Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tipu di Malaysia, mewah di Afrika

Posted:

Tipu di Malaysia, mewah di Afrika

Tipu di Malaysia, mewah di Afrika


PIHAK penguat kuasa menyoal siasat beberapa warga Afrika yang disyaki terlibat dalam penipuan menggunakan Internet di Ampang, dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.



PENIPUAN yang dilakukan warga Afrika di negara ini bukan perkara baru malah ia semakin serius apabila sebanyak RM29 juta kerugian telah dicatat dari Januari sehingga Oktober tahun ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan wang penipuan itu dan modus operandi yang dilakukan warga dari benua tersebut, ikuti kupasan wartawan Mingguan Malaysia, ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED menerusi laporan khas yang disediakan.

Turut dikongsikan pengalaman anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ketika berhadapan dengan penjenayah rakyat Afrika yang lebih besar bentuk fizikal serta agresif.

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Kaya raya dengan menipu rakyat Malaysia - inilah yang dilakukan oleh seorang warga Afrika apabila dia mampu membina sebuah banglo dan sebuah hotel bertaraf lima bintang bernilai RM400 juta di negaranya selepas melakukan penipuan di Malaysia.

Difahamkan, lelaki itu tiba hanya sehelai sepinggang di negara ini pada 2008 dan dalam tempoh enam bulan sahaja, dia bergelar jutawan dan kini menjadi idola golongan muda sebuah negara di Afrika kerana kejayaannya itu.

Kes melibatkan lelaki Awang Hitam itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berdasarkan rekod, kegiatan penipuan warga Afrika itu semakin serius dan ia menjadi keutamaan setiap kali siasatan dijalankan pasukan itu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Insentif RM30j untuk siswazah

Posted:

Insentif RM30j untuk siswazah

Insentif RM30j untuk siswazah

Oleh SAHBULAH DARWI dan OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak memberi makan ikan tilapia pada majlis Pelancaran Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia Siswazah di UiTM Kampus Kedah di Merbok, semalam. Turut hadir Noh Omar dan Mohamed Khaled Nordin. - MINGGUAN/HALIM KHALID


SUNGAI PETANI 17 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta sebagai insentif untuk meningkatkan lagi penyertaan golongan siswazah dalam bidang pertanian.

Beliau berkata, insentif berkenaan merupakan tambahan daripada peruntukan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini untuk membangunkan sektor pertanian negara.

Selain itu, katanya, peruntukan baharu terbabit juga merupakan sokongan penuh kerajaan terhadap penubuhan Kelab Usahawan Tani atau MyAgrosis yang dilancarkan hari ini.

"Dalam usaha kerajaan untuk menyokong penuh Kelab Myagrosis mencapai matlamat, saya telah mencadangkan agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya iaitu FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), Agrobank dan Tekun Nasional bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan inisiatif meningkatkan pengeluaran pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kedah di Merbok, dekat sini hari ini.

Hadir bersama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau berkata, peruntukan RM30 juta itu ialah tambahan RM10 juta bagi Inisiatif Dana Pembiayaan Usahawan Tani Agrobank sebagai pinjaman mudah, RM10 juta untuk dana khas daripada Tekun Nasional manakala RM10 juta lagi peruntukan kementerian bagi meningkatkan kemudahan pertanian.

Perdana Menteri berkata, negara amat memerlukan lulusan institut pengajian tinggi berkecimpung secara langsung dalam bidang keusahawanan tani.

Katanya, langkah tersebut bukan saja dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara tetapi turut membantu mengurangkan defisit serta kebergantungan terhadap bekalan makanan import.

Sementara itu, Perdana Menteri melahirkan rasa yakin Kelab MyAgrosis akan mendapat sambutan memandangkan keahliannya kini telah mencapai 10,000 orang dan dijangka meningkat kepada 20,000 orang pada tahun depan.

"Fenomena ini boleh membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik. Malah, saya yakin, mereka bijak mengenal pasti peluang-peluang dalam pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dr. M cabar Anwar bersumpah

Posted:

Dr. M cabar Anwar bersumpah

Dr. M cabar Anwar bersumpah

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


DR. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai selepas majlis perasmian Multaqa Wedatul Ummah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved