Sabtu, 17 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pakatan rapuh punca pembangkang bermasalah

Posted:

Pakatan rapuh punca pembangkang bermasalah

Pakatan rapuh punca pembangkang bermasalah

SUNGAI PETANI 17 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi dalam kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

Beliau berkata, pakatan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana kerjasama antara pakatan pembangkang hanyalah membenci Barisan Nasional (BN).

"Tapi itu tak boleh menjadi asas untuk bertahan lama sebab bila mereka ada perbezaan pendapat dan pendirian yang begitu fundamental maka lambat-laun akan timbul percanggahan yang ketara antara satu sama lain," katanya.

Presiden UMNO itu berkata demikian selepas melancarkan Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri mengulas mengenai perkembangan politik membabitkan parti-parti pembangkang yang dilihat menghadapi pelbagai masalah termasuk dalam usaha untuk bekerjasama antara mereka.

Najib berkata, pakatan rapuh itu berbeza dengan BN yang sentiasa bekerjasama kerana mempunyai satu dasar sahaja yang diterima oleh semua parti komponen.

"Inilah sebabnya, pakatan mereka rapuh tidak seperti BN kerana kita ada satu dasar sahaja dan dasar itu diterima oleh semua parti komponen BN," jelasnya.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, beliau berkata, Perhimpunan Agung UMNO lalu menyuntik semangat ahli-ahli parti tersebut kepada tahap yang begitu tinggi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya berharap mereka akan membawa (semangat itu) ke kawasan masing-masing dan teruskan usaha kita untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya dan buat kerja seperti diarahkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pas berubah selepas bersama Anwar, DAP

Posted:

Pas berubah selepas bersama Anwar, DAP

Pas berubah selepas bersama Anwar, DAP

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan perkembangan itu kerana sejak Pas bersekutu dengan Anwar serta DAP, parti tersebut telah mengalami perubahan drastik sehingga ke tahap terpaksa mengorbankan agenda perjuangan Islam.

"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.

"Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang mengulas cabaran Hasan dalam usahanya memartabatkan Islam di Selangor.

Bagaimanapun, pendirian Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Pas sehingga namanya disebut-sebut digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris telah menyerang Hasan dengan mendakwa kenyataan bekas Naib Presiden Pas itu seolah-olah menggambarkan parti itu tidak lagi mempertahankan Islam.

Mohamed Hafiz berkata, pemimpin-pemimpin lain yang sepatutnya meninggalkan Pas dan bukannya Hasan kerana disebabkan mereka matlamat asal perjuangan Pas telah berubah.

"Mereka ini diumpamakan anai-anai di dalam parti dan ia pernah disebut oleh Salahuddin Ayub ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar parti 2005.

"Di dalam muktamar itu saya memberi sokongan penuh terhadap kenyataan itu," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Hafiz berkata, sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi menyokong penuh tindakan Hasan di Selangor kerana itulah agenda asal perjuangan Pas.

"Ini bukan saya yang kata tetapi ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang kata. Saya tidak nafikan ada yang menyokong pemimpin-pemimpin Pas Pusat tetapi harus diingat sebahagian besar mereka berdiri teguh di belakang Dr. Hasan. Mereka melihat Dr. Hasan telah melakukan sewajarnya untuk Islam

"Begitu juga nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Beliau juga masih mendapat sokongan daripada ahli di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, mereka disisihkan kerana berusaha memperjuangkan sesuatu yang amat bertentangan dengan perjuangan Anwar dan DAP.

Sementara itu Mohamed Hafiz berkata, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam.

"Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan.

"Cuba lihat kenyataan-kenyataan pemimpin daripada kedua-dua parti itu. Apa pendirian mereka terhadap Islam? Mustahil pemimpin Pas tidak menyedari tentang perkara ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved