Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


PRU13: BN di landasan terbaik

Posted:

PRU13: BN di landasan terbaik

PRU13: BN di landasan terbaik

PUTRAJAYA 12 Dis. – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata, persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.

"Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang.

Perhimpunan Agung UMNO agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti UMNO kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr. Mahathir berkata, pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.

"Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya.

Ditanya sama ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr. Mahathir berkata: "Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan peranannya." Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata, ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu.

"Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun UMNO kalah banyak kerusi," katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr. Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya.

Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya.

"Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya.

Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pencalonan Hasan tidak cukup

Posted:

Pencalonan Hasan tidak cukup

Pencalonan Hasan tidak cukup

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 12 Dis. – Pas Selangor mengakui Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenaraikan sebagai calon dari negeri itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad (gambar) berkata, keputusan tidak mencalonkan Hasan dibuat kerana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat pencalonan yang mencukupi di peringkat cawangan parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, yang diwakili oleh Hasan.

''Beliau (Hasan) tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk dipilih sebagai calon. Di kawasan beliau sendiri (Gombak Setia), beliau tidak dapat pencalonan yang cukup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan senarai calon yang dikemukakan kepada pimpinan Pas Pusat sebelum ini adalah keputusan muktamad yang diputuskan oleh Pas negeri.

Sebaliknya, beliau menyatakan senarai calon itu hanya cadangan awal yang dikemukakan oleh Pas Selangor untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan Pas Pusat.

''Jika Pas Pusat mahu Hasan dipilih sebagai calon untuk bertanding, ia adalah keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan kita akan terima serta sokong.

''Tidak semestinya di kawasan Gombak Setia, kalau pimpinan Pas Pusat mahu beliau dicalonkan di kawasan lain pun, kita tidak ada masalah," katanya.

Pada 10 Disember lalu, Mingguan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas Pusat.

Selain itu, Pas Pusat juga dikatakan akan menggugurkan beberapa pemimpin lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat lalu, sebuah portal berita propembangkang melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU13.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved