Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Orang Asli sokong BN

Posted:

Orang Asli sokong BN

Orang Asli sokong BN

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com


Ismail Sabri Yaakob ketawa melihat gelagat seorang pelajar perempuan yang sedang mencuba tudung selepas majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah Parlimen Bera di Bera, kelmarin.


BERA 12 Dis. – Barisan Nasional (BN) yakin masyarakat Orang Asli di daerah ini akan menyokong dan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat itu perlu terus menyokong kerajaan sedia ada kerana BN banyak menabur jasa dalam memberi kemudahan dan membela nasib mereka.

Katanya, sejak dahulu lagi masyarakat Orang Asli di daerah ini sentiasa menyokong BN dan kali ini diharap sokongan tersebut tidak akan berubah terutama pada pilihan raya nanti.

"Kerajaan sudah banyak melaksanakan projek pembangunan di perkampungan Orang Asli di Parlimen Bera sejak dahulu hingga kini, malah sebahagian perkampungan terbabit mendapat kemudahan prasarana serba lengkap.

"Kerajaan menyediakan prasarana seperti dewan, jalan, bekalan air dan elektrik serta membaiki serta membina rumah kepada masyarakat pribumi itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah Parlimen Bera yang disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada lebih 2,500 pelajar termasuk anak-anak Orang Asli di sini semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman dan Datuk Mohd. Aini Taib.

Menurut beliau, kerajaan telah membina dan membaiki lebih 40 rumah di beberapa perkampungan Orang Asli di daerah itu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, Orang Asli tidak lama lagi akan mendapat geran hak milik tanah masing-masing seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tanjung Sepat, Selangor baru-baru ini.

"Kerajaan tidak akan membezakan masyarakat Orang Asli, malah mereka akan diberi pembelaan bagi meningkatkan taraf hidup yang mana bantuan wang persekolahan RM100 serta Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 akan turut diberikan kepada mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan tunduk propaganda pembangkang

Posted:

Jangan tunduk propaganda pembangkang

Jangan tunduk propaganda pembangkang

KUANTAN 12 Dis. - Para pemimpin tempatan dan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah di sini mendesak kerajaan supaya segera memberikan lesen pra operasi kepada Kilang Material Canggih Lynas di Gebeng di sini.

Mereka juga tidak mahu kerajaan tunduk kepada propaganda pembangkang yang menolak fakta tentang keselamatan kilang itu sedangkan perkara tersebut sudah dijelaskan oleh pelbagai pihak.

Seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, Ngah Ismail berkata, kerajaan tidak perlu melengah-lengahkan pemberian lesen itu jika Lynas Malaysia Sdn. Bhd., berjaya mematuhi peraturan serta piawaian ditetapkan.

Menurutnya, mereka yakin dengan kredibiliti pakar yang dilantik oleh kerajaan selain menegaskan semakin lama ditangguh ia boleh memudaratkan sokongan mereka terhadap kerajaan.

"Kami menyokong usaha dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan, namun jika ia ditangguhkan lagi akan menyebabkan kami hilang kepercayaan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, usaha NGO seperti Save Malaysia dan pembangkang yang membantah kilang itu hanya propaganda politik.

Seorang pemimpin masyarakat di Balok Makmur, Mohd. Nor Ibrahim berkata, sejak 18 tahun menetap di kawasan itu, dia tidak pernah menerima kesan kewujudan kilang kimia lain di situ.

Menurutnya, biarpun produk kilang di kawasan itu yang didakwanya lebih bahaya daripada Lynas, namun dia sekeluarga tidak mengidap penyakit kronik seperti digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab.

Bagi bekas Ketua Kampung Sungai Karang, Abdul Mokhtar Ngah, dia pelik dengan tindakan segelintir pihak yang menyatakan kilang tersebut bahaya sedangkan ia masih belum beroperasi lagi.

"Tindakan mereka yang membantah hanya menyebabkan penduduk gusar sedangkan penilaian dan laporan pakar bertauliah menyatakan sebaliknya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kadar pengangguran negara terkawal

Posted:

Kadar pengangguran negara terkawal

Kadar pengangguran negara terkawal

KUANTAN 12 Dis. - Kadar pengangguran di negara ini berada pada tahap terkawal iaitu sebanyak 3.1 peratus jika dibandingkan dengan negara- negara membangun lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, Malaysia berada di tahap yang sangat baik dan jumlah tersebut masih boleh dikawal dengan pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan.

"Pengangguran di negara ini masih boleh dikawal dan statistik menunjukkan bahawa kadar di bawah empat peratus adalah yang terbaik dan masih mampu ditangani.

"Malah, dalam portal Job Malaysia, lebih 40 majikan berdaftar dengan menawarkan kira-kira 130,000 pekerjaan," katanya menjawab soalan tambahan Tuan Syed Mohammed Tuan Lonnik (PAS-Beserah) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah itu memberitahu, sehingga kini sebanyak 170,000 penempatan pekerjaan dilakukan membabitkan 57,000 graduan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Fong Koong Fuee berkata, bilangan pencari kerja aktif bagi siswazah di negeri ini ialah seramai 11,850 orang manakala bukan siswazah 10,388 orang.

"Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Negeri Pahang mengambil beberapa pendekatan bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu).

Katanya, terdapat 4,047 kekosongan jawatan dalam bidang pertanian dan perikanan, namun bidang tersebut tidak menarik minat golongan penganggur untutk menceburinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved