Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sasar kedatangan lima juta pelancong

Posted:

Sasar kedatangan lima juta pelancong

Sasar kedatangan lima juta pelancong

Oleh MOHD. ANUAR SULAIMAN
utusanperak@utusan.com.my

LUMUT 11 Dis. - Kerajaan negeri menyasarkan kedatangan lima juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan promosi dan kempen TMP 2012 yang giat dijalankan.

Malah katanya, beberapa program menarik sempena TPM 2012 telah dirangka bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi negeri ini.

"Kita mempunyai pelbagai produk pelancongan yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri serta mampu menarik kedatangan pengunjung.

"Saya yakin sasaran tersebut akan tercapai berikutan pelbagai promosi telah dijalankan membabitkan beberapa ikon pelancongan negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Laut Pangkor 2011 dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman dan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Zamri Man.

Zambry berkata, Pesta Laut Pangkor contohnya merupakan produk terbaharu pelancongan Perak yang mampu menarik pengunjung dengan menampilkan pelbagai acara menarik yang membabitkan interaksi antara keindahan alam semulajadi dan aktiviti sukaneka berasaskan maritim.

Katanya, pesta yang terkenal satu ketika dahulu itu, kini muncul kembali dengan menjanjikan pelbagai acara menarik untuk para pengunjung.

"Buat julung kalinya, pesta laut ini diadakan semula selepas dihentikan bertahun dahulu. Walaupun suasananya berbeza, ia tetap dapat mengembalikan nostalgia pesta laut yang pernah diadakan dahulu," katanya.

Sementara itu, Hamidah berkata, kerajaan negeri telah pun memasukkan program tersebut dalam kalendar pelancongan Perak dalam usaha mengangkat Pesta Laut Pangkor sebagai program kebangsaan.

"Promosi giat dijalankan bagi mempromosikan Perak sebagai tempat pelancongan yang mesti dilawati di negeri ini.

"Saya percaya sasaran 2.5 juta pengunjung ke daerah ini mampu dicapai berbanding jumlah purata pelancong yang datang ke Lumut dan Pangkor sebanyak 1.5 juta setiap tahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangkang gagal bela nasib rakyat

Posted:

Pembangkang gagal bela nasib rakyat

Pembangkang gagal bela nasib rakyat


AZIAN Osman (dua dari kiri) menyampaikan beg sekolah 1Malaysia kepada seorang murid pada program Juara Rakyat Pendidikan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, semalam.


IPOH 11 Dis. - Rakyat di negara ini diminta menolak parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu gagal membela nasib rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Senator Datuk Azian Osman berkata, ini kerana pemimpin parti pembangkang adalah rasis, sedangkan UMNO sebaliknya.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang sering menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tohmahan, sedangkan mereka hanya mementingkan kaum tertentu sahaja.

"Pemimpin BN sentiasa bekerja kuat untuk membantu semua kaum di negara ini dengan pelbagai program bagi memastikan kepentingan rakyat terjamin," katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat Pendidikan anjuran UMNO Bahagian Ipoh Timur di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.

Seramai 650 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Ipoh Timur menerima bantuan pakaian seragam persekolahan tahun depan bernilai RM150 setiap seorang.

Azian yang juga Ketua UMNO Bahagian itu berkata, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat sejak kebelakangan ini dengan pendekatan mendampingi rakyat.

Katanya, pendekatan ini menjadikan BN terus diterima oleh majoriti rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat Perak diseru tolak pembangkang

Posted:

Rakyat Perak diseru tolak pembangkang

Rakyat Perak diseru tolak pembangkang

IPOH 11 Dis. - Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta rakyat dan pengundi di negeri ini menolak pembangkang yang bersikap rasis dan tidak menghormati undang-undang negara.

Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun berkata, apa yang telah ditunjukkan oleh mereka jelas membuktikan pemimpin pembangkang tiada sensitiviti keagamaan dan biadab terhadap institusi raja selain suka menghina pemimpin negeri.

"Mereka juga suka mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita dan berita tidak berasas, sekali gus menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

"Pemimpin seperti ini jelas menolak setiap agenda baik kerajaan semata-mata kerana tidak mahu dilihat bersikap menyokong walaupun usaha tersebut telah terbukti memanfaatkan rakyat berbanding dengan pembangkang di negara-negara lain yang menerima baik usaha kerajaan membantu rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khairul Azwan berkata, sepatutnya pembangkang tidak memutar belitkan fakta semata-mata untuk mendapat simpati dan meraih kepentingan politik kepartian.

Jika mereka benar-benar ikhlas katanya, pembangkang sepatutnya berusaha meyakinkan rakyat melalui program dan pendekatan baharu, bukan meraih sokongan rakyat dengan cara memburukkan kerajaan dan pemimpinnya.

"Gagasan 1Malaysia dan Pelan Perak Amanjaya dilihat amat relevan dan tepat untuk dilaksanakan dan disokong oleh rakyat di negeri ini.

"Kerajaan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved