Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Lokasi warga Afrika digempur

Posted:

Lokasi warga Afrika digempur

Lokasi warga Afrika digempur

Oleh ASSIM HASSAN dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA penguat kuasa mengiringi dua wanita warga Afrika yang ditangkap berhubung kesalahan Imigresen di sebuah pangsapuri dalam Ops Bersepadu di Bandar Sunway, Subang, Selangor, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pihak berkuasa menggempur lokasi utama warga Afrika di sekitar Lembah Klang dan Mantin, Negeri Sembilan malam tadi, termasuk dua pusat hiburan yang menjadi tumpuan mereka pada malam minggu, bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan pas pelajar dalam kalangan rakyat benua itu.

Hasilnya, dalam Ops Bersepadu secara serentak dilakukan Jabatan Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu, seramai 89 warga Afrika termasuk lima wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 selain ada yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Turut membantu dalam operasi yang bermula pukul 11 malam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Empat kawasan serbuan terlibat adalah di Damansara, Bandar Sunway, Kepong dan Mantin. Turut ditahan dalam operasi sama ialah 12 rakyat negara lain atas kesalahan serupa.

Di Damansara Damai dan Saujana Ria, jurucakap Imigresen Putrajaya berkata, pihaknya menahan seramai 30 warga Nigeria termasuk seorang wanita kerana kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Mereka adalah antara 182 warga asing yang diperiksa. Selain itu, tiga lelaki lagi masing-masing warga Amerika Syarikat, Pakistan dan Myanmar turut ditahan kerana melakukan kesalahan sama.

"Kesemua mereka diperiksa dan ditahan di premis perniagaan, rumah dan terdapat yang berkeliaran pada awal pagi," katanya di sini, hari ini.

Di Kepong iaitu di Taman Fadason, Metro Prima Kepong, Taman Rimbunan dan dua pusat hiburan yang menjadi tumpuan warga Afrika pada malam minggu, seramai 120 rakyat negara itu diperiksa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Kata jurucakapnya, daripada jumlah tersebut seramai 36 warga terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen.

"Seorang daripadanya cuba terjun dari tingkat tiga sebuah premis pusat hiburan tetapi berjaya dipujuk," katanya.

Di Pangsapuri Lagoon Perdana dan Bandar Sunway pula, seramai 15 warga asing termasuk enam warga Afrika ditahan Jabatan Imigresen Selangor.

Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, seramai 89 pegawai dan anggota jabatan itu terlibat dalam operasi yang bermula pada pukul 11 malam.

"Lima lelaki dan seorang wanita warga Afrika berjaya ditahan. Selain itu tiga wanita Indonesia, dua wanita Uganda, serta masing-masing satu lelaki Yemen, Botswana, Nepal dan Bangladesh juga ditahan," katanya.

Di Mantin, seramai 300 warga Afrika yang kebanyakannya pelajar sebuah kolej swasta, telah diperiksa dengan 14 daripada mereka termasuk tiga wanita ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, tiga lagi lelaki warga Afrika ditahan di sebuah unit pangsapuri kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemui dua buah komputer riba yang disorokkan di atas siling dan di dalam kusyen.

"Dalam komputer riba itu terdapat beberapa dokumen digital, salinan kad pengenalan beserta gambar yang dipercayai dipalsukan selain pasport dan juga borang-borang pemindahan wang pelbagai agensi antarabangsa.

"Suspek-suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, seorang lelaki warga Afrika patah kaki kanannya selepas terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri dalam serbuan dijalankan.

"Selepas diperiksa lelaki itu didapati tinggal lebih masa di negara ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Janda rugi RM4.5 juta diperdaya 'Awang Hitam'

Posted:

Janda rugi RM4.5 juta diperdaya 'Awang Hitam'

Janda rugi RM4.5 juta diperdaya 'Awang Hitam'

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang janda berusia 56 tahun hanya mampu menangis apabila menyedari dia menjadi mangsa kasanova 'Awang Hitam' yang memperdayakannya melalui cinta siber menyebabkan dia kehilangan wang simpanan berjumlah RM4.5 juta dalam sekelip mata.

Seorang lelaki dipercayai warga Afrika mengambil kesempatan memikat mangsa yang merupakan seorang akauntan melalui laman sosial Facebook dengan menyamar sebagai jejaka Inggeris setelah mengetahui wanita itu janda dan kesunyian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa berkenalan dengan suspek Ogos lalu dan memperdayakan wanita itu setelah mendapat kepercayaannya.

Beliau berkata, mangsa yang jatuh cinta telah digula-gulakan suspek dengan kiriman bungkusan kononnya mengandungi hadiah sebagai tanda kasih sayang.

"Biarpun baru berkenalan, 'teman lelaki' yang berlagak budiman memaklumkan ada mengirim kiriman bungkusan kepada kekasihnya itu melalui seorang teman yang berada di Malaysia.

"Mangsa kemudian diminta menemui rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Afrika di ibu negara dan ditunjukkan bungkusan kononnya berisi wang berjumlah AS$5 juta dolar (RM15.752 juta)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini.

Syed Ismail berkata, mangsa yang percaya wang ditunjukkan tulen diminta supaya membuat pembayaran bagi pelepasan keselamatan diplomatik untuk membolehkannya membawa pulang wang tersebut.

Menurutnya, mangsa yang tidak menyedari dia sudah terperangkap dalam sindiket 'black money' diarahkan memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun berlainan kononnya milik tiga syarikat berdaftar di negara ini.

Katanya, mangsa kemudian pulang untuk menyediakan wang bagi membolehkannya mendapatkan 'hadiah' dikirim oleh teman lelakinya itu dan tidak teragak-agak membuat tiga kali pembayaran berjumlah RM4.5 juta ke dalam tiga akaun yang diberikan sebelum itu.

"Dalam tempoh tiga bulan berkenalan, mangsa sudah menyerahkan wang RM4.5 juta kepada sindiket terbabit dan mangsa hanya menyedari ditipu apabila teman lelaki itu masih lagi menghubunginya meminta wang sedangkan bungkusan dijanjikan belum diterima," katanya.

Syed Ismail berkata, mangsa yang tersedar sudah dipermainkan akhirnya tampil membuat laporan polis pada November lalu dan polis yang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berusaha menjejaki kumpulan sindiket berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Nilai pelaburan kini RM77.8 bilion

Posted:

Nilai pelaburan kini RM77.8 bilion

Nilai pelaburan kini RM77.8 bilion

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika tiba pada majlis perasmian Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia di Nusajaya, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


NUSAJAYA 11 Dis. – Iskandar Malaysia hari ini menerima 12 pelaburan baharu bernilai RM1.73 bilion sekali gus menjadikan nilai keseluruhan pelaburan bertambah kepada RM77.8 bilion sejak wilayah pembangunan itu dibangunkan lima tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah tersebut, dianggarkan RM1.05 bilion akan disumbangkan dalam bidang ekonomi berasaskan pengetahuan bagi tempoh tujuh tahun akan datang.

"Pelaburan yang diterima menunjukkan keyakinan para pelabur terhadap kemampuan Iskandar Malaysia dalam menyediakan peluang pelaburan yang inovatif dan bernilai tinggi.

"Terbaru adalah kerjasama strategik antara Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Frost & Sullivan dengan Iskandar Investment Berhad (IIB) untuk membina Pusat Inovasi Global di Iskandar Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Kelima Iskandar Malaysia di Puteri Harbour di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

Najib berkata, keyakinan pelabur terhadap perkembangan dan pembangunan Iskandar Malaysia sejak dibina pada 2006 jelas terbukti melalui pelaburan dalam dan luar negara yang diterima.

Katanya, masa depan Iskandar Malaysia adalah cerah kerana ia menggabungkan kekuatan sedia ada seperti bidang pertanian, logistik dan pembuatan termasuk sektor baru seperti pelancongan serta penjagaan kesihatan.

Kerajaan Pusat katanya, sangat komited dalam memastikan Iskandar Malaysia menjadi wilayah pembangunan terkemuka di peringkat antarabangsa dan untuk itu RM6 bilion disalurkan bagi menyediakan kemudahan dan infrastrukturnya.

Mengenai projek pembangunan di Iskandar Malaysia, beliau berkata, semuanya berjalan mengikut jadual.

"Saya percaya dalam setahun dua ini, kita akan lihat lebih banyak projek akan siap sepenuhnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved