Jumaat, 16 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buang sikap angkuh, ego

Posted:

Buang sikap angkuh, ego

Buang sikap angkuh, ego

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 16 Dis. – Ahli UMNO perlu membuang sikap angkuh, ego dan mementingkan kumpulan sendiri jika mahu melihat parti itu serta Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di negara ini.

Ketua Cawangan UMNO Felda Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, mereka harus menjiwai roh UMNO itu sendiri yang berpegang kepada semangat nasionalisme dalam membela, bangsa, agama dan negara.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melihat ada kalangan mereka yang mahu menjadi ahli kerana 'ada udang di sebalik batu'.

"Seharusnya mereka menjadi ahli UMNO tulen untuk memastikan parti keramat itu kekal relevan dan digeruni pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkata, para pemimpin sama ada di peringkat cawangan atau bahagian perlu menguatkan saf parti supaya UMNO terus kekal berada dihati rakyat.

Tambahnya, mereka perlu fokus dengan teras perjuangan supaya apa juga hasrat akan tercapai dan impaknya memberi kesan dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Katanya, ahli UMNO perlu menunjukkan keikhlasan mereka dengan memperkukuhkan jentera di bahagian dan sayap dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

40 kanak-kanak dirai dalam majlis berkhatan

Posted:

40 kanak-kanak dirai dalam majlis berkhatan

40 kanak-kanak dirai dalam majlis berkhatan


KANAK-KANAK bersama pasukan perubatan Klinik Kesihatan, JKKK dan ibu bapa masing-masing pada majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Melayu Damak, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 16 Dis. – Seramai 40 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun diraikan dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Melayu Damak, dekat sini baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan perarakan bunga manggar apabila kanak-kanak yang diiringi ibu bapa masing-masing masuk ke Klinik Kesihatan Kampung Damak dan kemudian disiram dengan air daripada pasukan sukarela Bomba dan Penyelamat Damak.

Kumpulan kanak-kanak yang menyertai majlis itu terdiri daripada Kampung Melayu Damak, Kampung Cengkuak, Kampung Jaya Putera, Kampung Som, Kampung Bukit Batu dan Kampung Hulu Cheka.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu Damak, Panel Klinik Kesihatan Damak dan Pertubuhan Belia Wawasan kampung tersebut.

Ketua Kampung Melayu Damak, Razlan Pasadi, 44, berkata, majlis itu merupakan kali keenam dianjurkan JKKK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali gus dijadikan acara tahunan berikutan sambutan diterima meningkat sejak ia diperkenalkan.

''Majlis ini dilaksanakan untuk memudahkan ibu bapa yang tinggal di Mukim Hulu Cheka dan pedalaman terbabit menghantar anak-anak mereka berkhatan di klinik di sini.

''Selain itu, ia diadakan sempena cuti persekolahan di samping mengadakan kegiatan amal anjuran NGO di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini.

Menurutnya, seorang kanak-kanak dikenakan bayaran RM20 sahaja dan JKKK menampung perbelanjaan lain termasuk menyumbangkan kain kepada golongan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Empower bantu pelajar cemerlang

Posted:

Empower bantu pelajar cemerlang

Empower bantu pelajar cemerlang


MOHD. Pauzi Abu Hussaini (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Syafinaz Fauzi Fong (tiga kiri) sambil disaksikan S. Sivaganesh (kanan) di Kampung Keledek, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 16 Dis. – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memilih keluarga mualaf, Fauzi Fong Abdullah, 54, di Kampung Keledek di sini untuk menyertai Program Anak Harapan di bawah kendalian Empower.

Pengurus Empower Lipis, S. Sivaganesh berkata, pemilihan Fauzi dibuat memandangkan individu tersebut tidak boleh bekerja berikutan kemalangan jalan raya sebelum ini dan bergantung hidup kepada isterinya, Rohani Salleh, 43, yang bekerja sebagai pembantu kedai.

''Isteri Fauzi hanya memperoleh upah bulanan sebagai pembantu kedai sebanyak RM400 untuk membesarkan empat anak yang masing-masing berusia tujuh hingga 20 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan persekolahan kepada anak Fauzi, Syafinaz, 12, yang memperoleh 6A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Mohd. Pauzi Abu Hussaini, di sini baru-baru ini.

Katanya, pihaknya terpanggil memberi perhatian kepada Syafinaz dengan menyertai kelas tuisyen program kecemerlangan Anak Harapan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Padang Tengku dekat sini.

Tambahnya, murid cemerlang itu menunjukkan hasil membanggakan dalam peperiksaan tersebut ketika belajar di darjah Enam di sekolah terbabit.

Dalam pada itu, Mohd. Pauzi berkata, pihak berkenaan menyediakan segala kemudahan pembelajaran kepada keluarga tersebut supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

''Kerajaan negeri menerusi ECERDC tidak terlepas pandang dengan penderitaan keluarga itu.

''Menerusi Empower, agensi tersebut menyediakan suasana pembelajaran kondusif di rumah termasuk perbelanjaan menghadiri kelas tuisyen serta motivasi kepada pelajar berkenaan," katanya.

Katanya, bantuan itu dapat meringankan beban Syafinaz yang akan ke sekolah menengah nanti, sekali gus membolehkan keluarga terbabit menyediakan keperluan sekolah untuk tiga orang lagi anak mereka pada tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved