Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


310 ahli PKR keluar parti

Posted:

310 ahli PKR keluar parti

310 ahli PKR keluar parti

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


Sebahagian daripada 310 ahli PKR yang mengumumkan keluar daripada parti itu di Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Dis. - Seramai 310 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Gelugor hari ini mengambil keputusan mengikut jejak langkah 'bos' mereka, Lim Boo Chang keluar dari parti itu.

Mereka yang majoriti orang Melayu mengisytiharkan keluar PKR serta-merta selepas hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.

Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Geluagor, Roslan Rahmanshah berkata, parti itu dilihat gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat walaupun sudah memerintah Pulau Pinang hampir empat tahun.

"Dulu mereka janji akan buat perubahan dengan nama Pakatan Rakyat (PR) tapi corak pemerintahan di negeri ini lebih banyak memihak kepada kerajaan DAP.

"Buktinya, Boo Chang dituduh keluar parti berikutan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ini merupakan satu pembohongan sedangkan tarikh PRU13 masih belum diketahui tapi kerajaan DAP Pulau Pinang sudah mula bercakap soal calon," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rabu lalu, Boo Chang yang merupakan Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor, mengisytiharkan keluar parti.

Roslan menambah, bagi meneruskan perjuangan membela kebajikan rakyat, mereka menubuhkan sebuah pertubuhan baru dinamakan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Negeri Pulau Pinang.

Beliau yang juga pengerusi pertubuhan tersebut menjelaskan, mereka tidak akan bergabung dengan mana-mana parti politik.

Namun, katanya, mereka akan membantu Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Bayan Baru yang merupakan calon Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam kerja-kerja kebajikan.

Full content generated by Get Full RSS.

5 kedai di Jalan Pantai Chenang terbakar

Posted:

5 kedai di Jalan Pantai Chenang terbakar

5 kedai di Jalan Pantai Chenang terbakar


Orang ramai melihat anggota bomba memadam kebakaran di lima premis perniagaan termasuk kedai pakaian dan kraf tangan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi kelmarin.


LANGKAWI 17 Dis. - Lima buah premis termasuk dua kedai menjual pakaian di Jalan Pantai Chenang di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku semalam.

Kebakaran yang berlaku pukul 12 tengah hari itu turut memusnahkan kedai buku, spa dan kedai cenderamata yang masing-masing baru memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, premis-premis lain daripada keseluruhan 19 buah kedai sederet itu berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Langkawi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Langkawi, Mohd. Yunus Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 12.13 tengah hari oleh orang awam.

Menurutnya, tiga jentera bersama 20 anggota dari Balai Langkawi dan Balai Persiaran Putra dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran.

"Walaupun lokasi kejadian ini kawasan tumpuan pelancong namun, tiada kecederaan berlaku. Ketika kejadian, kebanyakan peniaga baru bersiap sedia untuk memulakan perniagaan masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Yunus berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga India hilang segalanya

Posted:

Warga India hilang segalanya

Warga India hilang segalanya

ALOR SETAR 17 Dis. - Seorang lelaki warga India tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Putra di sini terbakar semalam.

Dalam kejadian pukul 10.11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Sevugancheety, 68, tiada di rumah kerana baru keluar ke kedai berhampiran, manakala rakan serumahnya sedang bekerja.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kebakaran itu sebaik sahaja dimaklumkan rakannya.

"Saya baru sahaja keluar dari bilik kira-kira 10 minit sebelum itu dan saya tidak tahu punca kejadian kerana sebelum keluar, rumah dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia tidak melakukan sebarang pekerjaan dan sudah 15 tahun menetap di Kedah.

Menurut Sevugancheety, dia mungkin terpaksa menumpang di rumah rakannya untuk sementara waktu berikutan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Mohd. Supuri Din berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.34 pagi.

"Tiga buah jentera dari Balai Bomba Jalan Tun Razak dan sebuah daripada Balai Bomba Jalan Raja dengan kekuatan 17 orang anggota berjaya memadamkan kebakaran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved