Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


NGO aktif kerja sukarela disokong

Posted:

NGO aktif kerja sukarela disokong

NGO aktif kerja sukarela disokong

Oleh AZIZI MAJID
editor.johor@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman menyatakan sesuatu kepada penerima Anugerah Penyayang Tokoh Johor Bahru, Kintan Abu Bakar sambil diperhatikan Dr. Jamilah Ariffin, (dua dari kanan) dan Dr. Robia Kosai di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 17 Dis. - Kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, program sukarela itu juga diharap dapat melahirkan masyarakat penyayang sejajar dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020.

"Justeru, kerja-kerja amal yang dilakukan secara sukarela ini akan sentiasa kita sokong dan beri perhatian sewajarnya," katanya pada Majlis Anugerah Penyayang Johor 2011 di Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam di sini malam tadi.

Turut hadir isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Abdul Ghani berkata, nilai-nilai murni yang terdapat dalam masyarakat bukan hanya untuk dihayati, sebaliknya harus diterjemahkan dalam bentuk amalan harian.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Anugerah Penyayang Johor kepada 78 penerima bagi peringkat daerah dan lapan bagi peringkat negeri.

Anugerah dwi tahunan yang diperkenalkan sejak 2002 itu bertujuan memberi penghargaan kepada individu, organisasi mahupun golongan pelajar yang banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi kerja-kerja amal.

Full content generated by Get Full RSS.

'Bantu saya beli pam air'

Posted:

'Bantu saya beli pam air'

'Bantu saya beli pam air'


MOHD. Hisham Ismail, isterinya, Norhafizah Yusof Latif dan anak-anaknya di depan kediaman mereka di Lorong Haji Bedu, Parit Bunga dekat Ledang, Johor.


LEDANG 17 Dis. - "Kalau dapat bantuan pam air, saya rasa lega sedikit kerana sekurang-kurangnya keluarga saya mendapat bekalan air bersih."

Itulah luahan seorang nelayan sungai, Mohd. Hisham Ismail, 43, yang bimbang mengenai keperluan utama keluarganya kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai bekalan air bersih tetapi juga tinggal di sebuah pondok usang di kawasan belukar berhampiran tebingan Sungai Muar di Lorong Haji Bedu, Parit Bunga dekat sini.

Tinjauan Mingguan Malaysia ke rumah yang didiami Mohd. Hisham bersama isteri serta tiga anak kecil mereka mendapati, pondok yang dibina dengan papan lapis sudah mereput dan bumbung banyak yang bocor.

Lebih membimbangkan Hisham, rumah daif itu hampir dimasuki air sungai setiap kali berlaku air pasang.

Ketiadaan bekalan elektrik dan air menyebabkan lima beranak itu tinggal di pondok terpencil tersebut dengan menggunakan cahaya pelita pada waktu malam dan bergantung pada air sungai bagi kegunaan harian.

Hisham yang juga orang kelainan upaya (OKU) memberitahu, pendapatannya sebagai nelayan yang tidak seberapa menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa tinggal berhampiran tebing Sungai Muar itu walaupun menyedari persekitarannya berbahaya kepada anak-anaknya yang masih kecil.

"Rumah ini dibina di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Oleh kerana saya tidak mempunyai tanah, saya tidak layak untuk memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Pendapatan saya sebagai nelayan memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun beban saya sedikit kurang kerana mendapat elaun OKU sebanyak RM150 ekoran kecacatan tangan kanan akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Mohd. Hisham mengakui, kerana masalah kemiskinan, dia serta isterinya, Nurhafizah Yusof Latif, 18, dan tiga anak mereka yang berusia dua dan satu tahun serta dua bulan hanya mampu tinggal di pondok yang berkeluasan 3 x 5 meter.

Tanpa bilik, seluruh ruang pondok itu sahajalah yang menjadi tempat tidur dan makan mereka sekeluarga.

Pihak yang berhasrat untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga Hisham, boleh menghubunginya di talian 017-6448785.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved