musim setahun di luar kawasan MADA.

Dalam perkembangan sama, kata Sabry, bagi memastikan kepentingan penduduk dan kerajaan negeri tidak dipinggirkan, keahlian Ahli Lembaga Pengarah MADA turut dianggotai dua wakil kerajaan negeri.

Menurut beliau, MADA juga sedang mewartakan kawasan pinggir MADA di Perlis seluas 1,397 hektar sebagai sebahagian kawasan lembaga berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved