Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


'Untuk apa bersumpah'

Posted:

'Untuk apa bersumpah'

'Untuk apa bersumpah'

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my

PULAU PINANG 18 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Menurutnya, perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.

"Untuk apa bersumpah? Ini soal rasuah, soal jenayah. Jawapannya bukan dengan bersumpah.

"Kita tahu hukum mufti. Ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang, di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mencabar Ketua Pembangkang itu bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri tersebut pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Anwar memberitahu, permintaan supaya surat yang dimaksudkan itu ditunjukkan pula, dianggapnya sebagai satu perangkap.

"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu.

"Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penasihat PKR perlu sahut cabaran Dr. M

Posted:

Penasihat PKR perlu sahut cabaran Dr. M

Penasihat PKR perlu sahut cabaran Dr. M

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

''Kalau kita tengok, segala isu yang Anwar cuba mainkan sangat bersifat dendam terhadap Dr. Mahathir, jadi buat apa lagi beliau duduk dalam politik ekoran beliau tidak pernah membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.

''Justeru dalam isu kononnya Dr. Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu, telah terang dan jelas yang Anwar cuba memainkan isu peribadi. Jadi wajarlah beliau berhenti daripada politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mencabar Anwar memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Mengulas lanjut, beliau percaya, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut memandangkan isu itu sememangnya tidak benar dan dakwaan tersebut hanya strategi untuk mengganggu kepercayaan rakyat terhadap Dr. Mahathir dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, pemerhati politik, Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan tindakan Anwar membuat dakwaan seumpama itu hanyalah untuk mempengaruhi umum dengan berharap orang ramai akan berasa curiga terhadap kepimpinan BN yang dibawa oleh Dr. Mahathir.

Jelas beliau, Anwar yakin tindakannya itu berkemungkinan mengganggu gugat kewibawaan kerajaan BN terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

''Namun saya masih berpendirian jika Anwar seorang pemimpin yang dihormati, beliau harus menerima cabaran Dr. Mahathir, paling tidak menyatakan pendiriannya sendiri,'' katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah Ketua Pembangkang itu lagi kerana dakwaan tersebut hanya untuk menjatuhkan reputasi Dr. Mahathir.

Kata beliau, Anwar sebenarnya sekarang semakin risau apabila melihat rakyat sudah mula nampak kebenaran situasi 1999 itu, iaitu siapa dalang dan siapa yang benar.

''Anwar dari dulu cemburukan Dr.Mahathir, jadi memang kerja beliau nak buat macam-macam isu. Strateginya adalah untuk menjatuhkan musuh nombor satu iaitu Dr. Mahathir.

''Kalau Anwar berjaya menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu, beliau sangka akan mendapat tempat semula sebagai orang nombor satu di Malaysia. Tetapi Anwar silap kerana rakyat sekarang sudah semakin bijak," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved