Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Akhirnya mereka dapat CF

Posted:

Akhirnya mereka dapat CF

Akhirnya mereka dapat CF

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Penduduk Taman Sri Tanjung menunjukkan CF yang mereka peroleh pada majlis penyerahannya di Semenyih baru-baru ini.


SEMENYIH 18 Dis. - Penantian penduduk di Taman Sri Tanjung di sini selama 20 tahun untuk mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CF) bagi rumah mereka berakhir dengan khabar gembira baru-baru ini.

Bagaimanapun, hanya 54 unit rumah daripada keseluruhan kira-kira 800 buah yang terdapat di taman perumahan itu mendapat sijil berkenaan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) baru-baru ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Tanjung, Karim Labu berkata, pihaknya akan berusaha supaya lebihan penghuni yang belum memiliki CF akan memperolehinya dalam masa terdekat ini.

"Perbincangan seterusnya akan dilakukan dengan MPkj dan penduduk dalam masa terdekat ini.

"Perbincangan pernah dilakukan sebanyak dua kali bersama penduduk, MPKJ dan pihak pemaju," katanya selepas penyerahan sijil berkenaan kepada penduduk dalam majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, Omar Osman, 72, berkata, beliau sudah lama menunggu saat ini kerana tempoh 20 tahun adalah satu jangka masa yang lama.

"Saya bersyukur kerana akhirnya dapat memiliki CF walaupun terpaksa tunggu lama," katanya.

Chow Chong Fong, 39, turut melahirkan kegembiraannya apabila rumah yang dihuni selama ini akhirnya mendapat CF.

"Saya rasa bertuah menerima CF tetapi bersimpati kerana jiran saya belum mendapatnya lagi," katanya.

Sebelum ini penghuni Taman Sri Tanjung terpaksa menunggu selama 20 tahun untuk memperoleh sijil berkenaan kerana terdapat masalah yang dihadapi oleh pemaju dan MPKJ.

Full content generated by Get Full RSS.

DBKL arah kontraktor punca banjir henti kerja

Posted:

DBKL arah kontraktor punca banjir henti kerja

DBKL arah kontraktor punca banjir henti kerja


PELAJAR yang menerima sumbangan persediaan ke sekolah anjuran YPC dan Pergerakan Pemuda UMNO Cheras dengan kerjasama Pasaraya Giant bergambar bersama Ahmad Fuad Ismail (berbaju kuning) dan Syed Ali Alhabshee (baju gelap) di Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis arahan menghentikan kerja kepada kontraktor yang dikenal pasti menyebabkan berlaku banjir kilat di Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu di sini baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kejadian di kawasan berkenaan disebabkan tindakan kontraktor terlibat menutup longkang berhampiran tapak projek mereka bagi kerja-kerja pembangunan.

Tindakan itu, katanya telah membuatkan air melimpah akibat taburan hujan yang meningkat mendadak pada pada hari kejadian.

Beliau menjelaskan, kawasan berkenaan bukanlah antara sepuluh lokasi yang tersenarai sebagai kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir di sekitar ibu kota seperti Kampung Kasipillay, off Jalan Ipoh; kawasan Segambut Dalam/Segambut Tengah/Segambut Bahagia; Jalan Tun Razak/Jalan Gurney/Jalan Gurney Kiri dan Setapak - Jalan Air Panas/Jalan Air Madu serta Kampung Cheras Baru.

"DBKL mengakui masih ada beberapa kelemahan berhubung isu ini, namun kami sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik dari semasa ke semasa melibatkan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

"Ini termasuk memastikan tugas-tugas mengurus, menyelaras dan memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan persediaan ke sekolah 2012 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Pergerakan Pemuda UMNO Cheras dengan kerjasama Pasaraya Giant di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Pada majlis itu sebanyak 700 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Cheras menerima sumbangan berupa beg sekolah, kasut dan stokin.

Ahmad Fuad berkata, kejadian banjir di ibu kota kebanyakannya berpunca daripada sistem perparitan tersumbat oleh sampah sarap atau kelodak dan DBKL akan memastikan kerja-kerja pembersihan perangkap sampah akan dipertingkatkan daripada lima kali seminggu kepada setiap hari.

Sebelum ini, beliau menjelaskan dua pelan akan dilaksanakan pada tahun depan yang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar Jalan Tun Razak.

Pelan pertama ialah membina satu lencongan untuk mengalirkan air dari Sungai Bunus ke Tasik Titiwangsa sebelum disalurkan ke Sungai Gombak, manakala pelan kedua ialah menaik taraf dua kolam takungan di Air Panas dan Setapak Jaya bernilai RM20 juta dalam masa terdekat ini.

Kejadian banjir kilat di Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara berlaku hanya sehari selepas kejadian banjir kilat yang teruk melanda Jalan Tun Razak, di hadapan Perpustakaan Negara, pada Selasa lepas sehingga menyebabkan beribu-ribu kenderaan terperangkap.

Full content generated by Get Full RSS.

Lapan rumah musnah dalam kebakaran

Posted:

Lapan rumah musnah dalam kebakaran

Lapan rumah musnah dalam kebakaran


Rubiah Jantan sedih apabila melihat sisa barangannya yang tinggal selepas berlaku kebakaran lapan buah rumah di Kampung Rantau Panjang, Klang kelmarin.


KLANG 18 Dis. - Sebanyak 27 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila lapan rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Ahmad, Kampung Rantau Panjang, di sini malam semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 7.20 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

Seorang mangsa, Rubiah Jantan, 44, berkata, dia hanya sempat menyelamatkan sehelai baju dan dokumen penting sementara peralatan sekolah yang dibeli untuk dua orang anaknya, Muhammad Iswan Alias, 15, dan Mohd Hafis Alias, 13, musnah sekelip mata.

Dengan nada sebak ibu tunggal itu berkata, kelengkapan sekolah itu dibelinya hasil baucer pemberian Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM360 yang diperoleh baru-baru ini.

"Api marak sangat cepat dan saya tidak sempat selamatkan baju sekolah, kasut, beg dan peralatan alat tulis anak-anak yang diletakkan di atas meja di ruang tamu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketika ini, Rubiah dan mangsa kebakaran lain ditempatkan sementara di Rumah Komuniti Anti Dadah Daerah Klang di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Ishak Bakar, ketika dihubungi berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil antara yang menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan bantuan kecemasan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved