Jumaat, 16 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Abdul Khalid 'terkedu' dikritik

Posted:

Abdul Khalid 'terkedu' dikritik

Abdul Khalid 'terkedu' dikritik

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my

KUALA SELANGOR 16 Dis. - Kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sesi dialog di sini hari ini disambut dengan kritikan pedas oleh para pemimpin masyarakat dan penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Malah soalan dan kritikan bertubi-tubi yang diajukan rakyat mengenai kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran yang diterajui Abdul Khalid pada Sesi Dialog Bersama Pegawai Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat yang berlangsung lebih dua jam di Stadium Tertutup Kuala Selangor itu menyebabkan beliau 'terkedu'.

Antara soalan yang dibangkitkan ialah masalah harga premium tanah yang terlalu mahal sehinggalah kepada masalah kontraktor Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) yang masih tidak menerima bayaran tertunggak daripada pihak majlis daerah.

Wakil dari Sungai Burong, Md. Yatim Said berkata, pihaknya kecewa kerana kerajaan negeri mengenakan kadar premium tanah yang terlalu tinggi berbanding semasa pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

"Ketika pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, kadar premium tanah hanya RM5,500 untuk satu lot tetapi kerajaan negeri hari ini mengenakan kadar premium yang jauh lebih mahal iaitu sebanyak RM55,000 satu lot.

"Jadi kami memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar premium tanah bagi meringankan beban rakyat," katanya.

Turut hadir pada sesi dialog tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Mohd. Misri Idris dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Dalam pada itu, sesi dialog bertambah panas apabila wakil kontraktor Alam Flora, Ridhuan Abdullah tampil mempertikaikan kelemahan kerajaan negeri yang sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan masalah bayaran tertunggak selama 17 bulan kepada mereka.

Katanya, pihaknya kecewa kerana selepas beberapa kali mengadu dan berjumpa dengan beberapa Exco serta pegawai kerajaan negeri, mereka hanya menerima bayaran untuk dua hingga tiga bulan.

"Malah, kami juga ada menghantar surat aduan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah pun membalas surat tersebut dengan memanjangkan aduan itu kepada Menteri Besar, tetapi malangnya tidak ada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri," tegasnya.

Sementara itu, ketika menjawab kenyataan Ridhuan, Abdul Khalid berkata, proses pembayaran tersebut terpaksa ditunda kerana pihaknya sedang menyiasat laporan audit yang mendakwa kos pembayaran untuk kontraktor tersebut meningkat sebanyak 40 peratus bagi 2009 dan 2010.

Mohd. Misri yang menjawab mengenai premium tanah pula berkata, harga premium itu ditentukan berdasarkan nilai tanah yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian.

Full content generated by Get Full RSS.

TNB teruskan projek pencawang di Mahkota Cheras

Posted:

TNB teruskan projek pencawang di Mahkota Cheras

TNB teruskan projek pencawang di Mahkota Cheras


Rozimi Rameli memberi penerangan mengenai pelaksanaan projek pembinaan talian atas di Taman Mahkota Cheras, Selangor di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan projek pembinaan menara ke pencawang masuk utama (PMU) di Taman Mahkota Cheras dekat sini yang tertangguh sejak dua tahun lalu akibat bantahan penduduk setempat.

Naib Presiden Transmisinya, Datuk Rozimi Rameli berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

"MTES memutuskan supaya jajaran asal dikekalkan setelah mengambil kira pandangan penduduk terlibat serta ulasan teknikal daripada pihak konsultan iaitu Ikram Sdn. Bhd.

"Berdasarkan kajian terperinci Ikram, pelaksanaan projek di lokasi yang terletak di Bukit Sungai Puteh Tambahan itu adalah selamat, malah akan mengukuhkan lagi kestabilan cerun," katanya pada sidang akhbar khas bagi menjawab isu tersebut di sini, hari ini.

Projek yang bernilai RM91 juta itu bertujuan mengukuhkan sistem bekalan elektrik di sekitar kawasan Cheras dan Balakong yang telah mencapai tahap kritikal untuk menampung keperluan 400,000 pengguna.

Sebelum ini, penduduk sekitar Taman Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya dan sekitarnya membantah jaringan asal projek itu kerana risau akan terdedah kepada ruang elektrik dan magnetik (EMF) serta mengganggu kestabilan cerun di kawasan terbabit.

Projek yang telah dimulakan sejak 2008 itu sepatutnya siap Oktober 2010. Ia akan disambung semula Januari depan dan dijangka siap Ogos tahun yang sama. Status kemajuannya ketika ini adalah pada tahap 65 peratus.

Sementara itu, menurut Rozimi, TNB menjangka kadar penggunaan elektrik di Lembah Klang akan meningkat empat hingga lima peratus setiap tahun ekoran kepadatan serta tumpuan aktiviti di kawasan itu.

"Ketika ini penggunaan dalam kawasan tersebut adalah pada kadar 7,000 megawat (Mw) yang mana ia mewakili dua pertiga daripada keseluruhan penggunaan di Malaysia.

"Oleh itu, kami mahu memastikan aliran elektrik berkekalan pada tahap yang baik," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga kota diingatkan berjaga-jaga kemungkinan banjir

Posted:

Warga kota diingatkan berjaga-jaga kemungkinan banjir

Warga kota diingatkan berjaga-jaga kemungkinan banjir

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Warga kota diminta berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan sekiranya hujan lebat turun berterusan selama sejam tanpa henti.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, banjir dijangka berlaku sekiranya hujan tersebut melebihi paras 100 milimeter.

"Justeru, kami minta orang ramai tidak berada di kawasan yang rendah sekiranya hujan lebat turun tanpa henti. Ini bagi mengelakkan mereka berhadapan dengan kemungkinan berlaku banjir," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas banjir kilat yang melanda ibu kota kelmarin ekoran hujan lebat berterusan selama dua jam sehingga mengakibatkan beberapa laluan utama ditenggelami air.

Enam lokasi diletakkan tanda amaran banjir di sekitar bandar raya iaitu di Kampung Baru, Jalan Tun Razak (berhampiran Perpustakaan Negara), Jalan Raja, Dang Wangi, Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menghubungi bilik gerakan DBKL untuk mengetahui perkembangan terkini.

"Orang ramai boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL di bilik gerakan Jalan Tun Razak menerusi talian kecemasan 03-4024 4424, 03-4022 0055 atau telefon bimbit 019-212 0031 yang beroperasi 24 jam," jelasnya.

Semalam, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui dilaporkan berkata, hujan lebat di sekitar ibu kota dijangka berterusan hingga Ahad ini dan amaran ribut petir serta hujan lebat ditingkatkan kepada peringkat jingga iaitu yang boleh menyebabkan berlaku banjir kilat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved