Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM yakin JPO tarik ramai pelabur

Posted:

PM yakin JPO tarik ramai pelabur

PM yakin JPO tarik ramai pelabur

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
utusanjohor@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menandatangani plak sambil diperhatikan Lim Kok Thay (kiri) pada majlis perasmian Johor Premium Outlets, Kulaijaya, semalam. – utusan/RAJA JAAFAR ALI


KULAIJAYA 11 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat yakin dengan pembukaan Johor Premium Outlet (JPO) yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia bakal menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik untuk melabur di negara ini.

Malah beliau turut kagum dengan komitmen berterusan dari Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya, Genting Simon untuk membangunkan fasa kedua JPO dengan pelaburan lebih RM1 bilion pada masa depan walaupun fasa pertama baru memulakan operasinya.

Najib berkata, Kumpulan Genting menyatakan hasrat untuk meneruskan pembangunan di Kulaijaya dengan rancangan tambahan 60 premium outlet beserta sebuah hotel dengan kapasiti 2,000 buah bilik, taman tema air dan pusat pameran dan konvensyen antarabangsa.

"Saya amat berbangga dengan pembukaan JPO ini yang merupakan satu projek yang bermakna dan bersejarah di dalam Iskandar Malaysia,"

"Kita harus berbangga kerana Malaysia menjadi pilihan lokasi pertama premium outlet di Asia Tenggara serta Kumpulan Genting melalui Genting Simon yang berterusan membangunkan sebuah mercu tanda baru di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian JPO di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay; Timbalan Pengerusi Kumpulan Genting, Tun Hanif Omar dan Presiden Premium Outlets, John Klein.

JPO merupakan cawangan ke-70 di dunia dan merupakan pusat membeli-belah yang menghimpunkan pelbagai jenama terkenal dengan tawaran potongan harga dari 25 peratus sehingga 65 peratus.

Sebanyak 70 kedai barangan berjenama tempatan dan antarabangsa seperti Coach, Burberry, Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Adidas, Nike, Levis, Selangor Pewter Tommy Hilfiger dan lain-lain.

Menurut Perdana Menteri, tiga juta pengunjung bakal mengunjungi JPO pada tahun pertama operasinya.

Malah beliau turut yakin dengan adanya JPO ini, ia akan memainkan peranan utama di dalam menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa seperti dari Timur Tengah dan Eropah serta negara-negara jiran serantau.

Najib amat yakin dengan pengunjung Eropah terutamanya akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama dengan mengambil kesempatan terhadap nilau tukaran mata wang asing.

"Sebagaimana yang diumumkan pada Bajet 2012, saya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga membeli-belah di Asia dengan menyedia pelbagai barangan berjenama pada harga kompetitif dan saya percaya JPO akan banyak membantu bagi mencapai impian ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Pertahan kesucian Islam’

Posted:

'Pertahan kesucian Islam'

'Pertahan kesucian Islam'

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

KLANG 11 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu masyarakat Melayu di negeri ini supaya bersatu mempertahankan kesucian Islam dan tidak berpecah-belah hanya kerana berbeza ideologi serta fahaman politik.

Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum di negeri ini pula perlu sentiasa bersabar dan mengelak untuk menyakiti hati di antara satu sama lain selain menjauhi budaya fitnah-memfitnah yang boleh menyebabkan negeri ini menjadi huru-hara dan rakyatnya tidak dapat hidup dalam keadaan aman.

"Pada hemat beta, tidak guna negeri Selangor ini diakui sebagai sebuah negeri maju, tetapi keadaan negeri dan rakyatnya bergelora disebabkan oleh berselisih faham antara satu sama lain, baik dari segi politik, agama atau sosial.

"Negeri Selangor akan menjadi mundur dan rakyatnya yang berbilang kaum akan hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan jika tidak sama-sama mendokong dan memelihara keamanan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena hari keputeraan baginda yang ke-66 di Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Sementara itu, baginda juga mahu melihat taraf hidup rakyat di negeri ini dipertingkatkan dan masalah kemiskinan dapat diatasi supaya mereka dapat hidup dalam keadaan sempurna serta selesa.

"Sesungguhnya adalah tidak bermakna sesuatu kemajuan yang dicapai itu sekiranya rakyat hidup dalam keadaan resah dan ketakutan serta tidak tenteram," titah baginda.

Terdahulu baginda berkenan untuk menyampaikan darjah dan bintang kebesaran negeri kepada 113 penerima termasuk kepada Penolong Pengarang Prosesan Utusan Malaysia, Nor Sedek Ismail yang menerima pingat Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S).

Full content generated by Get Full RSS.

Murtad: Kerjasama Jakim, majlis agama Islam

Posted:

Murtad: Kerjasama Jakim, majlis agama Islam

Murtad: Kerjasama Jakim, majlis agama Islam

JERAI 11 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengembleng tenaga bersama majlis agama Islam negeri bagi memperkemaskan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dalam membanteras kegiatan memurtadkan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penguatkuasaan enakmen tersebut dilihat masih lemah sehinggakan ia tidak dilaksanakan secara berkesan di peringkat negeri.

Katanya, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad itu sudah wujud sejak 1980 di mana pihak terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil namun ia gagal dikuatkuasakan secara menyeluruh.

"Jakim akan berusaha memberi taklimat dan penerangan dalam usaha memperkemaskan enakmen tersebut dari sudut penguatkuasaan atau tindakan.

"Enakmen sudah ada tetapi tidak ada penguatkuasaan dijalankan di negeri-negeri yang melaksanakan enakmen itu mengikut enakmen yang telah digubal sejak 1980 itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Jeniang dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam supaya pihak bertanggungjawab terutama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah strategik bagi menangani gerakan memurtadkan orang Islam.

Menurutnya, penguatkuasaan enakmen tersebut oleh setiap majlis agama Islam negeri perlu digemblengkan oleh semua pihak tersebut pihak polis.

"Enakmen sudah digubal namun apa yang penting adalah tindakan penguatkuasaan daripada majlis agama Islam termasuk pihak polis.

"Sudah ada kes di mana orang yang didakwa memurtadkan orang Islam sebelum ini di Pahang dan tertuduh sudah dihukum," katanya.

Tambah beliau, semua majlis agama Islam negeri mempunyai kuasa penuh melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang berteraskan enakmen tersebut.

"Sejak digubal pada 1980 kebanyakan negeri sudah mewartakan enakmen tersebut jadi penguatkuasaan boleh dilakukan.

"Kini cuma lima buah negeri sahaja yang belum mewartakan enakmen tersebut bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan iaitu Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak," katanya

Sehubungan itu, beliau menggesa agar majlis agama Islam negeri berkaitan mewartakan enakmen tersebut segera dalam mengekang gerakan memurtadkan orang Islam itu.

Dalam majlis tersebut, Jamil Khir turut mengumumkan peruntukan RM50,000 daripada kerajaan Pusat kepada sekolah itu untuk tujuan naik taraf kemudahan sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved