Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


ITNM dijenamakan, RM5j terbit karya

Posted:

ITNM dijenamakan, RM5j terbit karya

ITNM dijenamakan, RM5j terbit karya


Najib Tun Razak menyampaikan anugerah Tokoh Pena kepada Baharuddin Zainal sambil diperhati oleh Presiden Pena, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad (dua dari kanan) pada perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Himpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi merancakkan penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda dalam semua genre.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat selama dua tahun iaitu RM3 juta pada tahun ini dan RM2 juta pada tahun hadapan.

Tambah beliau, peruntukan itu akan disalurkan menerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

"Bagi membolehkan matlamat ini dapat direalisasikan secepat mungkin, kerajaan mengambil keputusan agar peranan ITNM diperluaskan iaitu selain menjadi peneraju dalam industri terjemahan, agensi ini juga akan bertanggungjawab menerbitkan karya asli dengan nama dan penjenamaan baru iaitu Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan jubli emas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, malam ini.

Menurut Najib, kerajaan yakin ITBM berupaya menguruskan peruntukan yang diberikan bagi memastikan karya asli penulis muda yang telah diterima dapat diterbitkan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Tambah beliau, kerajaan juga mengharapkan Pena sebagai 'pemegang saham' dalam peruntukan itu dan dapat turut melaksanakannya dengan menyaring serta memantau isi kandungan yang bakal dihasilkan penulis muda.

"Dalam masa sama, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Pena sebagai sokongan terhadap peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pertubuhan ini," katanya.

Najib menambah, kerajaan turut menyedari proses rumit percetakan yang sedikit-sebanyak melambatkan tempoh masa penerbitan sesebuah buku. Justeru kata beliau, sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah bersetuju membentuk kerjasama strategik bersama ITBM dan Pena.

Full content generated by Get Full RSS.

Baha Zain Tokoh Pena

Posted:

Baha Zain Tokoh Pena

Baha Zain Tokoh Pena

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini.

Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran.

Baharuddin mula melibatkan diri dengan Pena sejak awal tahun 60-an dan memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Presiden Pena pada 2008 hingga 2010.

Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang berusia 72 tahun itu berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) pada 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

Full content generated by Get Full RSS.

Kutipan filem meningkat RM100 juta

Posted:

Kutipan filem meningkat RM100 juta

Kutipan filem meningkat RM100 juta

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Industri perfileman negara semakin mendapat tempat di kalangan rakyat apabila jumlah kutipan meningkat sekali ganda kepada RM100 juta tahun ini berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak berkata, kutipan itu hasil penayangan 42 filem tahun ini dengan 10 daripadanya mencipta box office di seluruh negara.

Selain itu, katanya enam filem yang meraih kutipan terbanyak tahun ini ialah Kongsi, Khurafat, Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Bonceng, KL Gangster dan terbaru Ombak Rindu.

"Peningkatan ini sangat luar biasa kerana jika berbanding tahun lepas, kutipan hanya RM50 juta," katanya pada program Bicara Bersama Media sempena 100 hari beliau sebagai Ketua Pengarah Finas di Studio Digital Mix Stage di sini, hari ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved