Jumaat, 16 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Posted:

Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


GAMBAR yang diambil daripada sebuah laman web, perkahwinan pasangan gay melibatkan seorang pemuda Melayu dan lelaki Inggeris bergambar bersama jemputan di suatu lokasi dipercayai di luar negara.


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Imigresen terus gempur Awang Hitam

Posted:

Imigresen terus gempur Awang Hitam

Imigresen terus gempur Awang Hitam


Operasi memberkas warga asing yang tidak mempunyai dokumen di kawasan perumahan di Sungai Chua, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 16 Dis. - Sikap bertanggungjawab penghuni Pangsapuri Sri Lavender, Sungai Chua di sini yang segera melaporkan lambakan warga Afrika di kawasan mereka kepada pihak berkuasa membolehkan seramai 21 warga asing termasuk 11 Awang Hitam tanpa dokumen perjalanan yang sah ditangkap.

Pangsapuri yang dikatakan menjadi lokasi baru warga Afrika itu digempur Bahagian Penguat Kuasa, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen pada pukul 10 malam tadi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Jurucakap jabatan itu berkata, pemeriksaan terhadap pangsapuri berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan penduduk yang curiga dengan kehadiran terlalu ramai warga Afrika dan warga asing lain sejak awal tahun ini.

Menurutnya, berikutan itu operasi bagi mengesan mereka yang tidak mempunyai pasport dan melakukan kesalahan lain telah dilakukan sebelum berjaya menahan 21 orang termasuk tiga wanita Afrika.

"Dalam pemeriksaan itu, kami terpaksa memecah pintu rumah tertentu apabila penghuninya tidak memberi kerjasama, malah sebahagian besar warga asing enggan memberi kerjasama dan tidak menghormati undang-undang negara ini.

"Hasil pemeriksaan itu, 21 orang yang terdiri daripada 11 warga Nigeria, Bangladesh (7), dan Libya (3) ditahan kerana tidak mempunyai pasport dan hanya memiliki pas pelajar," katanya kepada pemberita selepas serbuan di sini awal pagi ini.

Dalam operasi itu, warga asing yang diperiksa turut mempertikai tindakan pihak berkuasa walaupun sebilangan besar daripada mereka hanya mampu menunjukkan pelbagai kad termasuk kad pelajar ketika diperiksa.

Sebahagian kad-kad yang ditunjukkan juga gagal membuktikan kesahihannya dan menimbulkan rasa curiga anggota penguatkuasa.

Jurucakap itu menambah, kesemua warga asing terbabit akan ditahan selama 14 hari di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved