Jumaat, 16 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas Terengganu turut persoal

Posted:

Pas Terengganu turut persoal

Pas Terengganu turut persoal

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Pas Terengganu hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu mencetuskan isu kononnya Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada senarai calon Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut mengakui berasa pelik dengan perkembangan tersebut dan menyifatkan pihak terbabit sebagai memandai-mandai kerana menimbulkan isu yang sebenarnya tidak berlaku.

Ini kerana, jelas beliau, Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor masih seorang ahli dan juga pemimpin Pas yang sah.

"Siapa yang mengatakan beliau (Hasan) gugur dari senarai. Saya sendiri pun tak tahu lagi sama ada jadi calon atau tidak, benda belum putus lagi.

"Kalau dia mendahului, ini yang timbul masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Sultan Ismail oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Abdul Wahid diminta mengulas isu membabitkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu yang dikatakan telah digugurkan daripada senarai calon parti tersebut menghadapi PRU13.

Berita pengguguran Hasan mula tersebar selepas beberapa blog memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan.

Abdul Wahid turut menyifatkan isu berkenaan sebagai perkara kecil dan mampu ditangani oleh Pas dalam usaha meneruskan perjuangan parti.

"Ini perkara kecil. Sekarang ini kita dalam proses untuk selesaikan masalah. Soal calon adalah perkara belum lagi kita putuskan dan kita tak boleh mendahului perkara belum kita putus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

200 berhimpun desak Kor Ming mohon maaf

Posted:

200 berhimpun desak Kor Ming mohon maaf

200 berhimpun desak Kor Ming mohon maaf

IPOH 16 Dis. - Kira-kira 200 ahli Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat DAP Perak di sini hari ini bagi mendesak Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kerana mempersenda kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, mereka juga menggesa Ahli Parlimen Taiping itu bertanggungjawab terhadap kenyataannya menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran 'Hitam Metalik' dan 'haram jadah' baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli berkata, kenyataan Kor Ming itu sangat tidak beradab kerana mempersenda kedaulatan negeri Perak, malah semakin berani menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Katanya, walaupun Kor Ming telah meminta maaf sebelum ini, namun permohonan maaf itu kelihatan tidak ikhlas dan dilakukan secara sambil lewa.

"Kami mahu dia mohon maaf secara rasmi, jumpa Menteri Besar dan minta maaf dengan dia. Selain itu dia juga perlu bertanggungjawab kerana mempersendakan kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

"Jika dia tidak suka dengan negeri ini, dia boleh keluar malah dia tidak layak langsung tinggal di negeri berdaulat ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil DAP Perak, Cheah Poh Hiun di pintu masuk pejabat berkenaan hari ini.

Mereka yang berkumpul hampir satu jam sejak pukul 3 petang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Jangan Biadap, Penderhaka Sultan', 'Jangan Hina Kedaulatan Negeri Perak', 'Jangan Hina Melayu' dan 'Jangan Mulakan Politik Maki Hamun'.

Halim menambah, sebagai ahli politik, Kor Ming tidak wajar bersikap biadap dengan menjadikan isu sensitif berkaitan peribadi pemimpin sebagai agenda dalam menyuburkan benih kebencian di kalangan rakyat.

Justeru katanya, sekiranya Kor Ming enggan memohon maaf kepada Zambry dan seluruh rakyat negeri ini, gerakan tersebut tidak akan berakhir di sini malah diteruskan dalam kuantiti yang lebih ramai.

"Kor Ming perlu berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Jangan suburkan politik kebencian kerana ia akan menggugatkan keharmonian negara," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved