Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ilham cinta pada wajah

Posted:

Ilham cinta pada wajah

Ilham cinta pada wajah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KREATIF, unik dan anggun. Itu adalah konsep koleksi percutian Shu Uemura oleh Wong Kar Wai. Pengarah dan penulis filem, Kar Wai berjaya meletakkan koleksi ini pada kelas mewah.

Gambaran itu jelas terpancar pada wajah model dan artis Taiwan, Sandrinne Pinna.

Segalanya nampak mewah dan berani dengan penggunaan warna lipstik merah terang dan pembayang mata dengan warna yang berkilat.

Mendapat khidmat solekan Pengarah Artistik Antarabangsa Shu Uemura, Kakuyasu Uchiide, wajah Sandrinne lebih nampak bertenaga, ghairah dan penuh dengan perasaan cinta.

Kakuyasu cuba menyembunyikan perasaan itu pada warna merah di bibir Sandrinne.

Lazimnya Shu Uemura lahir dengan idea yang ringkas dan artistik. Tetapi kali ini berbeza, koleksinya tampil dengan imej yang lebih klasik dan dramatik.

Koleksi ini lambang cinta dan fantasi. Sesuai dengan konsepnya, ia menyerlahkan si pemakai agar tampil anggun dan cantik.

Sementara itu, koleksi percutian ini sesuai bagi wanita yang ingin menonjolkan sifat romantik dalam diri.

Ia hadir dengan pembersih wajah asas minyak, pembayang mata, lipstik, bedak berkilat, pengilat kuku dan bulu mata palsu.

Pembayang mata pula hadir dalam enam warna yang berbeza mengikut fungsinya.

Manakala bulu mata berkilat tampil berbeza daripada biasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Dian sentiasa bersyukur

Posted:

Dian sentiasa bersyukur

Dian sentiasa bersyukur

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Dia memiliki wajah ayu, muda dan bergaya. Walaupun mempunyai darah kacukan Siam dan India, jiwa Melayu dekat dengan dirinya.

Bicaranya matang dan bersahaja membuatkan ramai mudah mendekatinya.

Bercita-cita menjadi pereka fesyen dan pelukis terkenal, Hardiana Hidayah Azni, 25 yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Halus mahu dirinya dikenali ramai menerusi bakatnya.

Lebih mesra dengan panggilan Dian Azni, anak kelahiran Pulau Pinang ini menganggap bidang seni halus sangat mencabar.

"Sebagai seorang yang baru menceburi bidang ini, sangat sukar untuk mendapat tawaran. Tanpa disedari, banyak bakat-bakat yang wujud di sekeliling kita.

"Setiap orang ada keunikan masing-masing. Jurugambar serta khalayak ramai juga ada minat yang berbeza-beza. Jika Allah mengizinkan kita untuk mendapat apa-apa tawaran, Alhamdulillah, itu rezeki kita. Tetapi jika kita terlepas apa-apa peluang, janganlah pula berputus asa dan bersangka buruk terhadap orang yang membuat keputusan. Saya sering mengingati diri saya yang saya bukanlah yang terbaik, dan saya perlu sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dari orang lain," ujarnya.

Sebagai remaja yang meningkat dewasa, Dian Azni juga menitik beratkan soal penjagaan kecantikan.

Baginya, kecantikan datang daripada dalaman diri seseorang itu.

"Saya tidak terlalu fasih tentang barangan kecantikan, hanya menggunakan produk Safi Balkis dari dulu lagi. Alhamdulillah kulit saya tidak ada apa-apa masalah, jadi mudah untuk dijaga. Selebihnya saya banyak minum air mineral dan elakkan makan masakan berminyak," katanya.

Berkongsi rahsia tentang resipi penjagaan diri, Dian Azni sering bersenam ringan seperti stretching setiap pagi dan sekali-sekala berjoging.

Di sebalik kelembutannya, Dian Azni juga gemar mendaki bukit.

"Aktiviti luar inilah yang banyak membantu saya mendapatkan berat badan yang ideal. Selain itu, kebetulan juga berat badan saya pula susah naik walaupun saya tidak boleh hidup tanpa makan nasi walaupun sehari. Alhamdulillah, berat badan saya tetap tidak berubah banyak," katanya mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved