Ahad, 18 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Teroka industri di Kelantan

Posted:

Teroka industri di Kelantan

Teroka industri di Kelantan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

JELI 17 Dis. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengenal pasti beberapa industri di negeri ini yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, Penasihat MITI, Datuk Nik Zainiah Nik Abd. Rahman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan esok dengan para pengusaha dan pengilang di negeri ini bagi menjalin hubungan lebih erat bertujuan mendapatkan maklum balas pelbagai perkara melibatkan industri yang mereka ceburi.

"Kita telah mengenal pasti beberapa industri di Kelantan yang mampu dan berpotensi untuk diketengahkan serta dibawa ke peringkat antarabangsa, cuma ia memerlukan sedikit penambahbaikan.

"Pertemuan kali ini diharapkan dapat membuka lembaran baru kepada pemain industri untuk merebut peluang memasarkan produk mereka serta mengembangkan lagi perniagaan ke peringkat yang lebih jauh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penutup 'Program Creanova Famili' Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah anjuran MPC dan MIDF di Sekolah Kebangsaan Kubur Datu, Kuala Balah dekat sini. Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derashid.

Nik Zainiah berkata, pertemuan itu akan turut disertai enam agensi di bawah MITI iaitu SME Bank, SME Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Berhad (MIDF) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Katanya, penglibatan kesemua agensi itu memberi peluang kepada usahawan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai produk ataupun perkhidmatan yang disediakan bagi menambah baik perniagaan mereka.

Mengenai program hari ini, beliau memberitahu, ia menarik kedatangan kira-kira 400 penduduk daripada 10 buah kampung berdekatan untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna dan menghias kek.

Full content generated by Get Full RSS.

Hilang keyakinan, 120 ahli Pas keluar parti

Posted:

Hilang keyakinan, 120 ahli Pas keluar parti

Hilang keyakinan, 120 ahli Pas keluar parti


Awang Adek Hussin menerima borang keahlian UMNO yang diserah bekas penyokong Pas di Kampung Beoh, Bachok, semalam.


BACHOK 17 Dis. - Seramai 120 penyokong kuat Pas di Kampung Beoh di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya parti berkenaan.

Mereka turut mendakwa, tindakan tersebut dibuat berikutan pemimpin Pas gagal memperjuangkan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi yang sememangnya serba kekurangan.

Berikutan itu, mereka menyerahkan borang permohonan keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada satu majlis di kampung berkenaan hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain yang juga Pengarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat.

Menurut Mohd. Nor Jusoh, 54, pada masa ini hanya 120 penduduk yang merupakan penyokong kuat Pas, sempat mengisi borang permohonan keahlian UMNO sementara sebahagian lagi akan berbuat demikian sebaik sahaja UMNO cawangan Redang ditubuhkan tidak lama lagi.

Mohd. Nor mendakwa, mereka bertindak keluar Pas dan menyertai UMNO selepas melihat integriti parti tersebut dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat di semua peringkat.

"Pemimpin UMNO Bachok menyalurkan perkhidmatan dengan telus dan adil tanpa mengira fahaman politik sedangkan wakil rakyat setempat tidak pernah berbuat demikian.

"Pendekatan itu menyebabkan sebilangan besar penduduk kampung mula tertarik kepada perjuangan UMNO dan sanggup meninggalkan Pas yang kami sokong sejak 20 tahun lalu," katanya.

Seorang lagi bekas penyokong Pas, Mohd. Shafie Md. Noor, 34, berkata, banyak perubahan yang dibawa oleh UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 16 tahun. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu. Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan," dakwanya.

Mohd. Shafie mendakwa, jika itulah corak kepimpinan Pas, rakyat akan hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan negeri gagal urus tanah

Posted:

Kerajaan negeri gagal urus tanah

Kerajaan negeri gagal urus tanah

KOTA BHARU 17 Dis. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan tanah menyebabkan beberapa lot tanah di pinggir Kota Bharu yang berpotensi untuk dibangunkan terbengkalai dan dipenuhi semak samun.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, masalah itu timbul disebabkan kerajaan negeri tidak berani mengambil alih kebanyakan tanah tersebut yang setiap lot dimiliki oleh beberapa penama.

Jelas beliau, kebanyakan tanah tersebut terletak di kawasan penempatan awal di bandar ini iaitu di tebing Sungai Kelantan antaranya Lorong Gajah Mati, Kota Lama, Kubang Pasu serta Kampung Cina.

"Pelabur mahu tanah itu sebab lokasinya menarik. Tetapi mereka tidak berminat sebab urusan yang rumit meskipun tanah itu sebenarnya berpotensi untuk dibangunkan.

"Tanah-tanah ini kalau individu hendak ambil alih memang payah. Hanya kerajaan yang boleh selesaikan kerana mereka ada kuasa dan keupayaan untuk melakukannya," katanya kepada pemberita ketika turun padang pada Majlis Gotong-Royong Menebang Pokok di Lorong Cabang Nyior di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan teragak-agak untuk mengkaji balik keadaan tanah-tanah itu bagi dibangunkan sekiranya diberi peluang memerintah negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved